Ramai orang kata…
KEBAB MELAWATI memang sedap rasanya…. bagi saya yang tinggal di bandar baru
salak tinggi nie agak sukar kot mendapatinya melainkan kalau pergi ke pasar malam
di area nilai….
Maka kalau saya teringin makan kebab bila balik lepak rumah parent di kajang… pastinya
saya akan singgah di KYROS KEBAB nie….yang outletnya di PLAZA METRO KAJANG
Memandangkan saya terpandang notis nie…. maka terus saya pergi kaunter untuk buat
pesanan …. takut kena sound pulak kalau lepak kosong jeee
Mula-mula saya makan CROISSANT BEEF KEBAB ( kena sengau skit ) nak sebut
bunyi yang betulnya… dan masa nie daging kebab nie baru lepas dipotong panas-panas
dan terasa sedikit kerangupan pada daging tersebut….Selamba je saya makan dengan
tangan ala-ala makan macam burger jee… hehehehe
Settle je makan roti croissant tu sambung pulak makan CHICKEN TANDOORI wrap dan
harga dalam rm8.90 kalau tak silap saya…mula-mula saya ingatkan ianya hirisan daging
ayam halus…. tapi sebenarnya kepingan ayam yang dipotong memanjang…. dan rasa
akan lebih sedap apabila saya cicah dengan cili sos…. nyum nyum….
Dan milo ais pula jadi minuman pilihan saya sebab kebanyakan menu minuman yang
ditawarkan adalah macam smoothie – yang saya tak berapa suka sangat… dan sebotol
mineral water……..
Secara jujurnya…. tekak saya lebih gemarkan KEBAB MELAWATI…. huhuhu
Dan untuk hari-hari mendatang saya MOHON UNDIAN rakan-rakan dan PEMBACA BLOG
HAZMANFADZIL.COM untuk vote saya untuk
NUFFNANG FAVE MAKAN MAKAN EXPERT
Sila klik pada BANNER atau LINK di atas untuk berikan UNDIAN anda…. Segala undian
anda amatlah saya hargai….semuanya akan berikan perangsang untuk saya jadi
FOOD BLOGGER YANG HEBAT….








