Tag Archives: keluarga diraja britain

Buckingham buka akaun web sosial




lu 07.1 Buckingham buka akaun web sosial

Ratu Elizabeth II (tengah) meraikan tetamu di pekarangan Istana Buckingham ketika mengadakan satu parti di taman istana itu di London pada 22 Julai 2010. – AFP


LONDON 25 Julai – Istana Buckingham hari ini mengumumkan bahawa keluarga diraja Britain itu telah membuka akaun laman web sosial perkongsian gambar, Flickr sebagai usaha terbaru mereka untuk bergerak seiring dengan peredaran masa.

Laman sosial yang sentiasa dikemaskini itu mengandungi 600 keping gambar Ratu Elizabeth II ketika majlis rasmi pertunangannya, gambar koleksi istana dan potret kerabat diraja itu ketika muda.

Imej-imej yang mempunyai keterangan di dalam laman sosial berkenaan termasuk gambar bayi ratu itu dan puteranya, Prince Charles, gambar di sebalik tabir bankuet negara serta potret rasmi upacara pertabalan King George VI pada 1937.

Salah satu gambar lama hitam putih yang boleh disaksikan menerusi laman sosial itu ialah foto Ratu Victoria dan Putera Albert yang diambil di Istana Buckingham pada Mei 1854 dan ketika ini sedang dipamerkan di istana itu.

Gambar isteri pertama Putera Charles, Puteri Wales, mendiang Puteri Diana yang terbunuh dalam kemalangan kereta di Paris pada 1997, bersama dua anaknya, Putera William dan Putera Harry juga dimasukkan dalam laman sosial itu.

Laman foto Flickr adalah kaedah terkini yang digunakan oleh keluarga diraja itu agar tidak ketinggalan dengan inovasi teknologi, kata jurucakap istana.

Pada 2001, putera kedua Ratu Elizabeth, Putera Andrew membelikannya telefon bimbit dan mengajar beliau cara menggunakan telefon berkenaan.

Dia kemudiaannya membeli iPod pada 2005 dan pada tahun berikutnya merakamkan versi mesej sambutan tradisi Krismasnya melalui gajet itu pada tahun berikutnya.

Laman sosial diraja Britiain itu berjaya menarik 30,000 pengunjung seminggu, manakala saluran YouTube yang dilancarkan pada 2007 mempunyai lebih daripada 30,000 peminat.

Akaun Twitter keluarga diraja itu pula diikuti oleh 40,000 pengguna, kata pihak istana.

Bagaimanapun, jurucakap berkenaan tidak menyatakan sama ada ratu itu menggunakan Flickr atau tidak.

Akaun Flickr keluarga diraja itu boleh dilayari di www.flickr.com/ photos/britishmonarchy. – AFP

-utusanmalaysia