Tag Archives: kajian kesihatan

Ketagih Internet punca otak remaja mengecut




BEIJING – Kajian terbaharu di China mendapati penggunaan Internet secara berlebihan oleh golongan remaja boleh menyebabkan otak mereka mengecut, lapor sebuah akhbar semalam.

Kajian berkenaan yang disiarkan jurnal sains, PLoS ONE menyatakan, kematian tisu otak berlaku di kalangan remaja yang ketagih melayari Internet.

Keadaan itu boleh membawa kepada kemerosotan daya tumpuan dan ingatan selain mengurangkan perasaan malu golongan remaja untuk melakukan perbuatan tidak sihat. Kajian tersebut melibatkan penggunaan mesin pengimejan resonans magnetik (MRI) untuk merakam imej otak 18 pelajar universiti berusia 18 tahun yang melayari internet selama 13 jam sehari, enam kali seminggu.

mmon75l Ketagih Internet punca otak remaja mengecut

Gambar hiasan – sumber

Kumpulan penyelidik berkenaan membandingkan imej MRI tersebut dengan imej MRI kumpulan pelajar yang melayari internet cuma dua jam sehari.

Selepas perbandingan dibuat, mereka mendapati korteks atau bahagian kelabu pada otak 18 pelajar yang ketagih Internet itu mengecut berbanding rakan mereka yang kurang melayari internet.

“Kajian kami membayangkan ketagihan Internet pada jangka panjang boleh membawa kepada kemerosotan struktur otak,” kata kumpulan penyelidik itu.

Bahagian korteks otak berfungsi untuk memproses ingatan, emosi, pertuturan, penglihatan dan pendengaran di samping mengawal pergerakan anggota manusia.

Kajian itu dilakukan oleh sekumpulan pakar neurologi dan radiologi beberapa universiti dan hospital di China.

Dianggarkan seramai 24 juta remaja negara berkenaan ketagih melayari Internet. – Agensi

Duduk terlalu lama BAHAYA kesihatan




Kajian dapati amalan punca serangan jantung

LONDON: Saintis memberi amaran duduk untuk satu tempoh lama boleh membahayakan kesihatan walaupun bagi mereka yang selalu bersenam.

Penyelidikan menunjukkan mereka yang banyak menghabiskan masa dalam keadaan duduk  tidak kira di pejabat, sekolah, dalam kereta atau di depan komputer  besar kemungkinan mengalami kegemukan, menghadapi risiko serangan jantung atau jatuh mati.

Dalam satu lidah pengarang minggu ini dalam jurnal perubatan The British Journal of Sports Medicine, Elin Ekblom-Bak dari Fakulti Sains Sukan dan Kesihatan Sweden mencadangkan pihak berkuasa menyemak semula definisi aktiviti fizikal untuk menyerlahkan bahaya duduk terlalu lama.

Setakat ini pihak berkuasa kesihatan belum meletakkan had tempoh duduk bagi seseorang walaupun sudah mengeluarkan garis panduan yang mencadangkan aktiviti fizikal ketika duduk.

“Selepas empat jam duduk, badan kita akan menghantar isyarat yang tidak menyenangkan,” kata Ekblom-Bak.

Beliau berkata, gen yang mengatur jumlah glukos dan lemak dalam badan akan mula berhenti bertindak jika seseorang duduk pada tempoh lama.

Pakar aktiviti fizikal di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tim Armstrong, berkata mereka yang bersenam setiap hari, tetapi banyak menghabiskan masa duduk mungkin tidak dapat manfaat aktiviti senaman mereka.

Satu kajian diterbit tahun lalu yang menjejaki tabiat 17,000 warga Kanada bagi tempoh 12 tahun, mendapati mereka yang duduk paling lama berdepan risiko kematian lebih tinggi, walaupun mereka kerap bersenam.

“Kita masih tidak mempunyai bukti cukup untuk menyatakan tempoh duduk yang boleh dikatakan membahayakan,” kata Peter Katzmarzyk dari Pusat Penyelidikan Biomedikal Pennington di Baton Rouge, yang mengetuai kajian di Kanada berkenaan.

Perangkaan dalam kajian di AS pada 2003-2004 mendapati rakyat negara itu menghabiskan separuh daripada masa mereka duduk, sama ada ketika kerja atau memandu. ? Agensi

-Bharian