Tag Archives: jutawan internet

4 pelajar bakal saingi Zuckerberg




du 02.1 4 pelajar bakal saingi Zuckerberg

dari kiri ZUCKERBERG, Dan Thompson, Feross Aboukhadijeh dan Ashkay Kothari

 

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) – Empat pelajar AS yang merupakan usahawan muda kini menjadi rebutan syarikat gergasi Internet, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Mereka dianggap sebagai genius Internet selepas mencipta beberapa aplikasi komputer yang berpotensi besar untuk dimajukan.

Kejayaan empat bakat baharu itu menyebabkan mereka turut menjadi buruan syarikat-syarikat gergasi Internet temasuk, Facebook, Google dan YouTube yang tidak mahu terlepas peluang untuk mengambil mereka bekerja.

Mereka muncul selepas kejayaan Mark Zuckerberg menghasilkan laman sosial Facebook bersama beberapa rakannya yang lain semasa belajar di Universiti Harvard.

Seorang usahawan muda itu, Feross Aboukhadijeh, 20, yang pernah bekerja di Facebook dan menjadi rakan Zuckerberg, mencipta nama kerana menghasilkan laman web YouTube Instant yang dapat menyiarkan klip video carian pengguna dengan cepat.

Laman web tersebut kini dilawati lebih sejuta kali manakala pelajar Universiti Stanford di AS itu turut mendapat tawaran kerja daripada firma enjin carian Internet, Google.

Dia pernah bertaruh dengan seorang rakan bahawa dia dapat menghasilkan laman web YouTube Instant dalam masa sejam.

“Saya kalah pertaruhan itu,” katanya dalam temu bual bersama majalah tempatan, New York.

“Saya mengambil masa tiga jam untuk menyiapkan laman web tersebut,” tambahnya lagi.

Seorang lagi pelajar, Joseph Huang turut menarik perhatian nama-nama besar Internet kerana mencipta sistem pengesanan global (GPS) yang dinamakan WiFiSlam untuk kegunaan dalam bangunan.

Aplikasi Android ciptaannya boleh memandu arah di dalam bangunan dengan teknologi tersebut berpotensi untuk dijual sebagai sistem navigasi untuk digunakan di dalam muzium dan pusat beli-belah.

Seorang lagi pelajar, Ashkay Kothari pula mengasaskan aplikasi berita, The App yang dibeli sebuah firma Internet pada harga AS$4 juta (RM12.2 juta), lima minggu selepas ia dihasilkan.

Turut tidak ketinggalan menjadi tumpuan penggiat industri Internet ialah pelajar dari negeri New Hampshire, Dan Thompson yang pakar menghasilkan pengaturcaraan Internet yang sukar. – Agensi

/// KOSMO ///

Fione bernilai RM20,000 sejam

Jurulatih Pemasaran Internet No. 1 di Asia selama enam tahun berturut-turut dan 10 Usahawanita Berjaya adalah sebahagian gelaran yang diraih Fione Tan.

ru 01.1 Fione bernilai RM20,000 sejam


BELIAU sering ditempelak dan dicemuh tatkala menghulurkan kad perniagaannya dengan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Eonenet.com pada majlis-majlis korporat beberapa tahun lalu.

Disebabkan usia muda, baru tamat pengajian di universiti, bertubuh kecil dan berasal dari negara Asia, ramai yang menyangka beliau hanya seorang setiausaha dan tidak layak mendapat layanan kelas pertama seperti CEO.

Namun, Fione Tan, 31, tidak mudah melatah. Malah beliau berusaha gigih menyusun strategi dalam perniagaan Internetnya dan kini dikenali sebagai Jurulatih Pemasaran Internet No. 1 di Asia selama enam tahun berturut-turut.

“Saya memulakan Eonenet.com pada tahun 2000 pada usia 22 tahun. Sebelum itu, saya bekerja di syarikat insurans. Dengan komitmen kerja yang tidak mengenal waktu, jadual kerja yang padat ditambah pula dengan gaji rendah, saya mula bosan dengan kerja.

“Waktu itu saya mengimpikan kerja yang boleh dilakukan dalam keadaan santai, tidak terperap di pejabat, kurang risiko kerugian dan pastinya tidak memerlukan saya untuk bangun awal pagi!,” ujar lulusan Sarjana Muda Pemasaran dan Perniagaan dari Universiti Iowa, Amerika Syarikat (AS) ini.

ru 01.2 Fione bernilai RM20,000 sejam

PENCAPAIAN dan pengiktirafan yang diterima Fione menyuntik semangatnya untuk lebih berjaya.


Tekad untuk mencari pekerjaan yang lebih baik, Fione teringatkan pengalamannya semasa menuntut di AS. Menurutnya, di sana banyak urusan perlu dilakukan menggunakan Internet bahkan adakalanya menjadi satu kemestian.

Bertitik tolak dari situ, Fione mendapat idea untuk menjadikan Internet sebagai medium pemasaran yang menguntungkan. Dengan waktu bekerja yang fleksibel, kurang risiko rugi dan kos operasi yang murah, Fione lantas nekad dengan keputusannya itu.

“Apa yang saya miliki hari ini bermula dengan hanya satu pelan perniagaan yang mempunyai empat muka surat. Pada masa itu dalam fikiran saya, tertanam satu desakan yang saya perlu bersungguh-sungguh mengubah hidup saya.

ru 01.3 Fione bernilai RM20,000 sejam


ru 01.4 Fione bernilai RM20,000 sejam


ru 01.5 Fione bernilai RM20,000 sejam

BERSAMA suami, Harrace Lau yang turut menjadi nadi dalam merealisasikan impian dan cita-cita dalam perniagaan internet.



ru 01.6 Fione bernilai RM20,000 sejam

“INTERNET adalah medium yang membuka pasaran global kepada pelanggan saya. Dengan akses 24 jam sehari dan 365 hari setahun, ia adalah lubuk duit” – FIONE TAN.



“Saya mula pergi ke seminar-seminar perniagaan untuk membentangkan pelan perniagaan di samping mencari pelanggan yang berpotensi.

“Usaha itu berhasil apabila sebuah syarikat antarabangsa bersetuju menyuntik modal sebanyak RM88,000. Saya laburkan RM75,000 untuk membina laman web dan bakinya digunakan untuk operasi syarikat,” cerita Fione.

Cek pertama RM15

Walaupun yakin perniagaan alam maya mampu memberikan rangkaian promosi meluas, Fione mengakui beliau hanya untung RM15 pada bulan pertama perniagaannya.

“Saya terima cek untuk bulan pertama hanya RM15 (AS$4.40). Nak tunaikan di bank pun malu. Oleh kerana proses itu mengambil masa dua minggu dan dikenakan caj RM26 untuk transaksi, saya tak tunaikan pun cek itu.

“Walaupun pun hanya dapat RM15, saya tak patah semangat. Saya teruskan rutin harian iaitu duduk di depan komputer sekurang-kurangnya selama 10 jam sehari.

“Saya buka banyak laman web dan belajar bagaimana mahu menjadikan Eonenet.com berada di tempat pertama di enjin carian utama seperti Google, Yahoo! dan Baidu. Pada bulan ketiga baru saya dapat pulangan balik modal, rasa berbaloi menghadap komputer seharian,” cerita Fione.

Kini selepas sembilan tahun menjadi ejen pemasaran Internet, wanita ini mampu menjana pendapatan mencecah RM1 juta sebulan. Bukan itu sahaja, laman sesawang miliknya, Eonenet.com sudah memasuki pasaran negara-negara maju serta memiliki beberapa aset hartanah elit di Malaysia serta Hong Kong.

Pencapaian anak kelahiran Jinjang, Kuala Lumpur ini bukan setakat itu. Selain gah di pasaran Internet, beliau juga terkenal dengan khidmat perundingan Internet berkesan. Malah di peringkat antarabangsa, ramai pelanggan sanggup membayar RM15,259 (AS$4,500) untuk 45 minit sesi konsultasi bersamanya.

Dek kejayaannya menempa nama di arena perdagangan alam maya itu, Fione sering dijemput malah turut menganjurkan seminar-seminar keusahawanan bagi berkongsi strategi untuk memperluaskan rangkaian pemasaran para peserta melalui Internet.

“Sehingga kini, lebih kurang 30,000 orang telah mengikuti seminar saya dan boleh dikatakan semuanya berjaya. Ada suri rumah memperoleh pendapatan lebih RM30,000 pada Ramadan lalu hanya dengan menjual kek lapis.

“Ada juga pelanggan saya merupakan sekumpulan pengusaha ladang pir di Taiwan. Melalui Eonenet.com, mereka telah berjaya memperluaskan pasaran di Asia dan menembusi pasaran di Amerika serta Eropah.

“Ada juga yang mengambil kesempatan wabak H1N1 sebagai peluang buat duit. Mereka jual topeng muka dan mampu jual lebih 1,000 kotak di Internet.

“Selain produk, ada juga pelanggan yang mempunyai kemahiran tertentu menjual perkhidmatan mereka melalui Internet.

“Contohnya, seorang CEO di sebuah syarikat terkemuka di Singapura mahu bersara kerana tekanan kerja. Dia mula menyertai kami dan menjual kemahiran yang dia ada di Internet. Nyata cara itu mampu memberinya pendapatan lumayan tanpa perlu menghadapi stres lagi.

“Pendek kata, jika ada kesungguhan, disiplin dan dedikasi, anda juga boleh berjaya.

“Saya melihat Internet dan dunia siber bagaikan lubuk. Segala-galanya ada di sana sama ada maklumat, rangkaian sosial mahupun tempat untuk membuat wang,” jelasnya panjang lebar.

Internet mengubah hidup

Dengan kejayaan dalam karier dan hidup yang jauh lebih selesa, Fione juga tidak menyangka kuasa Internet mampu mengubah landskap kehidupannya.

“Tanpa dedikasi, disiplin, pengalaman terdahulu serta sokongan keluarga dan pekerja, mungkin saya tidak akan berada di tahap ini,” tutur isteri kepada Harrace Lau, 40-an ini.

Biarpun kini beliau sedang berada di puncak kerjayanya, anak sulung dari dua beradik lebih senang merendah diri.

“Secara peribadinya, masih banyak ruang untuk saya perbaiki. Untuk kata puas, mungkin belum lagi, tetapi kalau lega, mungkin ya.

“Saya bersyukur dengan kerja ini saya boleh dapat duit untuk bayar ansuran rumah, kereta dan memiliki pejabat di Malaysia serta di Hong Kong. Saya bukan orang yang suka melebih-lebih.

“Asalkan cukup makan dan pakai, ada duit lebih untuk disimpan, pergi membeli-belah dan sesekali ke spa, saya sudah okey,” katanya yang mengakui lahir dari keluarga sederhana.

Tambah beliau, ibunya merupakan seorang akauntan, bapa pula bekerja sebagai juruteknik elektrik. Disebabkan kehidupan yang serba sederhana, orang tuanya terpaksa bekerja keras untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Adakalanya dalam sebulan, hanya seminggu saja saya berpeluang berjumpa dengan ibu. Selebihnya masanya dihabiskan dengan kerja.

“Disebabkan itu, memasuki sekolah menengah, saya nekad belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat biasiswa ke Amerika. Saya tidak mahu melihat orang tua saya susah lagi.

“Sekarang saya gembira kerana dapat menyumbang keselesaan dalam hidup mereka sekarang,” ujar Fione yang mengakui karakter ibu kesayangan banyak mempengaruhi kejayaanya.

Walaupun sering mengimpikan kehidupan disaluti kemewahan sejak alam remaja, Fione tidak menyangka impiannya tercapai secepat ini.

“Saya bersyukur kerana Tuhan buka hati untuk cepat berhenti kerja dulu. Kalau tidak berada di tempat sekarang, pasti saya sedang bekerja keras dari pagi ke malam di syarikat insurans itu,” selorohnya.