Jepun akan lancar kapal layar angkasa




st 01.1 Jepun akan lancar kapal layar angkasa

Imej grafik dikeluarkan oleh JAXA kelmarin merakamkan satelit Ikaros ketika berada di angkasa lepas. – AFP



TOKYO 28 April – Jepun akan melancarkan ‘kapal layar angkasa’ yang digerakkan oleh partikel solar, demikian menurut agensi angkasa negara ini hari ini.

Roket yang membawa Ikaros atau singkatan kepada Interplanetary Kite-craft Accelerated by Radiation of the Sun berbentuk layang-layang itu, akan berlepas dari pusat angkasa Tanegashima di selatan Jepun pada 18 Mei ini.

“Ikaros adalah ‘kapal layar angkasa’ yang bergerak mengikut tekanan partikel cahaya matahari yang mengenai layarnya,” kata pakar sistem angkasa di Agensi Penerokaan Angkasa Jepun (JAXA), Yuichi Tsuda.

Layar fleksibel itu yang lebih nipis daripada rambut manusia akan dilengkapi dengan sel solar yang menaja elektrik, sekali gus mewujudkan ‘teknologi hibrid elektrik dan tekanan’.

Ikaros yang melibatkan belanja sebanyak 1.5 bilion yen (RM51 juta) akan menyaksikan penggunaan pertama teknologi baru itu di angkasa dengan JAXA merancang untuk mengawal laluannya dengan mengubah sudut partikel cahaya matahari yang mengenai layarnya.

Namanya menyerupai watak mitologi Greek, Icarus yang terbang terlalu dekat dengan matahari dan jatuh ke dalam laut.

Roket yang sama akan digunakan untuk melancarkan satelit pertama Jepun ke planet Venus, yang dikenali sebagai Akatsuki atau PLANET-C, sebuah satelit yang dihantar lebih awal oleh Agensi Angkasa Lepas Eropah. – AFP

-utusanmalaysia

120 total views, no views today

Robot bantu manusia




me 02.1 Robot bantu manusia


Robot Reem B

Dihasilkan oleh Teknologi Robotik Pal , Reem B merupakan sebuah robot humanoid (berbentuk manusia) kedua dihasilkan selepas Reem A.

Berketinggian 147 sentimeter (sm) dan berat 60 kilogram (kg) menjadikan Reem B seolah-olah manusia.

Reem B boleh membawa berat badannya sendiri tanpa bantuan dan memiliki laser pada bahagian kaki bagi memastikan ia mampu melangkah dan memetakan perjalanannya sendiri.

Memiliki 12 motor untuk menggerakkan sendi jarinya, ia boleh menaiki serta menuruni tangga tanpa sebarang bantuan.

-utusanmalaysia

149 total views, 1 views today

Tapak batu dedah tarian haiwan purba




du 06.1 Tapak batu dedah tarian haiwan purba

JEJAK dinosaur ini memaparkan corak konsisten seumpama rentak tarian.



WASHINGTON – Saintis Universiti Utah mengenal pasti koleksi lebih 1,000 jejak kaki dinosaur pada tapak batu yang dipercayai sebagai tarian lantai haiwan purba tersebut.

Dijumpai dalam kawasan gurun Monumen Kebangsaan Vermilion Cliffs di sempadan negeri Arizona-Utah, pakar geologi menganggarkan jejak itu berusia kira-kira 190 juta tahun.

Penemuan itu dilaporkan di dalam jurnal palaentologi ternama, Palaios memaparkan format tarian yang mungkin dilakukan pelbagai spesies dinosaur berusia remaja.

“Tempat ini mungkin seumpama dewan ballroom gergasi yang menjadi tumpuan ramai dinosaur pada hujung minggu,” kata Prof. Marjorie Chan dari Universiti Utah.

– Agensi

-arkibkosmo

66 total views, no views today