Program ini akan diadakan di Putrajaya selama 2 hari yang akan disampaikan oleh seorang pengamal fotografi profesional iaitu saudara Abas Hassan dari Akademi Fotografi Profesional ( http://www.bicara-foto.blogspot.com/ )
Program ini terbahagi kepada 2 hari dan meliputi seisi kuliah (teori dan teknikal) yang padat dan juga penggambaran (amali) yang menarik di sekitar Putrajaya. Program ini terbuka kepada semua pencinta seni fotografi tidak kira mempunyai kamera atau tidak..tidak kira ianya orang baru ataupun lama dalam bidang fotografi.
Jika berminat, sila dahulukan wang pendahuluan sebanyak RM100 ke : Akaun Maybank 164052025063 (Azlan Azraai Bin Mat Tahar) dan baki boleh dijelaskan pada hari pertama bengkel ini berlangsung.
Makan & minum akan disediakan meliputi minum pagi, makan tengahari dan juga minum petang selama 2 hari. Nota turut disediakan. Sijil Penyertaan akan dikeluarkan oleh Akademi Fotografi Profesional.
Serba ringkas mengenai En.Abas Hassan :
Abas Hassan adalah seorang pengamal fotografi profesional yang kini sedang giat menjalankan aktiviti pembelajaran fotografi di IPTA, IPTS, jabatan kerajaan & swasta, ahli fotografi profesional dan mereka yang inginkan pendedahan mengenai fotografi. Disamping itu Abas Hassan juga seorang editor foto digtal dan diantara hasil kerja beliau ialah buku Busana Melayu oleh Puan Azah Aziz (buku terbaik pilihan Malaysia 2007) terbitan Universiti Kebangsaan Malaysia. Bermula sebagai jurujual peralatan fotografi, jurufoto profesional didalam dan luar negara dan kini sebagai penasihat, pengajar fotografi dan pencetakan, Abas Hassan merupakan seorang yang berketrampilan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman beliau yang luas dalam usaha fotografi anda.
Sekian terima kasih.
Yang Ikhlas,
Larn Azrai ( Penyelaras)
Fadhil Bagumbayan (Ketua Fasilitator)
p/s : Kepada yang berminat untuk memantapkan ilmu fotografi amatlah
digalakkan menyertai bengkel fotografi nie….







