Tag Archives: komputer

Jawapan kepada teknologi terkini




me 01.1 Jawapan kepada teknologi terkini

Rekaan serta teknologi Lenovo kini lebih menarik dan canggih.



Lebih ringan dan bergaya antara tarikan terbaru terhadap produk Lenovo terkini iaitu Thinkpad X201 dan tablet pintar Thinkpad 201.

Hanya seringan 3.52 paun dan berkuasa sehingga melebihi tiga gigahertz ia dicipta sebagai komputer riba yang teringan dengan mempunyai kuasa yang luar biasa.

Tidak seperti komputer riba saingannya, Thinkpad 201 pastinya mudah dibawa ke mana-mana di samping kuasanya yang menakjubkan.

Menurut Pengurus Negeri Lenovo, Khoo Hung Chuan, Thinkpad 201 dilengkapi teknologi pengkomputeran yang terkini dan memiliki ciri-ciri komputer Lenovo yang mudah dan menarik.

“Kami sentiasa memastikan penciptaan serta inovasi yang terbaru terhadap komputer kami untuk kepuasan sebenar pengguna.

“Oleh itu, kini kami mempersembahkan Thinkpad 201 sebagai produk komputer riba terbaik kami,” ujarnya.

Seterusnya tablet pintar Thinkpad 201, untuk tujuan perniagaan yang lebih mudah dan ringkas.

Memiliki skrin sesentuh selebar 12.1 inci pelbagai guna ia turut dilengkapi perkakasan Interface dan aplikasi Lenovo Simple Tap Navigation.

Selain itu tablet pintar tersebut dijana oleh Microsoft Windows 7 sebagai sistem operasi dan mempunyai kepelbagaian kegunaan melalui perisian Flash dan Java.

Bagi menjamin kepuasan menonton, skrinnya boleh digerakkan sehingga 185 darjah dan memiliki ruangan pandangan yang lebar.

Ia juga dilengkapi dengan alatan untuk tujuan keselamatan seperti pengesan cap jari, teknologi anti-pencuri dan cakera keras yang boleh merekod dengan sendirinya .

Antara kelebihan multimedia, terdapat mikrofon yang boleh membatalkan bunyi bising, pembesar suara stereo, kamera 2.0 megapiksel dan 54 milimeter kad Express bagi slot pembaca kad.

Seterusnya pengguna boleh melayari Internet melalui WiFi, 3G, WiMax, penyambung Internet Gigabit, dan Bluetooth.

-utusanmalaysia

Panjang tempoh bateri




Ketahui langkah-langkah yang boleh diambil untuk memanjangkan jangka hayat bateri komputer riba anda sekali gus dapat menggunakannya dengan lebih lama.

in 02.1 Panjang tempoh bateri

SETIAP bateri yang didatangkan dengan komputer riba mempunyai tempoh bekalan kuasa tertentu.

KOMPUTER riba bukanlah gajet yang dianggap terlalu mewah pada hari ini. Jika dahulu penggunaannya terhad kepada golongan profesional atau setidaknya mereka yang telah bekerja, tetapi hari ini ia digunakan secara meluas termasuk golongan pelajar.

Faktor mobilitinya menyebabkan ia menjadi pilihan ramai. Sungguhpun begitu faktor bateri ada kalanya menyebabkan aktiviti dengan komputer mudah alih ini agak terhad. Langkah-langkah berikut dapat membantu memanjangkan nyawa bateri komputer anda.

Kebanyakan bateri komputer riba hari ini digerakkan oleh bateri lithium ion (li-ion). Bateri jenis ini lebih ringan, mempunyai nisbah kuasa dengan berat yang lebih baik, mampu menyimpan cas lebih lama, mempunyai jangka hayat dan tidak memberi kesan kepada ingatan komputer sekiranya ia menemui kegagalan pra-matang.

Kos pengeluaran bateri lithium ion ini juga lebih rendah berbanding bateri generasi sebelumnya – nickel metal hydride. Satu-satunya kekurangan pada bateri jenis lithium-ion ialah ia boleh menyebabkan litar pintas malah meletup sekiranya terlampau panas. Setiap bateri yang didatangkan dengan komputer riba mempunyai tempoh bekalan kuasa tertentu. Periksa tempoh bekalan kuasa yang tertera pada katalog sebelum membeli sesebuah komputer riba.

Anda boleh memilih pengunaan bateri yang optimum ialah dengan memadankan tetapan bateri selari dengan mod penjimatan kuasa pada komputer anda.

Tetapan ini akan meletakkan cakera keras pada mod tidur ketika beban tugasan berkurangan dan ini akan mengurangkan prestasi unit pemproses bagi memaksimumkan hayat bateri. Pilih longest battery life pada tetapan kuasa komputer anda.

Di sini, digariskan beberapa langkah-langkah penjimatan bateri yang boleh diamalkan. Semoga ia dapat memanjangkan lagi hayat cas bateri komputer riba kita. Maka, anda dapat menggunakan komputer riba dengan lebih lama!

in 02.2 Panjang tempoh bateri


Langkah penjimatan bateri

*** Sekiranya komputer tidak digunakan untuk satu tempoh yang agak panjang, letakkannya pada mod bersedia atau standby. Mod bersedia akan memastikan data semasa disimpan di dalam RAM dengan pengunaan kuasa yang minimum.

*** Menambahkan ingatan sementara atau RAM komputer anda akan menjimatkan kuasa bateri kerana ia akan mengurangkan pergantungan sistem operasi pada virtual memory swap pada cakera keras anda.

*** Tetapkan kecerahan skrin LCD anda serendah yang mungkin tetapi selesa pada mata anda. Semakin cerah paparan skrin, semakin banyak kuasa bateri yang digunakan.

*** Elakkan daripada mengecas bateri dan pada masa yang sama mengoperasikan komputer menggunakan adapter AC anda. Seboleh-bolehnya, cas ketika komputer tidak digunakan. Ini membolehkan bekalan elektrik dapat disalurkan dengan sempurna tanpa gangguan.

*** Sekali-sekala bersihkan sambungan bateri (berwarna keemasan) bagi memastikan ia bebas daripada habuk. Anda boleh menggunakan sedikit alkohol dan lapkan dengan kain bagi mencuci bateri.

*** Nyahaktifkan fungsi atau ciri yang tidak digunakan pada komputer riba anda. Sebagai contoh, keluarkan disk optikal (CD/DVD) dari pemacunya apabila tidak digunakan. Pemacu CD/DVD akan cuba membaca media di dalamnya dan ini menggunakan kuasa bateri yang lebih.

*** Cabut kabel perkakasan tambahan seperti pencetak, pengimbas atau gajet digital lain daripada komputer anda kerana ia akan memakan bekalan kuasa walaupun ketika tidak digunakan.

*** Hentikan carian automatik wifi dan bluetooth anda apabila tidak diperlukan. Sekiranya anda tidak menggunakannya langsung, matikan semua fungsi ini dan sekali gus anda dapat membuat penjimatan kuasa yang lebih.

-kosmo

Notebook tanpa sempadan

Lenovo IdeaCentre 3000 C300 menawarkan ciri-ciri berbentuk hiburan termasuk skrin berukuran 51 sentimeter yang sesuai untuk keluarga dan pelajar.

in 02.1 Notebook tanpa sempadan

KOMPUTER riba IdeaPad S10-2 ini sesuai untuk mereka yang sering berada di luar pejabat.


TIGA komputer peribadi Lenovo yang terbaru direka untuk memberi kepuasan kepada pelanggan agar mereka berasa lebih tenang dan seronok menggunakannya.

Lenovo IdeaCentre 3000 C300 menawarkan ciri-ciri berbentuk hiburan termasuk skrin berukuran 51 sentimeter yang sesuai untuk keluarga dan pelajar.

Sementara itu, Netbook IdeaPad S10-2 terbaru pula memberi kelebihan kepada pengguna dengan bercirikan netbook yang lebih hebat. Modelnya yang bersambungan dengan 3Gp dan bunyi lunak daripada teknologi fon telinga Dolby amat sesuai dengan sistem muzik serta tontonan filem.

Dengan bateri yang tahan lama, netbook terbaru itu lebih nipis dan amat ringan berbanding dengan Netbook IdeaPad S10 yang sebelumnya.

Selain itu, IdeaPad U330 menawarkan dua teras kuasa pemprosesan dalam bentuk bergaya manakala pakej ultra-mobil mampu dibeli pula bersesuaian dengan ciri-ciri yang telah dipraktikkan.

“Pengguna pasti ingin mempunyai komputer peribadi yang lebih nipis dan ringan dengan peningkatan penyambungan serta jangka hayat bateri yang lebih lama bagi kegunaan seharian untuk mereka yang lebih banyak berurusan di luar pejabat,” kata Pengurus Perniagaan Pengguna, Lenovo Malaysia, Eric Zhao.

Selain itu, maklumat daripada pengguna menunjukkan mereka mahu menggabungkan semua kapasiti daripada sumber-sumber hiburan elektronik.

Ini kerana mereka biasanya mengambil gambar digital dan muzik dari Internet serta semua rangkaian-rangkaian sosial dengan menggunakan hanya satu alatan mudah alih.

“Kami telah menggabungkan maklum balas ini kepada netbook IdeaPad S10-2 kami yang baru,” beritahunya.

IdeaPad S10-2 lebih nipis

Dengan berat lebih satu kilogram sahaja dan berukuran kurang daripada satu inci tebal, Netbook IdeaPad S10-2 yang baru ini menyediakan bar lebih tinggi dalam kemudahan seharian.

Lenovo juga memperbaharui netbook IdeaPad S10-2 dengan rekaan lebih moden dengan mempunyai lakaran berbentuk cincin yang terdapat pada bahagian penutup atas.

Rekaan tersebut memberi satu pandangan berbeza kepada penggunanya dan didatangkan dalam warna putih, kelabu, merah dan hitam.

Pada bahagian luar netbook Lenovo pula, terdapat pelbagai kegunaan yang lebih canggih seperti papan kekunci 90 peratus lebih besar daripada saiz biasa.

Malah papan sentuh netbook lebih besar sekali gus memberi keselesaan kepada pengguna. S10-2 juga didatangkan dengan tiga Universal Serial Bus (USB) termasuk empat dalam satu pembaca kad serba guna untuk pelbagai kegunaan peralatan multimedia.

Jangka hayat bateri adalah sehingga enam jam demi memastikan ia selaras dengan gaya hidup pengguna yang banyak bergerak.

“Perisian penjimatan bateri Netbook IdeaPad S10-2 membantu bateri tahan lama sehingga 30 peratus lebih hayat daripada sebelumnya,” jelas Eric.

Dalam pada itu, dengan adanya pilihan hos sambungan tanpa wayar untuk melayari Internet, e-mel, ruang sembang di rumah atau sedang bergerak, pengguna boleh melayari talian on demand dengan menggunakan netbook mereka di mana-mana sahaja.

in 02.2 Notebook tanpa sempadan

IDEAPAD S10-2 cukup nipis dan mempunyai bateri yang tahan lebih lama.


Pelbagai guna

Bagi anda yang ingin menggunakan pelbagai fungsi Internet, netbook ini membenarkan mereka untuk memilih pelbagai aplikasi kegemaran masing-masing dengan menggunakan Lenovo QuickStart.

Dengan aplikasi tersebut, pengguna boleh mendengar muzik, melihat gambar, menghantar kiriman pesanan atau membuat panggilan kemudahan Skype tanpa perlu menunggu terlalu lama.

Bukan itu sahaja, sebaik sahaja anda klik http://lenovosocial.com/, laman tersebut akan memaparkan kemudahan pertolongan untuk mempercepatkan lagi proses rangkaian sosial.

Pengguna juga dapat menggunakan teknologi yang dipanggil VeriFace iaitu kemudahan berkualiti tinggi apabila komputer tersebut terus beroperasi sebaik sahaja mengesan wajah penggunanya.

“Ini bermaksud anda tidak perlu lagi menggunakan kata laluan yang panjang untuk menghidupkan komputer anda,” ujarnya.

Seterusnya Lenovo’s OneKey(tm) Rescue merupakan sistem yang akan menyelamatkan data anda daripada rosak menerusi beberapa langkah ringkas sahaja. Aplikasi itu juga akan mengesan virus sebelum anda melayari sistem operasi lain.

IdeaCentre 3000 C300

Lenovo IdeaCentre 3000 C300 didatangkan dengan idea baru iaitu satu kelainan untuk memenuhi kehendak mereka yang lebih kompak.

Lebih menarik, ia juga menyediakan enam USB dan enam dalam satu kad pelbagai guna. Berdasarkan Intel Atom, pengguna juga boleh menggunakan video yang didatangkan dalam bentuk kamera.

Terdapat tiga warna iaitu merah, hitam dan putih dengan kemudahan WiFi sudah tersedia ada. Imej yang dipaparkan turut mempunyai kelebaran sehingga 20 inci.

IdeaPad U330

IdeaPad U330 mempunyai ciri notebook yang nipis dan ringan.

Didatangkan dengan Intel Centrino 2 processor, ia mempunyai ketebalan 23 milimeter (mm) dan berat 1.95 kilogram. Pilihan IdeaPad U330 tepat bagi mereka yang menggemari kemudahan multimedia sekiranya sering berada di luar pejabat.

Selain itu, ia mempunyai latar belakang yang mempunyai lampu berkualiti tinggi, teknologi grafik, memori Double Data Rate 3 (DDR3), penyambungan High Definition Multimedia Interface (HDMI) dan sistem teater rumah Dolby.

Gajet serba boleh itu merupakan kemudahan yang bercirikan fungsi pintar yang memudahkan kerja seharian termasuk memiliki sistem OneKey Rescue dan Automatic Protection System and VeriFace.

-kosmo




Panduan pengecaman virus komputer yang tulen

me 04.1 Panduan pengecaman virus komputer yang tulen

Pengguna komputer perlu berwaspada dengan serangan vitus yang tidak diduga. – Gambar hiasan



KINI, teknologi maklumat (IT) atau pengkomputeran menjadi sebahagian fesyen kehidupan masyarakat di seluruh dunia. Malah, perkembangan teknologinya lebih cepat berkembang berbanding industri fesyen pakaian.

Selari dengan perkembangannya, isu ancaman virus komputer juga berkembang pesat di dunia siber.

Secara realitinya berlaku satu keadaan melibatkan perisian anti virus kita mengesan dan membersihkan virus yang dikesan tetapi dalam satu jangka masa ia akan berulang kembali.

Jadi, bagaimana untuk kita pastikan adakah fail komputer tersebut adalah benar-benar virus atau ia disalah tafsir oleh perisian anti virus.

Perkara tersebut sering berlaku terutama kepada pihak yang terlibat dalam menyelenggara fasiliti IT.

Oleh demikian, disertakan beberapa langkah asas untuk kita memastikan fail komputer tersebut adalah benar-benar virus atau ia disalah tafsir oleh perisian anti virus atau pengimbas virus.

Sekiranya berlaku pengulangan infeksi virus komputer, ini mungkin berlaku disebabkan oleh pengesanan semula malware yang tidak aktif yang telah dihantar kembali ke satu lokasi yang lain atau diletakkan kembali ke dalam direktori atau folder bagi System Restore.

Jadi, beberapa tindakan berikut perlu dilaksanakan seperti berikut:-

*Buang virus daripada servis System Restore.

*Buang semua fail dalam Temporary Internet Files dan Cookies.

*Kosongkan direktori bagi Internet History

Asal-Usul Datangnya Fail Tersebut

Ia boleh memberi makna yang penting dan pelbagai kerana asal-usul fail yang berisiko tinggi adalah berpunca daripada sumber-sumber berikut:-

*Sisipan fail dalam mesej e-mel.

*Fail yang dimuat turun daripada rangkaian perkongsian fail seperti BitTorrent.

*Fail yang dimuat turun secara tidak sengaja setelah mengklik sesuatu alamat sambungan dalam e-mel, web atau Instant Messenger.

Tahap Keperluan Fail Tersebut

Adakah fail tersebut anda mahu, perlu atau dijangka untuk dapatkannya? Ia penting kerana apa sahaja fail yang anda dapat secara tidak sengaja dikategorikan sebagai berisiko tinggi dan ia bersifat pengacau.

Sekiranya fail tersebut anda muat turun secara tidak sengaja dan ia tidak diperlukan, buang sahaja ia secara kekal

Pemilihan terhadap apa yang boleh dilarikan dalam sistem adalah penting dalam meminimumkan risiko berlakunya infeksi virus ini.

Namun begitu, sekiranya fail tersebut anda perlukan tetapi ia dicam sebagai virus oleh perisian anti virus. Maka, langkah seterusnya perlu diambil dengan membuat pengimbasan semula dengan perisian yang lain.

Pengimbasan Semula

Pengimbasan semula fail tersebut dengan perisian anti virus yang lain perlu dibuat. Lebih banyak perisian yang digunakan ia lebih baik.

Ia juga boleh dilakukan secara atas talian dengan menggunakan lebih daripada satu jenis pengimbas. Seperti laman web VirusTotal, ia akan mengimbas fail tersebut dengan lebih daripada 30 jenis pengimbas. Alamatnya, http://www.virustotal.com.

Hasilnya kita boleh buat penilaian dengan andaian sekiranya kebanyakkan perisian pengimbas mengatakan itu virus. Maka, kita terima kenyataan itu.

Sekiranya, sebalik pula yang berlaku, fail tersebut berkemungkinan adalah virus yang belum dikemaskini oleh kebanyakkan perisian pengimbas atau berlaku positif palsu dalam pengimbasan iaitu fail tersebut bukannya virus.

Penelitian Fail Secara Format MD5

Fail boleh dinamakan dengan pelbagai penipuan tetapi dengan format MD5 Checksum amat jarang dibuat penipuan.

MD5 merupakan satu kaedah penyembunyian data secara kriptografi yang unik untuk sesebuah fail komputer.

Terdapat beberapa perisian atau sistem yang boleh digunakan untuk dapatkan format MD5 bagi sesebuah fail seperti menerusi laman web Virustotal atau utiliti percuma, Elgorithm di http://www.elgorithms.com.

Setelah mendapatkan fail tersebut secara format MD5, letakkan ia ke mana-mana enjin carian yang biasa kita gunakan dan lihat hasilnya.

Pengecaman Tingkah Laku Fail

Sekiranya semua langkah-langkah yang sebelumnya sudah diambil dan anda masih merasa tidak puas hati, maka, langkah yang terakhir ini boleh dibuat iaitu dengan melakukan pengecaman tingkah laku fail secara atas talian untuk pastikan ia adalah benar-benar virus atau pun tidak.

Ia boleh dibuat dengan menggunakan laman web utiliti komputer seperti ThreatExpert di http://www.threatexpert.com atau CSSandbox di http://www.cwsandbox.org.

Langkah terakhir ini memerlukan seorang pakar IT dalam bidang virus atau keselamatan IT untuk melakukan pentaksiran hasilnya.

main story gradient bottom Panduan pengecaman virus komputer yang tulen
-utusanmalaysia




Papan kekunci fleksibel

Oleh SUBASHINI RAJANDRA
subashini.rajandra@kosmo.com.my

Papan kekunci silikon mudah dibawa ke mana jua dan selamat digunakan dalam pelbagai persekitaran.

in 04.1 Papan kekunci fleksibel

PAPAN kekunci ini tidak mengeluarkan bunyi bising semasa menaip.


PERNAHKAH anda mengalami situasi di mana ketika tergesa-gesa menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah, tiba-tiba air kopi yang terletak di tepi komputer tertumpah di atas papan kekunci? Atau pernahkah anda teringin untuk memiliki sebuah papan kekunci yang dikhas untuk penggunaan permainan komputer?

Jika ya dan anda masih dalam misi mencari, jangan risau kerana kini sudah ada aksesori papan kekunci yang mesra pengguna. Ia bukan sahaja diperbuat daripada bahan yang ringan seperti silikon tetapi juga mengurangkan kepayahan membawanya ketika mengembara. Dalam erti kata lain, ia menjimatkan ruang.

Papan kekunci silikon ini berkualiti tinggi dan ia tidak beracun atau mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan untuk keselamatan kanak-kanak di rumah. Mematuhi syarat yang ditetapkan di bawah standard perlindungan persekitaran, produk ini cukup kreatif dan inovatif.

Papan kekunci ini yang dikeluarkan dari China, didatangkan dalam kotak atau bekas yang ditutup kedap udara agar dapat menghalang pencemaran kuman dan bakteria. Malah, anda boleh mencuci dan membersihkannya dalam masa beberapa saat. Semudah itu!

Di Thunder Match Technology Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, terdapat dua jenis papan kekunci silikon. Salah satu daripadanya tidak mempunyai butang digit atau nombor, manakala satu lagi lengkap dengan butang yang boleh didapati pada papan kekunci biasa.

Papan kekunci silikon yang tidak bernombor ini sesuai dibeli oleh mereka yang gemar menghabiskan masa yang lama bermain permainan komputer. Ia agak kecil dan mudah dilipat untuk dimasukkan ke dalam bekas atau beg bimbit.

“Papan kekunci silikon yang mempunyai 79 butang ini juga boleh dibawa ke kawasan yang lembap,” jelas penyelia di Thunder Match Technology Sdn. Bhd., Michael Pang.

“Sebab itulah, anda tidak perlu risau tentang air yang tertumpah. Ambilkan sehelai kain, lap dan bersedia untuk menaip semula,” tambahnya.

Menurut manual yang disertakan, papan kekunci silikon ini selamat digunakan di kawasan yang persekitarannya berasid atau alkaline, habuk, kabut dan juga permukaan air yang cetek. Hebat bukan!

in 04.2 Papan kekunci fleksibel

SESUAI untuk kegunaan komputer meja dan komputer riba.


Apa yang paling penting dan perlu diingati ialah elakkan meletak objek berat di atasnya, pertembungan dengan suhu yang terlalu panas atau api, jangan menarik atau memulas dan jauhkan daripada objek yang tajam.

Kedua-dua papan kekunci silikon ini bersambung dengan sistem komputer melalui penghubung USB dan mungkin mengambil sedikit masa untuk diselaraskan. “Ia dijual pada harga RM35 dalam warna biru dan hitam serta tidak mengeluarkan bunyi bising semasa menaip.

“Dengan keupayaan menaip sehingga dua juta kali, butang papan kekunci silikon ini tidak mudah rosak dan sesuai untuk penggunaan di hospital, bengkel, kelas, unit ketenteraan, makmal sains, bilik kanak-kanak dan sebagainya,” kata Michael.

Tidak kira komputer riba atau komputer meja, papan kekunci silikon ini hanya seberat 190 gram dengan ketinggian 4.8 milimeter. Ia didatangkan dengan 109 butang.

Bagi papan kekunci silikon yang lengkap berabjad dan nombor pula, asas penjagaan dan penggunaannya adalah hampir sama. Cuma, ia menunjukkan langkah-langkah penyambungan semula (troubleshooting) sekiranya tetikus tidak dikesan pada skrin komputer atau kelewatan ‘bacaan’ papan kekunci pada sistem komputer.

Bagi kemudahan dan penjimatan masa pengguna yang berpotensi untuk membeli papan kekunci silikon yang lengkap berabjad dan nombor, pastikan komputer anda berasaskan sistem pengoperasian Windows 98/ 2000/ Millenium Edition, XP dan Vista.

Thunder Match Technology Sdn. Bhd. terletak di Lot 4.30-4.32, Tingkat 4, Low Yat Plaza off Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

-kosmo