Koleksi SMS HARI RAYA AIDILFITRI




Owh nampaknya minggu nie masih lagi ada MOOD HARI RAYA…..

Saya masih lagi menerima jemputan open house tak kira hari bekerja mahupun weekend

Namun aper yang menarik bila time raya dua tiga menjak ialah tentang kewujudan

SMS HARI RAYA sebagai pengganti KAD RAYA

5032730860 c23cfcd518 Koleksi SMS HARI RAYA AIDILFITRI

sumber

Di sini saya kongsikan bersama koleksi SMS RAYA yang saya dapat :

ABANG LONG

-Hina besi kerana karat

Hina kayu kerana berkulat

Ampun & maaf dipohon erat

Moga hari raya bertambah berkat

NORA & CIKO

Salam buat sahabat dan kenalan

Dengan rendah hati diri ini menyusun 10 jari

meminta maaf  jika ada perbuatan atau percakapan

yang menyinggung perasaan

MR KUMAR

Wishing you and your family SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

KHAIRUL ANUAR ( A’AN)

Roti sebuku petai sepapan

Daun ketupat daun palas

Sms pengganti kad ucapan

Tanda ingatan tulus ikhlas

IJAM

Walau jauh bukan halangan

Sms dihantar tanda persahabatan

Kupohon maaf selamat berkawan

Salam Aidilfitri tanda ingatan

EUGENE YIN

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Best wishes to you and your family

S.A.Y.A.N.G

Sebening air wuduk

Sesuci Al-quran

Semerdu alunan zikir

Seindah solat 5 waktu

Setenang hati yang tiada rasa benci dan dendam

Jika tanganku tak sempat berjabat

Jika muka tak sempat bertatap

Bukalah pintu maaf untukku di bulan yang mulia

========================================================

Hmmmm….. baru la saya perasan rupa-rupanya SMS RAYA

adalah lebih kepada versi pantun empat kerat… Tak kisah la kan

Yang penting orang memberi itu sentiasa ingat kat diri kita nie…..

p/s : Bila dah ade koleksi nie boleh guna untuk time HARI RAYA AIDILADHA nanti kan….. hik3x

271 total views, 2 views today