Tag Archives: juadah berbuka puasa

Bufet Ramadan di ENAK KL , STARHILL GALLERY




Ini adalah kesinambungan kisah MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA

SAMSUNG….Kalau dalam post entry tersebut saya lebih banyak bercerita

mengenai aktiviti dan games yang dijalankan….

Kali nie saya nak share pula apa antara juadah bufet berbuka puasa yang

telah disediakan oleh restoran ENAK KL , STARHILL GALLERY ini…

DSC 1262 Bufet Ramadan di ENAK KL , STARHILL GALLERY

Manisan LABU ….tapi saya tak ingat la pulak tajuk sebenar menu nie….

DSC 1266 Bufet Ramadan di ENAK KL , STARHILL GALLERY

Pengat PISANG kan …..memang manis la rasanya….

DSC 1268 Bufet Ramadan di ENAK KL , STARHILL GALLERY

Air sirap bandung….. antara minuman yang paling laku….

DSC 1273 Bufet Ramadan di ENAK KL , STARHILL GALLERY

Murtabak yang simple tapi sedap juga….

DSC 12741 Bufet Ramadan di ENAK KL , STARHILL GALLERY

Kerabu DAGING…. Sememangnya lazat ikut tekak saya….sampai TIGA KALI la

saya ulang makan….

DSC 12791 Bufet Ramadan di ENAK KL , STARHILL GALLERY

Daging BAKAR cicah AIR ASAM…. enak dimakan begitu saje….

DSC 12812 Bufet Ramadan di ENAK KL , STARHILL GALLERY

UDANG sambal petai turut jadi tumpuan para bloggers….

DSC 1299 Bufet Ramadan di ENAK KL , STARHILL GALLERY

Yeah….ini aje lah yang saya makan semalam….simple je….nasik pun tak jamah

langsung….Maybe sebab asyik teringat GEREK yang dah lama tak jumpa…

DSC 1302 Bufet Ramadan di ENAK KL , STARHILL GALLERY

Dan sekadar TEH TARIK sebagai penghilang dahaga….huhuhu

DSC 12831 Bufet Ramadan di ENAK KL , STARHILL GALLERY

Anyway…. Saya suka tengok setup meja untuk para bloggers….NICE…..

 

p/s : Harini saya ada majlis berbuka puasa anjuran company tempat saya kerja…

Lemak lembu bakar pembuka selera




ne 08.1 Lemak lembu bakar pembuka selera

ANUAR DERIS membakar lemak yang dijadikan juadah
Ramadan di Bazar Stadium Muhammad IV, Kota Bharu.

 

BUKAN SEBARANG LEMAK. Itu yang terlintas setelah kita melihat juadah lemak lembu bakar di Bazar Ramadan di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, Kelantan.

Ia dianggap juadah yang cukup istimewa kerana lemak lembu bakar atau turut dikenali sebagai lemak selo itu merupakan juadah yang hanya dijual pada bulan Ramadan.

Pengusaha Gerai Kak Su Special, Anuar Deris, 36, berkata, dia menjual lebih 300 cucuk lemak lembu bakar setiap hari dan biasanya ia habis dijual pada pukul 5 petang.

“Saya jual lemak bakar pada bulan puasa sahaja. Ia memang susah nak jumpa pada bulan lain. Saya akui lemak bakar ini banyak kolesterol tetapi untuk bulan Ramadan sahaja,” katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad semalam.

Menurut Anuar, juadah itu menjadi tarikan kerana ia menjadi pembuka selera ketika berbuka dan dimakan dengan nasi.

“Rahsianya, ia menyebabkan kita rasa lebih berselera untuk makan nasi semasa berbuka,” katanya yang menjualnya dijual pada harga RM4 secucuk, manakala daging lembu bakar RM5 secucuk.

/// kosmo ///

 

Asam Pedas KEPAK AYAM

Nampaknya bila saya tengok NUFFNANG ANALYTIC semalam antara

carian KEYWORD yang masuk di blog hazmanfadzil.com ini adalah yang

berkaitan dengan ASAM PEDAS MELAKA….

Kebetulan di area taman rumah saya di SALAK TINGGI ada satu kedai

makan ASAM PEDAS MELAKA …cuma kali ini saya nak share menu

yang jarang-jarang orang order untuk masakan asam pedas iaitu ASAM

PEDAS KEPAK AYAM….

DSC 1206 Asam Pedas KEPAK AYAM

Inilah standard set nasi kalau kita order ASAM PEDAS….

DSC 1207 Asam Pedas KEPAK AYAM

Semua lauk yang dimasak ASAM PEDAS dihidangkan didalam bekas tanah nie…

DSC 1212 Asam Pedas KEPAK AYAM

 

Ada juga kacang bendi dan juga timun kot rasanya….kuah tu sedap siap boleh

saya hirup lagi….

DSC 1213 Asam Pedas KEPAK AYAM

 

Kali nie order telur dadar je laaa….

DSC 1214 Asam Pedas KEPAK AYAM

Mula-mula saya ingatkan diorang guna isi ayam untuk buat asam pedas , akan

tetapi dicampur pula dengan bahagian kepak….oklah kan…

DSC 1215 Asam Pedas KEPAK AYAM

Banyak jugak la isi ayam nie kalau untuk hidangan seorang makan…..

DSC 1216 Asam Pedas KEPAK AYAM

Untuk rasa sedap lagi makan asam pedas ayam nie….setiap kali suap nasi saya

selang selikan dengan satu hirup kuah asam pedas…..memang best laaa

 

p/s : Saya akan teruskan post mengenai lauk-pauk dan menu makanan walaupun

di bulan puasa untuk mengekalkan identiti FOOD BLOGGER ….hehehehe

Kuih 10 sen di bazar Ramadan




ne 06.1 Kuih 10 sen di bazar Ramadan

Syed Azhari (kanan) melayan pelanggan yang hendak membeli kuih di tapak bazar Ramadan Stadium Darul Aman di Alor Setar semalam.


ALOR SETAR – Ketika peniaga lain menaikkan harga juadah berbuka berikutan kenaikan harga gula, berbeza pula dengan seorang peniaga di bazar Ramadan Stadium Darulaman di sini yang menjual kuih 10 sen sebiji.

Syed Azhari Syed Hamzah, 20-an, menjual dua jenis kuih iaitu kuih cekodok dan gelang.

Biarpun saiznya hanya sebesar ibu jari tangan orang dewasa, ia tetap mendapat sambutan baik daripada pengunjung.

Syed Azhari memberitahu, dua kuih itu menjadi pilihan ramai khususnya di kalangan golongan berpendapatan rendah.

Katanya, biarpun tidak memperoleh untung yang banyak tetapi dia gembira kerana kuih itu mendapat sambutan hangat pengguna.

“Lazimnya kuih-kuih ini cepat habis kerana harganya murah dan mampu dibeli oleh semua orang,” katanya.

/// kosmo ////

Layar, tempah, hantar

Laman web makansantai.com menawarkan biskut raya dan juadah berbuka yang dihantar terus ke rumah anda.

in 05.1 Layar, tempah, hantar

ZAINOL AMRI (kanan) dan Muhammad Faisol berbincang mengenai strategi perniagaan.


MEREKA yang tiada masa menyediakan sendiri biskut raya atau langsung tidak berkesempatan untuk membelinya di kedai-kedai atau bazar usah bimbang kerana laman web makansantai.com boleh membantu anda.

Dengan hanya melayari laman web itu, anda boleh memilih pelbagai jenis biskut pilihan buat tetamu pada Aidilfitri ini.

Menurut pengusahanya, Zainol Amri Datuk Zainal Abidin, 24, perkhidmatan itu disediakan bertujuan memudahkan pelanggan yang tidak banyak masa untuk membuat persiapan hari raya.

“Zaman sekarang semuanya sudah moden. Kalau tak ada masa, layari sahaja Internet. Buat tempahan dan kami hantar terus kepada pelanggan mahupun agen,” kata Zainol Amri memulakan bicara ketika ditemui Kosmo! di Puchong, Selangor baru-baru ini.

in 05.2 Layar, tempah, hantar

ANTARA hasil usaha dua rakan niaga ini.


Diusahakan bersama rakan baik, Mohammad Faisol Murad, 24, makansantai.com mula beroperasi sebelum Ramadan lalu.

“Hanya laman web sahaja yang baru, tetapi biskut raya yang kami hasilkan ini sudah ada di pasaran sejak tujuh tahun yang lalu.

“Dahulu, kami beroperasi di Kedah dan membekalkan biskut raya kepada lebih 70 ejen di seluruh negara termasuk Brunei dengan jenama yang dipilih ejen itu sendiri,” kata anak bongsu daripada empat beradik itu.

Mohammad Faisol yang bertanggungjawab mengendalikan semua tempahan dalam talian pula memberitahu, sambutan berhubung tempahan biskut raya dalam talian semakin menggalakkan.

“Sambutan makin bagus. Kami berpindah ke Kuala Lumpur dari Alor Setar, Kedah bukan kerana nak tukar angin tetapi mempunyai hajat besar untuk meluaskan lagi perniagaan,” katanya lagi.

Selain biskut raya, perniagaan yang dikendalikan di bawah syarikat Alchemy Services Sdn. Bhd. itu juga menyediakan perkhidmatan penghantaran juadah berbuka puasa.

Juadah tersebut diletakkan di dalam mangkuk tingkat dan boleh ditempah melalui laman web yang sama. Perkhidmatan yang ditawarkan itu adalah untuk sekitar Lembah Klang dan dikendalikan oleh dua orang pekerja.

“Ada empat bekas dalam mangkuk tingkat ini. Pelanggan akan mendapat nasi, lauk dan pencuci mulut. Juadah ini disediakan untuk dua orang,” katanya.

Makanan untuk berbuka puasa itu pula disediakan oleh ibu Mohammad Faisol sendiri, Asnah Salleh, 55.

“Ibu saya akan masak menu yang berbeza-beza setiap hari. Satu set mangkuk tingkat ini boleh dimakan untuk dua orang,” ujar Faisol yang menekankan konsep halal, bersih dan bermutu dalam perniagaan beliau.

in 05.3 Layar, tempah, hantar


in 05.4 Layar, tempah, hantar


Menurut Asnah yang sememangnya minat memasak, selain mendapat didikan memasak daripada tukang masak profesional, rutin hariannya bermula seawal pukul 3 pagi pada setiap hari dalam bulan Ramadan.

“Saya bangun awal pagi untuk buat persiapan memasak. Setiap hari, ada empat perkara yang nak masak. Disebabkan saya masak seorang, jadi saya akan mula memasak pada pukul 9 pagi sehingga 3.30 petang,” ujar Asnah yang tinggal di Puchong bagi membantu perniagaan anaknya.

Antara biskut yang dijualnya ialah almond london, cornflakes rangup, tat nanas, short bread, snowy, makmor, oren bijan dan teratai.

Kesemua jenis biskut itu dijual pada harga RM20 untuk 50 keping biskut bagi setiap bekas. Harga itu termasuk kos penghantaran yang tertakluk pada terma dan syarat.

Sementara perkhidmatan penghantaran untuk makan berbuka puasa pula, pelanggan akan dikenakan deposit RM50 untuk mangkuk tingkat dan harga pakej untuk bulan Ramadan dikenakan bayaran sebanyak RM300 sebulan.

Lauk yang disediakan iaalah daging rendang Bali, daging masak merah, kari ketam, sayur kacang berlada dan sebagainya.

Perkhidmatan itu pula hanya disediakan di beberapa kawasan sekitar Puchong sahaja. Seperti Shah Alam, Seri Kembangan, Putrajaya dan Kajang.

-kosmo