
FOTO TOOLS CLASS (FTC)
Ketahui aksesori fotografi yang penting untuk anda dan cara penggunaannya
|
||||||||||

|
Selain dari kamera dan lensa, aksesori fotografi memainkan peranan yang penting dalam penghasilan foto yang kreatif dan berkualiti. Anda perlu menggunakan aksesori atau peralatan tertentu untuk merakam foto yang tertentu. Dalam kelas ini, anda akan diterangkan mengenai berbagai info dan tips menarik yang perlu anda tahu sebelum anda membeli aksesori fotografi agar anda tidak tersilap beli peralatan yang tidak sesuai. Anda juga akan diterangkan mengenai fungsi berbagai aksesori fotografi di dalam program ini. Anda akan dibantu untuk membuat keputusan – apakah aksesori yang sesuai untuk anda gunakan.
|
| MAKLUMAT TERPERINCI PROGRAM | |||||
| Program | FOTO TOOLS CLASS | ||||
| Kod program | FTC | ||||
| Durasi | 4 jam | ||||
| Masa | 9.00 pagi – 1.00 tengahari (pendaftaran jam 8.30 pagi) | ||||
| Bahasa perantara | Bahasa Melayu | ||||
| Jumlah peserta | Eksklusif untuk 30 orang sahaja | ||||
| Syarat penyertaan | Untuk peminat fotografi baru (beginners) | ||||
| Perkara yang perlu dibawa |
|
||||
| Yuran penyertaan | RM50.00 seorang (termasuk sarapan pagi) | ||||
| ANTARA SUBJEK DI DALAM PROGRAM INI: | |
| 1 | FILTER Penuras cahaya yang dipasang dibahagian depan lensa berguna untuk menjadikan foto anda lebih menarik sesuai dengan kesan yang anda inginkan. Pelajari mengenai jenis-jenis filter, filter factor dan panduan membeli filter |
| 2 | LENS BABY Satu inovasi unik dalam penciptaan lensa yang meggalakkan anda menjadi lebih kreatif. Selain dari kebolehan mengawal sweet spot, Lens Baby juga mempunyai sistem aksesorinya yang tesendiri yang menjimatkan kos untuk mendapat kesan fisheye, close-up dan sebagainya. Ketahui bagaimana Lens Baby boleh memberikan berbagai kesan unik yang anda kehendaki. Maklumat lanjut mengenai Lens Baby SILA KLIK DI SINI |
| 3 | LENS & SENSOR CLEANER Berikan penjagaan terbaik kepada lensa dan sensor kamera anda yang berharga dengan menggunakan aksesori dan teknik pencucian yang betul |
| 4 | SILICA GEL & DRY BOX Lensa yang tidak dijaga dengan betul akan diserang kulat. Akibatnya, lensa anda akan menghasilkan foto yang kabur. Kesan lain – anda perlu mengeluarkan kos untuk menghilangkan kulat tersebut dan nilai lensa anda akan menjadi susut. Ketahui cara penjagaan lensa dengan menggunakan silica gel dan dry box |
| 5 | TRIPOD Dengan memiliki tripod yang sesuai, anda akan dapat hasilkan foto yang tidak dapat anda hasilkan sebelum ini, seperti merakam foto slow shutter untuk pemandangan waktu malam atau untuk kesan khas pergerakan awan dan air. Ketahui ciri-ciri penting pada tripod dan bagaimana memilih tripod yang sesuai untuk kegunaan anda. |
| 6 | REMOTE RELEASE Remote release berguna untuk melepaskan shutter dengan meminimakan gegaran apabila menggunakan slow shutter. Ianya juga boleh digunakan untuk merakam foto tanpa anda perlu berada hampir dengan kamera anda. Pelajari mengenai peralatan ini dan ketahui samada ianya sesuai untuk kegunaan anda. Maklumat lanjut mengenai remote release, SILA KLIK DI SINI |
| 7 | BUILT-IN FLASH DIFFUSER Cahaya dari built-in flash kamera anda memberikan kesan cahaya yang kasar dengan bayang yang ketara. Ketahui teknik yang betul untuk menghasilkan foto yang cantik walau hanya menggunakan built-in flash yang digandingkan dengan built-in flash diffuser |
| 8 | BATERI RECHARGEABLE UNTUK FLASH Ketahui bagaimana bateri rechargeable boleh menjimatkan dan memudahkan kerja anda. Fahami juga aspek teknikal mengenai bateri dan berbagai ciri-ciri bateri di pasaran. |
| 9 | FILL-IN CARD DAN LIGHT MODIFIER UNTUK FLASH Bounce flash menghasilkan cahaya yang lembut. Tetapi bagaimana jika anda tiada tempat untuk memantulkan cahaya? Teknik penggunaan fill-in card dan light modifier yang betul boleh mengatasi masalah ini. |
| 10 | WIRELESS FLASH TRIGGER Untuk mempunyai kawalan cahaya yang lebih kreatif, anda perlu menggunakan flash secara off-camera. Wireless flash trigger perlu digunakan untuk tujuan ini. Anda akan diterangkan mengenai jenis-jenis wireless flash trigger serta kebaikan dan kelemahan berbagai jenama yang terdapat di pasaran. |
| 11 | SOFTBOX DAN UMBRELLA UNTUK PORTABLE FLASH Untuk kawalan pencahayaan kreatif menggunakan portable light, softbox dan umbrella khas untuk portable flash perlu digunakan. Ketahui ciri-ciri peralatan yang sesuai dan tips ringkas cara mendapatkan pencahayaan yang baik. |
| 12 | REFLECTOR Aksesori kawalan pencahayaan yang paling asas tetapi amat penting. Perlu dimiliki oleh jurufoto perkahwinan, jurufoto potret dan jurufoto studio. Kenali berbagai jenis reflector dan cara penggunaan yang betul. |
| 13 | SESI MENCUBA PERALATAN Anda boleh mencuba sendiri semua peralatan fotografi yang ditunjukkan di dalam program ini. Nilai sendiri samada peralatan ini sesuai untuk kegunaan anda. |
| 14 | SESI SOAL JAWAB Tanya apa sahaja soalan mengenai aksesori fotografi dalam sesi soal jawab ini! |
| Peserta boleh membeli beberapa aksesori fotografi yang kami tawarkan semasa kelas ini dengan harga diskaun. Tetapi, anda tidak perlu risau, pembelian tidak diwajibkan. Kepada peserta yang berminat untuk membeli, jangan lupa bawa wang tunai atau kad kredit.
Untuk melihat dan membeli peralatan fotografi |
|
|
||||||||||

