Tag Archives: jurugambar profesional

Peluang untuk memenangi iPad 3G + WiFi (32GB)

181527 1766235908586 1019804310 1999234 5683726 n Peluang untuk memenangi iPad 3G + WiFi (32GB)

Peluang untuk memenangi iPad 3G + WiFi (32GB)

Hanya perlu membeli CD 70++ Tutorial Photoshop serta buku DSLR Itu Mudah.

Cuma RM50.00 sahaja termasuk pos ke rumah anda.

Setiap buku akan ditandatangani oleh penulis.

Terma dan syarat: http://www.jurufoto.com.my/files/peraduan_ipad.pdf

Jika berminat, sila transfer RM50.00 ke:

a) Maybank: SITI NOOR BT WAHAB : 164043659386

b) CIMB: SITI NOOR BT WAHAB : 14310067453524

Mustahak:

Sila tuliskan “Pembelian Buku DSLR Itu Mudah” dalam ruangan “Description of transaction”.

Setelah bank in, sila email ke shafikrazali@gmail.com dan berikan butiran pembayaran serta maklumat peribadi anda seperti Nama, Alamat serta No Telefon Bimbit.

Terima kasih.

Jom sertai BENGKEL FOTOGRAFI DIGITAL ( Siri 2 )




183586 147755161950973 145257495534073 282214 6760384 n Jom sertai BENGKEL FOTOGRAFI DIGITAL ( Siri 2 )

Program ini akan diadakan di Putrajaya selama 2 hari yang akan disampaikan oleh seorang pengamal fotografi profesional iaitu saudara Abas Hassan dari Akademi Fotografi Profesional ( http://www.bicara-foto.blogspot.com/ )

Program ini terbahagi kepada 2 hari dan meliputi seisi kuliah (teori dan teknikal) yang padat dan juga penggambaran (amali) yang menarik di sekitar Putrajaya. Program ini terbuka kepada semua pencinta seni fotografi tidak kira mempunyai kamera atau tidak..tidak kira ianya orang baru ataupun lama dalam bidang fotografi.

Jika berminat, sila dahulukan wang pendahuluan sebanyak RM100 ke : Akaun Maybank 164052025063 (Azlan Azraai Bin Mat Tahar) dan baki boleh dijelaskan pada hari pertama bengkel ini berlangsung.

Makan & minum akan disediakan meliputi minum pagi, makan tengahari dan juga minum petang selama 2 hari. Nota turut disediakan. Sijil Penyertaan akan dikeluarkan oleh Akademi Fotografi Profesional.

Serba ringkas mengenai En.Abas Hassan :

Abas Hassan adalah seorang pengamal fotografi profesional yang kini sedang giat menjalankan aktiviti pembelajaran fotografi di IPTA, IPTS, jabatan kerajaan & swasta, ahli fotografi profesional dan mereka yang inginkan pendedahan mengenai fotografi. Disamping itu Abas Hassan juga seorang editor foto digtal dan diantara hasil kerja beliau ialah buku Busana Melayu oleh Puan Azah Aziz (buku terbaik pilihan Malaysia 2007) terbitan Universiti Kebangsaan Malaysia. Bermula sebagai jurujual peralatan fotografi, jurufoto profesional didalam dan luar negara dan kini sebagai penasihat, pengajar fotografi dan pencetakan, Abas Hassan merupakan seorang yang berketrampilan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman beliau yang luas dalam usaha fotografi anda.

Sekian terima kasih.

Yang Ikhlas,

Larn Azrai ( Penyelaras)
Fadhil Bagumbayan (Ketua Fasilitator)

p/s : Kepada yang berminat  untuk memantapkan ilmu fotografi amatlah

digalakkan menyertai bengkel fotografi nie….

Jom sertai Kursus Fotografi Perkahwinan

PosterKFPsmall Jom sertai Kursus Fotografi Perkahwinan

KURSUS FOTOGRAFI PERKAHWINAN (KFP)

KINI DIBUKA UNTUK PENDAFTARAN!
Tarikh 19 Februari 2011 (Sabtu)
Lokasi Pusat Latihan FOTOTEACHER.COM
No. C-1-9, Tingkat 1, Blok C, Megan Phoenix,
Jalan 2/142A, Km 10, Off Jalan Cheras,
56000 Kuala Lumpur
Koordinat GPS – N 003.07789, E 101.74423
[peta lokasi]
Jumlah Peserta Maksimum 30 orang
DAPATKAN HARGA DISKAUN EARLY BIRD SEKARANG!
CUMA RM480 SEORANG
(BAYAR SEBELUM 19 Januari 2011)

Anda layak untuk mendapat harga diskaun Early Bird sekiranya anda membuat bayaran penuh sebelum tarikh yang dinyatakan di atas. Selepas tarikh tersebut, harga biasa yang lebih tinggi akan dikenakan.
Tinggal lagi 30 25 tempat kosong.
KLIK DI SINI UNTUK PENDAFTARAN
MAKLUMAT TERPERINCI PROGRAM
Program Kursus Fotografi Perkahwinan
Kod program KFP
Jurulatih Hasnuddin Abu Samah KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT BIODATA JURULATIH
Durasi 1 hari (9.00 pagi – 6.00 petang)
Bahasa perantara Bahasa Melayu
Jumlah peserta Eksklusif untuk 25 orang sahaja
Objektif Memberikan pendedahan umum mengenai semua aspek penting fotografi perkahwinan dan prospek perniagaan dalam bidang ini.
Siapa patut hadir Jurufoto yang berminat untuk mempelajari teknik merakam foto perkahwinan yang terdiri dari:

1) Jurufoto sambilan
2) Jurufoto sepenuh masa yang ingin menjana wang dari fotografi perkahwinan
3) Pelajar IPTA/IPTS yang ingin mendalami bidang fotografi perkahwinan
4) Usahawan/pekerja butik perkahwinan yang ingin menjadi jurufoto perkahwinan
Syarat penyertaan Peserta mestilah telah mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas teknikal fotografi seperti kawalan aperture, shutter, ISO, exposure dan sebagainya. Peserta juga mestilah telah berpengalaman merakam foto perkahwinan sekurang-kurangnya sekali atau tidak lebih dari 10 kali.
Perkara yang perlu dibawa ke kursus ini
1) Bawa 10 foto perkahwinan (soft copy) yang anda telah rakam untuk dibincangkan (jika ada)
2) Senaraikan 10 masalah atau soalan yang ingin anda tanya di dalam kursus ini nanti
ANTARA SUBJEK DI DALAM PROGRAM INI:
(SUBJEK TELAH DIKEMASKINI DAN DITAMBAH DARI PROGRAM LEPAS!)
1 Pengenalan penting fotografi perkahwinan
2 Peralatan kamera khas untuk fotografi perkahwinan
3 Kawalan teknikal yang mudah dan berkesan untuk fotografi perkahwinan
4 7 perkara penting yang anda perlu tahu untuk dapatkan gambar perkahwinan yang baik
5 Pengurusan kerja dan peralatan untuk kecekapan produksi
6 Panduan penampilan dan komunikasi
7 Peranan dan kepentingan pembantu jurugambar
8 Teknik merakam gambar dekorasi dan hantaran
9 Teknik merakam gambar perincian
10 Teknik merakam gambar acara majlis
11 Teknik merakam gambar kandid
12 Teknik merakam gambar potret
13 Teknik merakam gambar berkumpulan
14 Teknik meletak harga untuk menjamin keuntungan
15 Teknik syarat bayaran untuk mengurangkan risiko kerugian
16 Teknik pemasaran fotografi perkahwinan
17 Teknik ringkas pos produksi untuk memaksimumkan keuntungan
18 Kajian gambar – kesilapan yang biasa dilakukan dalam fotografi perkahwinan
19 Sesi soal jawab
Dengan peserta berjumlah kecil dan konsep kursus yang semi formal, interaksi dan soal jawab yang aktif akan membolehkan lebih banyak subjek lain yang berkaitan yang akan disentuh dalam kursus ini. Jadi, subjek yang akan dibincangkan tidak hanya terhad kepada perkara yang disenaraikan seperti di atas semata-mata.

PortfolioHasnuddinForKFPsmall Jom sertai Kursus Fotografi Perkahwinan
Antara hasil foto perkahwinan oleh Hasnuddin

Nikon D7000




me 02.1 Nikon D7000

Seorang model, Chandrika Bhaskaran menunjukkan kamera Nikon D7000 yang mudah digunakan.

PENGELUAR kamera Nikon memperkenalkan kamera lensa refleks tunggal digital (DSLR) model terbaru, Nikon D7000 untuk peminat fotografi amatur yang mementingkan kualiti dan mahu menghasilkan gambar bermutu setanding jurugambar profesional.

Dengan D7000 penggemar fotografi dapat memanfaatkan keseluruhan aplikasi yang mirip kepada kamera profesional.

Kamera yang dijana dengan enjin EXPEED 2 ini mampu menghasilkan imej dalam definasi tinggi (HD) dengan 16 mega pixel.

Ia dihasilkan di dalam format DX sensor imej dengan keupayaan merakam enam gambar sesaat (6fps).

Pengurus Pusat Servis Nikon, Mahfooz NR berkata, Nikon D7000 dicipta dengan keperluan ISO 100 hingga ISO 12,800.

Ia amat sesuai untuk pengambaran dalam cahaya suram tanpa menggunakan sebarang lampu denyar (flash) manakala gambar yang dihasilkan dengan ISO paling tinggi tidak mengeluar bintik kasar seperti yang dibayangkan.

Dengan Nikon D7000, jurugambar kini tidak perlu pening kepala untuk menghasilkan pelbagai gambar baik gambar biasa, peristiwa, sukan ataupun gambar studio kerana aplikasi yang disediakan mudah difahami.

Secara langsung seseorang jurugambar dengan cepat dapat menguasai kamera tersebut ketika melakukan pengambaran

Dengan ini jurugambar biasa sudah tentu dapat menghasilkan gambar yang baik dalam apa jua keadaan seperti mana jurugambar profesional menjalankan tugasan mereka.

Kamera ini juga dilengkapi dengan dua ruang kad memori SDHC dan SDXC untuk rakaman yang banyak selain rakaman video dalam format HD penuh (full HD).

Selain prestasi tingginya, harga yang ditawarkan amat berpatutan bagi peminat fotografi iaitu RM4,998 termasuk sebuah lensa AF-S DX Nikkor 18-105mm f/3.5-5.6G ED VR.

/// kosmo ////