Perak turut umum bonus raya RM500




IPOH 25 Ogos – Kerajaan negeri Perak hari ini mengumumkan pemberian bonus kepada kira-kira 7,000 kakitangannya sebelum Hari Raya Aidilfitri ini yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM3.5 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir ketika mengumumkan berita baik itu berkata, bonus RM500 tersebut diberikan kepada semua kakitangan awam sehingga gred 54 termasuk pesara.

yab menteri besar perak menerangkan mengenai bajet 2010 pada sidang akhbar di pejabatnya Perak turut umum bonus raya RM500

sumber

Langkah itu katanya, diambil selaras dengan pengumuman Kerajaan Persekutuan yang memberikan bonus sama kepada kakitangannya.

“Saya harap dengan pemberian bonus raya ini, ia akan dapat meringan beban kakitangan kerajaan khususnya di kalangan kakitangan sokongan yang memerlukan sedikit bantuan.

Duit+Raya Perak turut umum bonus raya RM500

sumber

“Mereka akan mendapat bonus ini sebelum Syawal dan boleh digunakan untuk perbelanjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan bubur lambuk Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr. Abd. Rahman Hashim serta barisan Exco kerajaan negeri.

/// utusanmalaysia ///

63 total views, 1 views today

SELAMATkan SIS dan SERATA




IPOH, 17 Dis: Bekas-bekas pelajar Sekolah Izzudin Shah (SIS) dan Sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA) Perak, membantah dan menuntut penjelasan dari tiga pihak bertanggungjawab berhubung hasrat menyerahkan kedua dua sekolah agama kelolaan kerajaan negeri tersebut kepada pusat.

Ketiga-tiga pihak tersebut adalah kerajaan negeri Perak, Jabatan Agama Islam negeri dan Persatuan Alumni pelajar sekolah terbabit.

scan0008 SELAMATkan SIS dan SERATAPengerusi Badan Bertindak Pertahankan SIS dan SERATA (TAHAN), Yuzi Faizal memberitahu pihak mereka akan mengadakan satu sidang akhbar berhubung perkara itu dihadapan pintu masuk utama SIS Jumaat ini.

“Kita nak mintak penjelasan dari ketiga-tiga pihak ini supaya kita dapat tahu kewajaran kedua-duanya perlu diserahkan kepada kerajaan pusat,” katanya ketika dihubungi.

Yuzi juga memberitahu desakan yang dibuat badan bertindak ini bukan dipengaruhi mana-mana parti politik tetapi atas rasa tanggungjawab dan keperihatinan bekas-bekas pejar sekolah terbabit sendiri.

Mereka bimbang pertukaran tersebut akan menggadai kecemerlangan pelajar-pelajar aliran agama khususnya pemansuhan subjek teras sekolah tersebut.

Apatah lagi kedua-dua sekolah tersebut juga jelasnya telah banyak melahirkan tokoh-tokoh dan pemimpin negara seperti Menteri Pertahanan Malaysia sekarang ini Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Berdasarkan maklumat, jika kerajaan pusat ambil alih, kemungkinan subjek I’dadi dan Sanawi akan dimansuhkan.

“Ianya akan memberi kesan kepada para pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang agama seperti di Al-Azahar dan lain-lain universiti,” katanya lagi.

Kedua-dua sekolah tersebut adalah di bawah pengurusan Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dan Kerajaan Negeri Perak namun akan diserahkan kepada kerajaan pusat di bawah skim Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) kerana didakwa berdepan masalah kewangan.

Sehubungan itu, TAHAN juga sedang merancang menyediakan satu memorandum untuk dihantar kepada pihak Istana negeri perak jika tiada sebarang maklum balas dari ketiga-tiga pihak terbabit.

Sebelum ini, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) turut mendesak Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri campur tangan menyelamatkan SIS dan SERATA agar kekal dibawah kelolaan JAIPk.

45 total views, 1 views today