Gambar & Video Gol KELANTAN vs T-TEAM Piala FA 2011




Fahmi L Gambar & Video Gol KELANTAN vs T TEAM Piala FA 2011
Pemain Kelantan, Muhammad Ramzul Zahini Adenan (jersi merah) antara pemain diberi kepercayaan menggalas tugas dalam kesebelasan Kelantan bertemu T-Team ketika perlawanan pembukaan Piala FA 2011 di Stadium Sultan Nasiruddin Shah (gambar arkib).

KUALA LUMPUR, (D5) – Perlawanan pembukaan Piala FA yang berlangsung di Stadium Sultan Nasiruddin Shah malam ini nyata memihak kepada Kelantan selepas menang keatas Terengganu T-Team 6-5 menerusi sepakan penalti.

Penalti menjadi penentuan pada perlawanan itu apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga masa penamat, sebelum pemburuan gol kemenangan pada 30 minit masa tambahan turut tidak berhasil.

Pada 90 minit perlawanan berlangsung, Kelantan di bawah pimpinan Datuk M. Karathu terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi pemain Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid yang menanduk masuk hasil sepakan sudut pada minit ke-50.

Di minit ke-60 perlawanan pula, pemain T-Team yang juga bekas pemain Kelantan pada musim lalu, Indra Putra Mahayuddin berjaya menyamakan kedudukan hasil rembatan cantik. Dua minit kemudian, T-Team sekali lagi memperoleh peluang menerusi Indra, namun pemain itu gagal menyempurnakan selepas tandukan lemahnya mudah diselamatkan Khairul Fahmi.

Kelantan pula turut mempunyai peluang keemasan pada minit terakhir pemainan apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti. Tetapi ia dipersia-siakan oleh Norshahrul Idlan Talaha selepas sepakan yang diambilnya melambung tinggi.

Selain Indra, pemain Azizi Mat Rose dan Mohd. Norfarhan Muhammad yang membarisi skuad Kelantan musim lalu bermain cemerlang pada malam ini.

T-Team yang masih lagi tidak memperoleh kemenangan dalam saingan Liga Super musim ini dilihat mempamerkan prestasi sebenar pada malam ini, meskipun tewas kepada Kelantan. – Arena.my

GolĀ  kelantan vs T-team – Rizal Fahmi

Gol kelantan vs T-team – Indra Putra Mahyuddin

Tendangan penalti penentuan Kelantan vs T-team

124 total views, no views today