Koleksi Kuih Muih di Bufet Ramadan




Semalam….

Saya dapat DUA jemputan berbuka puasa….Nampaknya rezeki saya lagi

untuk makan di BUFET RAMADAN PICC PUTRAJAYA . Car pool

dengan rakan setugas…hanya setengah jam saje dah sampai ke tempat

yang hendak di terjahi ( gaya ayat EYRIQAZZ )

Akan tetapi kali nie saya lebih berselera untuk menikmati pelbagai

hidangan kuih muih yang telah disediakan untuk para pelanggan yang

ingin berbuka puasa di PICC semalam….

DSC 1256 Koleksi Kuih Muih di Bufet Ramadan

DSC 1257 Koleksi Kuih Muih di Bufet Ramadan

DSC 1258 Koleksi Kuih Muih di Bufet Ramadan

Inilah TIGA set pinggan kuih muih tradisional yang menjadi santapan saya pada

ULANGAN majlis berbuka puasa di PICC PUTRAJAYA semalam….Orang ramai

yang hadir untuk berbuka masih ramai …..kalau tak silap dalam 800 orang

mengikut pengurus yang bertugas….

Dengan harga rm55 nett untuk dewasa pastinya merupakan tarikan dan pilihan

yang berbaloi.Ditambah pula ruang makan yang luas sambil diiringi alunan

penyanyi dan pemain muzik yang sedap didengar sebagai halwa telinga…..

DSC 1225 Koleksi Kuih Muih di Bufet Ramadan

Buah Langsat….

DSC 12241 Koleksi Kuih Muih di Bufet Ramadan

Buah manggis….

DSC 12232 Koleksi Kuih Muih di Bufet Ramadan

Buah rambutan…

Sempat juga saya makan buah-buahan tempatan nie setelah selesai makan

kebanyakan menu yang telah disediakan….Nasib baik la takde durian kan….kalau

tak mahu panas satu badan saya tido malam tadi….hehehehehe

Menariknya rasa kenyang itu dibawak-bawa sampai ke waktu sahur….yang telah

menyebabkan saya hanya minum air semasa sahur awal pagi tadi….

 

p/s : Hari nie ada orang nak sponsor makan NASI BRIYANI la pulak…..murah

rezeki sungguh bulan puasa nie….

384 total views, no views today

Jual martabak, kuih 10 biji RM1




ne 09.1 Jual martabak, kuih 10 biji RM1

SHAHIDA Abdullah (kanan) melayan pelanggan yang mahu membeli martabak di gerai bapanya di bazar Ramadan Stadium Darulaman, Alor Setar semalam.

 

ALOR SETAR – Kebiasaannya kuih-muih dijual pada harga RM1 untuk tiga biji manakala martabak pula dijual RM2 untuk satu keping di mana-mana bazar Ramadan di negeri ini.

Berbeza dengan bazar Ramadan di pekarangan Stadium Darulaman di sini, orang ramai sekitar bandar raya ini berpeluang menikmati pelbagai jenis kuihmuih seperti karipap, masalodeh, keria, buah melaka, cucur jagung dan cucur badak yang dijual pada harga RM1 untuk 10 biji.

Nurhayati Ahmad, 49, yang berniaga di bazar Ramadan itu sejak 10 tahun lalu berkata, dia menjual kuih-muih bersaiz mini pada harga RM1 untuk 10 biji sepertimana arwah ayahnya lakukan dahulu.

“Arwah ayah selalu berpesan, kalau nak berniaga perlu bagi orang puas hati, buat kuih mesti kena sedap dan jangan terlalu memikirkan keuntungan sahaja,” katanya kepada Bernama.

Nurhayati berkata, walaupun sekarang harga bahan mentah sudah naik, tetapi dia tetap mengekalkan harga RM1 itu walaupun keuntungan yang dia dapat tidak semewah dahulu.

“Saya rasa puas jika semua kuih yang saya jual itu habis dan mereka (pembeli) yang beli kuih saya akan datang lagi pada hari lain dan itu menunjukkan mereka puas hati dengan kuih yang saya jual,” kata Nurhayati yang dibantu oleh anak serta menantu.

/// kosmo ///

223 total views, no views today

Kuih Tradisional di Le Meridien Kuala Lumpur

Rasanya ini adalah episod terakhir saya nak bercerita pasal menu makanan di Le Meridien Kuala Lumpur.Selain dari makanan barat dan hidangan nasi berlauk yang ada di Santapan Buffet  di Latest Recipe nie kuih muih tradisional melayu ada … Dan ada beberapa jenis kuih yang saya tak pasti namanya….Mungkin anda sebagai pembaca / visitor yang BIJAK BESTARI boleh tolong saya berikan nama kuih muih yang berikut…..

DSC 1179 Kuih Tradisional di Le Meridien Kuala Lumpur

Yang ini saya tak sure apa namanya……. 

Read More »

980 total views, no views today