Tag Archives: kerja kerajaan

Tips Temuduga KERJA KERAJAAN

Salam semua….

Sedikit tips untuk interview kerja kerajaan...

ANDA  perasan tak, banyak iklan
kekosongan jawatan di sektor awam
diiklankan baru-baru ini.

Contohnya, iklan temuduga terbuka, temuduga
untuk jabatan-jabatan ataupun kementerian
- kementerian dll. Dan temuduga SPA seperti biasa,
pasti ada.

Mengapa begitu banyak kekosongan jawatan
pada masa ini? Jawapannya adalah Pakej
Rangsangan Ekonomi
yang diumumkan
oleh Perdana Menteri kita yang khusus
untuk merangsang pertumbuhan ekonomi
di zaman kemelesetan ekonomi ini.

Dengan pengumuman oleh PM ini, ianya telah
membuka peluang pekerjaan yang besar di
sektor swasta dan juga kerajaan. Dan peluang ini
diharapkan dapat membantu para penganggur /
graduan universiti/mereka yang telah
diberhentikan kerja untuk menyara hidup mereka.

Bagi kekosongan jawatan di sektor awam, banyak
calon telah dipanggil temuduga. Yang dipanggil
temuduga memanglah amat ramai jika dibandingkan
dengan kekosongan yang ada. Walaupun jawatan yang
ditawarkan bersifat kontrak atau sementara, tetapi
ramai yang menghadiri temuduga tersebut. Tidak
kiralah mereka penganggur ke, pekerja yang diberhenti
ke, malah mereka yang sudah bekerja di sektor swasta
mahupun kerajaan(kontrak) tetap datang ke temuduga
tersebut.

Tetapi adakah mereka berjaya? Hanya panel
penemuduga yang tahu…

Pssst…saya ada rahsia sebenarnya nak bagitahu
ANDA pasal kriteria pemilihan calon temuduga
yang akan berjaya dipilih bagi pakej rangsangan ekonomi
ini.

Yang mereka nilai adalah…..

1.    Status kerja calon
————————————
Di bawah pakej rangsangan ekonomi ini,calon-calon yang
tiada kerja/menganggur lebih diutamakan berbanding
mereka yang telah bekerja. Mengapa? Kerana tujuan
pakej rangsangan ekonomi ini sendiri bertujuan membantu
mereka yang hilang/tiada sumber pendapatan mendapatkan
sumber  mata pencarian mereka.

Tetapi adakah 100% golongan yang tiada kerja ini diambil?
Tidak sama sekali. Seperti yang saya beritahu tadi, golongan
ini adalah yang diutamakan! Mereka yang sudah memiliki
pekerjaan tetapi berminat juga dengan jawatan yang
ditawarkan, peluang mereka tetap ada. Tapi, mereka perlu lebih
menunjukkan prestasi yang terbaik semasa temuduga.

Bagi yang memang penganggur/tidak bekerja pula, jangan sangka mereka
dengan mudahnya akan berjaya dalam temuduga tersebut.
Persaingan di kalangan mereka juga sangat tinggi.
Hanya calon yang memberikan persembahan terbaik saja
yang akan berjaya.

2. Mereka Yang Bersungguh, Berkeyakinan….
———————————————————-
Sudah pasti sifat inilah yang dicari-cari oleh
penemuduga. Bersungguh? Bagaimana tu? Ianya bermaksud, calon
yang datang menghadiri temuduga, menunjukkan
minat mereka yang sebenarnya untuk memasuki sektor kerja
kerajaan. Ini dapat dinilai dari segi pemakaian mereka,
penampilan mereka, gaya dan stail mereka. Adakah mereka hadir
temuduga dengan memakai kot, memakai tali leher, berambut pendek
dan kemas ataupun bagi wanita, berpakaian ekslusif seperti
mereka seorang pengarah syarikat atau CEO.

Berkeyakinan? Apa yang dimaksudkan dengannya?
Bagi calon yang menghadiri sesi temuduga, keyakinan
semasa menjawab soalan temuduga adalah penting. Setiap
soalan yang ditanya, mereka hendaklah menjawabnya dengan
tenang, dan penuh keyakinan. Jangan sesekali ragu-ragu
dengan jawapan anda! Walaupun kita tak tahu jawapannya,
jawablah dengan memberikan kaitan kepada soalan yang
ditanya. Jika benar-benar tidak tahu, katakanlah ”maaf
tuan, saya memang tidak tahu dengan jawapan yang sebenarnya”.

Tidak merbahaya ke jawapan yang diberikan seperti
ini? Jangan risau, panel penemuduga bukannya mencari
calon yang 100% boleh menjawab soalan yang ditanya.
Yang sebenarnya, mereka mencari calon-calon yang
benar-benar berkelayakan. Nilai kejujuran, keyakinan,
sikap dan keikhlasan diambil kira di sebalik soalan-soalan
yang ditanya.

3.Calon-calon yang hadir dengan kelayakan sesuai
—————————————————————–
Ramai yang datang untuk temuduga bagi kelayakan
SPM dengan menggunakan Diploma ataupun Ijazah mereka.
Walaupun jawatan yang ditawarkan hanya untuk mereka yang
ada SPM  saja, tetapi mereka tetap inginkan jawatan
tersebut. Janji kerja  kerajaan, betul tak?

Saya bukannya melarang anda berbuat sebegitu.
Tapi anda tahu satu perkara, iaitu pengambilan temuduga di
bawah skim pakej rangsangan ekonomi ini mengutamakan mereka
yang ada kelayakan sesuai.

Jika jawatan yang ditawarkan untuk kelayakan SPM,
hanya mereka ada setakat sijil SPM sajalah akan
dipilih. Bukan apa, jika jawatan tersebut diberikan kepada mereka
yang memiliki kelayakan lebih tinggi, ketidak adilan akan
berlaku. Yang SPM ni bukannya boleh apply jawatan yang lebih tinggi
dari kelayakan mereka.

Akan tetapi jika anda ada Diploma atau Ijazah,
dan anda tetap juga inginkan jawatan bagi kelayakan SPM tadi, boleh
kah? Lebih-lebih lagi anda pula tiada pekerjaan..Ada caranya,
iaitu anda terpaksa berbohong sunat. Saya tidak menggalakkan cara
ini, cuma berkongsi cerita sedikit. Tipsnya:

1.Jangan isi borang permohanan melalui ijazah/diploma anda

2.Sebelum temuduga anda perlu tahu nak mereka cerita

3.Jangan sampai ”terkantoi” semasa temuduga

Sebenarnya cara ini berisiko, takut
anda terlepas cakap atau
diperangkap. Jika saya, saya lebih
suka berterus-terang. Supaya
hati saya lebih tenang dan yakin
semasa menjawab soalan temuduga.
Saya rasakan ianya adalah lebih baik
dari ”berbohong”.

Itu sahaja tips untuk kali ini….nantikan panduan mengenai tips kerja kerajaan di masa akan datang secara PERCUMA

 Tips Temuduga KERJA KERAJAAN




KERJA KERAJAAN – EDISI KEMASKINI

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ANDA SEMUA,

Hazman, saya ingin bertanya dengan ANDA 
berapa kali ANDA  gagal dalam temuduga? 

Sekali, dua kali atau banyak kali? Atau tidak pernah?

Apapun jawapan ANDA itu tidak penting.

Memang ramai di antara kita sering gagal dalam temuduga
terutamanya temuduga bagi sektor awamSaya sendiri juga pernah
mencapai kegagalan dalam temuduga beberapa kali.

Adakah dengan kegagalan demi kegagalan tersebut
ANDA  menganggap ANDA  tidak akan dapat
kejayaan pada masa akan datang? 

Dari tinjauan saya, memang ramai calon yang pernah gagal
berulangkali dalam temuduga di sektor awam. Ada yang
gagal sekali, dua kali, 4 kali dan paling banyak 12 kali.

Mengapa kita boleh gagal berulang kali? Apakah puncanya?

Di sini mungkin ada jawapannya untuk ANDA . Punca
kenapa ANDA  gagal berulang kali dalam temuduga
dapat diklasifikasikan seperti di bawah:

1. Membuat persediaan yang serupa saja dengan persiapan
yang telah dilakukan dalam temuduga sebelumnya.

2. Tidak tahu sumber rujukan yang sebenarnya bagi tujuan
persiapan menghadiri temuduga

3. Tidak memotivasikan diri berdasarkan
pengalaman-pengalaman yang lepas.

4. LEMAH SEMANGAT – ramai yang lemah semangat selepas
mengalami kegagalan demi kegagalan. Dan akhirnya berputus
asa.

Kini, ANDA perlu keluar dari kisah kegagalan
ANDA yang telah dialami dahulu. Lupakan kekecewaan
yang telah dialami dan buka nota baru dalam hidup
ANDA . Usah dikenang yang lama, kelak merana
diri:) (macam puisi pulak). Dengan melupakan kekecewaan
yang lalu, ANDA akan memulakan langkah menuju ke
arah KEJAYAAN – iaitu berjaya mendapat kerja di sektor
awam
. Ikuti tips-tips di bawah:

1. Ubah cara dan strategi persiapan ANDA dalam
menghadapi temuduga. Jika sebelum ini ANDA suka
membuat persiapan di saat akhir, ubahkannya dengan membuat
persediaan yang lebih awal. Jika sebelum ini ANDA
tidak pernah merancang apa-apa tindakan yang perlu dibuat,
kini buat perancangan teliti. GAGAL MERANCANG ADALAH
MERANCANG UNTUK GAGAL. Pegang kata-kata tersebut!
Kebanyakan orang yang berjaya, adalah mereka yang membuat
perancangan. Ambil masa membuat perancangan, kerana
dengannya ANDA akan dapat menjimatkan masa,
meningkatkan kualiti dan juga menjimatkan kos (dalam
membuat persediaan temuduga). Dan juga outputnya (kekuatan
anda sendiri) amatlah menakjubkan semasa menghadiri
temuduga kelak.

2. Usah membuang masa lagi tercari-cari sumber rujukan yang
sesuai untuk menghadapi temuduga. Buka je internet,
cari..Insyallah banyak info yang diperlukan ANDA
akan dijumpai. Sebagai contoh, jika ANDA  taip
perkataan ”temuduga” di google search, pasti
Hazman  akan menjumpai ebook Rahsia Lulus Temuduga
Kerja Kerajaan ini icon smile KERJA KERAJAAN   EDISI KEMASKINI . Kan ANDA dikira beruntung.
Tidak perlu lagi tercari-cari di  kedai buku, tercari-cari
kawan untuk bertanya, pegi  sana sini yang mana semuanya
merugikan masa ANDA. Suatu info yang tepat
berkenaan apa yang diperlukan oleh ANDA sudah
pasti amat menguntungkan!

3. Belajar dari kesilapan yang lalu. Cuba ANDA
fikirkan, apakah sebabnya ANDA gagal dalam
temuduga yang lepas. Cuba bayangkan sesi temuduga yang lalu
di fikiran ANDA. Adakah dulu ANDA sudah
membuat yang terbaik dalam temuduga? Jika ya, cuba fikirkan
pula, adakah ANDA memberikan persembahan menarik di
mata penemuduga pula. Seterusnya, jangan diulangi kesilapan
yang serupa. Apa yang penting, tingkatkan keyakinan diri,
kesungguhan, kerajinan dan yang paling penting FIKIRKAN
BOLEH. Seperti lagu popular tahun 80-an:

  ” Jika kau fikirkan kau boleh,
    Kau pasti boleh melakukan,
    Jika kau fikirkan ragu-ragu,
    Usahamu tidak menentu…..”

4. Jangan biarkan ANDA  menjadi lemah semangat dek
kegagalan yang lalu. Dalam Islam pun kita diajar supaya
jangan mudah untuk berputus asa mahupun lemah semangat.
Jika ANDA lemah semangat, satu kerja pun tidak
menjadi. Oleh itu, usah biarkan ANDA hilang
semangat. Semangat juang yang tinggi diperlukan demi
mencapai cita-cita ANDA iaitu bergelar penjawat
awam. Jika ANDA kehilangan semangat, selalulah
berdoa kepada TUHAN moga dimurahkan rezeki. Yakin kepadaNYA
bahawa setiap insan dimuka bumi ini ada rezekinya. Anggaplah
kegagalan itu sebagai batu loncatan untuk ANDA
mendapat kejayaan yang akan mendatang. Satu tips menarik
dari saya, jika ANDA hilang semangat, apakata
dengar lagu XPDC yang bertajuk Semangat Yang Hilang icon smile KERJA KERAJAAN   EDISI KEMASKINI .
Semoga lagu tersebut dapat meningkatkan lagi semangat
ANDA dalam menghadapi temudga sekali lagi.

Itulah serba sedikit tips dari saya buat kali ini. Saya
berharap semoga tips dari saya ini dapat membantu
ANDA  dalam menghadapi temuduga nanti. Apapun KITA
HANYA MERANCANG, TUHAN YANG MENENTUKAN.

Apa yang penting, jangan jadikan kegagalan itu sebagai
kesudahan segala usaha ANDA  dalam memburu kerjaya
di sektor awam. Insyallah ada rezeki, tahun ni ANDA
berjaya menjawat jawatan di sektor awam.

Sekian, terima kasih

p/s: Sudahkah ANDA mendapatkan ebook Rahsia Lulus
Temuduga Kerja Kerajaan yang dilengkapi bersama beberapa
ebook yang lain seperti Koleksi Kisah-kisah Temuduga Kerja
Kerajaan, Teknik –Teknik Menjawab Soalan Temuduga, 70
Skema Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan dan lain –
lain?

Jika belum, boleh lah mendapatkannya dengan RM30 di
http://www.kerja-kerajaan.com/order

Anda Beremosi Semasa Sesi TEMUDUGA ?

 Anda Beremosi Semasa Sesi TEMUDUGA ?

Kita sering dengar di mana calon-calon temuduga beremosi
semasa dalam sesi temuduga. Contohnya:

1.Calon naik marah apabila terasa dipermain-mainkan oleh
panel penemuduga..saiko sikit dan melenting

2.Calon sangat sensitif sehingga ada yang menangis jika
dimarahi atau dihina oleh panel penemuduga terutamnya calon
girl la kan…hehehe

3.Calon merasakan diri mereka sangat hebat sehingga
memperlekeh-lekehkan panel penemuduga..tahula diorang tu
lulusan oversea jangan la berlagak kan..

4.Calon terlalu sedih menceritakan kesusahan hidup,
sehingga merayu-rayu kepada panel ” tolongla
encik…kasihanila saya encik” sambil menangis
teresak-esak..

5.Calon amat berlagak, menceritakan diorang anak Datuk,
saudara menteri, ada kabel baik punye….sehinggakan hidung
tu naik tinggi macam Piee Nana Tanjung..

6.Calon me”muncungkan” bibir apabila tidak suka akan
panel yang menemuduga kerana bagi soalan power

7.Dan bermacam-macam ragam lagi la….

Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya kita akan
ditanyakan soalan-soalan yang kita kurang bersedia dan
mampu menyentuh emosi kita. Soalan-soalan ini
kebanyakkannya seolah-olah “mencabar” kewibawaan kita.
Senang cerita – saiko…

Apa yang perlu kita perlu lakukan adalah :

1.Ingatkan diri kita bahawa penemuduga hanya sedang
menguji kita. Umpama orang yang sedang berlakon drama.
Bukannya betul-betul. Panel ni sebenarnya nak lihat reaksi
kita bagaimana. Dari situ mereka boleh menilai akan
keperibadian diri kita sebenarnya. Adakah kita seorang yang
sensitif,garang, bersabar, tenang dan lain-lain.

2.Jawab dengan jelas dan lantang apabila menjawab soalan
berbentuk provokasi ini. Mengapa? Dengan berbuat sebegini,
kita akan menjadi lebih berkeyakinan dan bersemangat dan
tidak mudah diprovokasikan.

3.Kikiskan sifat ego kita jika ada. Kita perlu merendahkan
diri secara sederhana (jangan terlalu merendah diri).
Hormati penemuduga kita, kerana merekalah yang menentukan
samada kita berjaya atau tidak dalam temuduga tersebut.

4.Tenangkan diri kita sebelum menjawab soalan, selalunya
penemuduga akan cuba menggunakan jawapan kita untuk
membidas. Ambil masa sedikit sebelum menjawab soalan yang
ditanya.

5.Banyakkan senyuman. Ya senyuman itu adalah penawar.
Penawar yang mampu melembutkan hati orang yang senyum dan
juga orang yang melihat senyuman kita.

6.Berikan penekanan dalam jawapan kita yang menyokong
butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan
penekanan kepada pencapaian  kita yang tidak boleh dicapai
orang lain. Kiranya  kita  rasakan kita memang
berkelebihan dalam sesuatu bidang.

7.Jangan sesekali menunjukkan kita hilang minat terhadap
pekerjaan ditawarkan. Kita perlu tunjukkan sikap excited
kita kepada panel penemuduga. Penemuduga akan melihat kita
sebagai seorang yang benar-benar inginkan jawatan yang
dipohon.

Sekian saja tips dari saya yang tidak seberapa ni.




RAHSIA TERBARU PASAL TEMUDUGA KERJA KERAJAAN!!

468x60 RAHSIA TERBARU PASAL TEMUDUGA KERJA KERAJAAN!!

Apakah kriteria yang paling
diambil berat sepanjang proses temuduga selain
performance’ calon semasa temuduga?

Jawpannya: Sebenarnya selain daripada ’performance
calon semasa temuduga, terdapat beberapa kriteria khas yang
dinilai oleh panel penemuduga. Penilaian ini sangat jarang
diketahui oleh orang ramai. Penilaian seperti ini juga
tidak ada dalam temuduga sektor swasta. Apakah
kriteria-kriteria tersebut?

1.Latar belakang calon
Biasanya, jika anda yang pernah ditemuduga, pasti pernah
ditanya mengenai latar belakang anda seperti ibu bapa anda,
pekerjaan mereka, bilangan adik beradik, tempat tinggal anda
dan lain-lain. Sebenarnya, jawapan anda disitu akan membawa
impak besar dalam kejayaan temuduga anda. Pihak SPA
mengutamakan mereka yang datang dari keluarga susah, dari
kampung atau pedalaman, bilangan adik beradik dan
lain-lain. Sebenarnya pihak kerajaan amat mengambil berat
akan kesusahan hidup rakyatnya.

2.Status Calon
Kita sering mendengar bahwa calon wanita yang telah
berkahwin memang sukar mendapat tempat di sektor awam. Ini
memang tidak dapat dinafikan. Akan tetapi, yang sebenarnya,
ia merujuk kepada pekerjaan suami mereka. Adakah suami
mereka berjawatan tinggi, bergaji besar, dan memiliki
pekerjaan terjamin. Mereka beranggapan jika suami calon
terbabit sudah memiliki kerjaya yang hebat, mereka rasakan
lebih baik jawatan tersebut diberikan kepada yang lebih
memerlukan.

3.Umur calon
Kebanyakan umur calon yang dipanggil temuduga adalah mereka
yang berumur bawah 30 tahun. Kenapa? Padahal syarat umur
untuk memasuki sektor awam adalah 35 tahun.(bukan semua
jawatan). Jawapannya adalah kerana mereka yang di bawah
umur ini lebih ramai yang memerlukan kerja dan tercari-cari
kerja yang sesuai dengan mereka. Mereka yang berumur atas 30
tahun biasanya telah memiliki kerjaya yang stabil dan tetap.
Jadi, keutamaan lebih diberikan kepada golongan ini.

Apapun, rahsia-rahsia di atas saya katakan tidak 100%
tepat.  Itu adalah berdasarkan keterangan dari pakcik yang
pernah jadi panel penemudga tersebut. Apa yang saya
perhatikan ramai juga yang tidak menepati ciri-ciri di atas
yang terpilih dalam temuduga kerja kerajaan ini. Apapun saya
berpegang teguh kepada prestasi seorang calon itu juga yang
menentukan kejayaan temuduga tersebut. Saya syorkan kepada
mereka yang ditemuduga ini ”buatlah persediaan yang
terbaik semasa temuduga” dan tips-tips di atas boleh
dipergunakan dan diperalatkan untuk menguatkan kejayaan
semasa temuduga kelak.




Tips soalan ramalan PENEMUDUGA

 Tips soalan ramalan PENEMUDUGA

Bagaimana ingin mengetahui soalan yang bakal ditanya oleh
panel penemuduga?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera …

Semoga Kengkawan berada dalam keadaan sihat
‘sokmo’. Hari ini saya ingin berkongsi satu lagi tips
berguna untuk anda mengenai ”apakah yang akan
ditanya oleh penemuduga” bagi temuduga kerja kerajaan.

Adakah anda boleh meramalkan apakah soalan yang
bakal ditanya oleh panel penemuduga kelak? Tidak boleh!
Tidak, anda sebenarnya boleh meramalkan soalan
yang bakal ditanya semasa temuduga nanti. Di sini saya
memberikan beberapa tips khusus bagaimana untuk meneka
soalan yang ditanya oleh penemuduga.

Tips 1 – Ketahui dan fahami apakah bidang kerja
anda sekarang dengan sebenar-benarnya. Tahukah
anda bahawa kebanyakan penemuduga sering bertanya
mengenai pengalaman kerja kita. Jika boleh, mereka akan
menyoal anda habis-habisan mengenai kerjaya
semasa anda. Kadang-kala soalan-soalan yang
ditanyakan  tersebut memakan masa lebih dari 15 minit untuk
selesai. Jadi inilah peluang yang perlu anda ambil
untuk menambah markah penilaian temuduga.

Tips 2 – Peka terhadap isu semasa dan pengetahuan am. Ini
adalah merupakan antara yang paling digemari oleh panel
semasa sesi temuduga. Biasanya, isu-isu hangat yang
diperkatakan dalam media massa sering menjadi topik soalan
utama dari penemuduga. Jadi, anda dapat mengetahui
bahawa penemuduga ini sebenarnya ingin mengetahui bahawa
anda sentiasa peka terhadap isu semasa atau tidak.
Siapa yang rajin membaca akhbar atau menonton berita, tentu
tiada masalah apabila untuk menjangka dan seterusnya dapat
menjawab soalan yang dikemukakan oleh penemuduga.

Tips 3 -  Bertanya pada mereka yang ada pengalaman temuduga
kerja kerajaan. Ya, hal ni juga tidak kurang pentingnya
dalam menjangka soalan temuduga yang bakal anda hadapi. Cuba anda bertanya pada rakan-rakan anda, apakah soalan yang ditanya kepada mereka semasa mereka menghadiri temuduga tersebut. Ini sedikit
sebanyak dapat membantu anda. Mana tahu soalan
tersebut adalah sama dengan soalan yang bakal ditanya
kepada anda. Sudah pasti anda dapat
menjawabnya.

Tips 4 – Menganggap diri sendiri sebagai penemuduga.
Haha, tips ni agak istimewa di mana anda perlu
membayangkan diri anda sendiri sebagai seorang
panel penemuduga. Cuba anda bayangkan, sebagai
seorang panel, apakah soalan yang akan ditanya oleh
anda ika ingin mengambil seseorang calon untuk
mengisi jawatan di tempat kerja anda. Adakah
anda akan bertanyakan latar belakangnya,
pendidikannya, kerjayanya, kebolehannya,..dan lain-lain.
Ini boleh anda bayangkan…

Tips 5 – Baca ebook Temuduga Kerja Kerajaan lah,
apalagi..heheheheh..dalam ebook ini banyak rahsia yang
dibongkarkan oleh saya berdasarkan kajian yang saya
lakukan. Sila membaca sehingga tamat ebook ini dan
anda pasti merasakan diri anda seperti
tahu-tahu saja soalan yang bakal ditanya oleh penemuduga.
Rajin Membaca Membawa Ke Arah Kejayaan!

Ok, sekian saja tips saya kali ini. Kepada sesiapa yang
bakal menghadiri temuduga tu, saya ucapkan Selamat Maju
Jaya dan saya berdoa agar anda berjaya.