Google Plus tarik 25 juta pengguna




SAN FRANCISCO 3 Ogos – Rangkaian sosial terbaru, Google Plus keluaran syarikat Google Inc, telah menarik 25 juta pengguna Internet, sekali gus menjadikan ia laman web paling pantas meraih bilangan pengguna sedemikian ramai.

Menurut data yang dikeluarkan firma penjejak, comScore semalam, Google Plus yang dilancarkan lewat Jun lalu, mempunyai 25 juta pengunjung unik setakat 24 Julai lalu dan jumlah tersebut terus meningkat dalam kiraan jumlah kasar sejuta pengunjung setiap hari.

Google Plus Google Plus tarik 25 juta pengguna

sumber

Jumlah itu disifatkan tinggi dibandingkan dengan Facebook yang memerlukan masa tiga tahun untuk menarik jumlah pengguna seramai 25 juta orang, manakala Twitter pula mengambil masa 30 bulan untuk jumlah yang sama.

Menurut comScore, walaupun data menunjukkan permulaan yang baik tatkala Google berusaha untuk mendominasi rangkaian sosial, ia tidak bermakna projek tersebut merupakan kejayaan jangka masa panjang.

Ini kerana rangkaian sosial Myspace sebelum ini memperoleh sehingga 25 juta pengunjung unik dalam tempoh kurang dari dua tahun, lebih pantas daripada Facebook dan Twitter, telah kehilangan ramai penggunanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

google plus Google Plus tarik 25 juta pengguna

sumber

Dalam pada itu, data menunjukkan jumlah pengunjung unik Google Plus di Amerika Syarikat mempunyai lebih daripada enam juta pengunjung unik, dan India pula melebihi 3.6 juta pengguna.

Kanada dan United Kingdom masing-masing mempunyai kira-kira sejuta pengguna, Jerman (920,000), Brazil (780,000) dan Perancis dan Taiwan masing-masing 500,000 pengunjung. – REUTERS

///utusan ///

139 total views, no views today

Ramai layari web semasa bertugas




du 01.1 Ramai layari web semasa bertugas

ANTARA laman web yang kerap dikunjungi para pegawai kerajaan Britain ialah ESPNcricinfo.com.

 

LONDON – Satu pendedahan maklumat yang dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang kebebasan maklumat mendapati puluhan ribu laman web dilawati oleh para pegawai kerajaan Britain semasa mereka bertugas, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebanyak 1,000 laman web tertinggi yang sering dilayari oleh ribuan pegawai kerajaan di ibu pejabat kerajaan di sini sepanjang tempoh lima bulan telah didedahkan berdasarkan peruntukan undang-undang tersebut.

Ini menunjukkan para pekerja menghabiskan masa mereka dengan mengemas kini pungutan mata sukan kriket, keputusan loteri, menempah percutian dan mempelajari tarian gelek yang dibayar oleh pembayar cukai.

Antara laman web yang hangat ialah sexymp.co.uk tampil di dalam senarai paling popular itu dengan kunjungan 21,477 kali.

Laman web itu menyenaraikan ahli-ahli parlimen yang mempunyai daya penarik.

Senarai paling pelik iaitu preseed.co.uk yang menjual krim pelembap intim berada di kedudukan ke-625 dan dilayari sebanyak 13,295 kali.

Laman web ESPNcricinfo.com turut menjadi pilihan pegawai kerajaan apabila ia dikunjungi sebanyak 346,000 kali.

Turut menjadi pilihan para pegawai kerajaan itu ialah laman web bearsfaction.org.uk yang menerima kunjungan 27,634 kali dan berada di tempat ke-385.

Ia merupakan laman web aksi secara langsung terbesar di Britain.

- Agensi

/// kosmo ///

111 total views, no views today

Facebook Larang Penyiaran Kulit Album Nirvana




nirvana%20punya%20anu Facebook Larang Penyiaran Kulit Album Nirvana

LOS ANGELES: Gambar kulit album Nevermind, kumpulan rock popular, Nirvana pada tahun 1991 telah dilarang untuk dipaparkan di laman web sosial Facebook.

Seperti dipetik dari Femalefirst, gambar bogel seorang bayi yang berenang mendapatkan wang dikatakan melanggar nilai-nilai murni masyarakat.

Manakala seorang jurucakap yang juga pengendali laman Facebook memberitahu gambar tersebut melanggar syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh laman sosial tersebut.

Facebook tidak membenarkan gambar yang menyerang individu atau kelompok, atau gambar bogel, penggunaan dadah, berbentuk kekerasan atau pelanggaran ke atas beberapa syarat lain.

Bagaimanapun, Spencer Elden iaitu bayi pada gambar tersebut pada 20 tahun lalu tidak membantah gambar berkenaan disiarkan di laman sosial berkenaan malah dia mengakui selesa apabila lebih ramai yang melihatnya.

// mstar //

160 total views, 1 views today

Dapat AS$100 juta kerana jual laman web

du 01.1 Dapat AS$100 juta kerana jual laman web

GAMBAR menunjukkan Catherine Cook berdiri di dalam pejabat MyYearbook di salah sebuah pejabatnya di Amerika Syarikat.

 

NEW JERSEY, Amerika Syarikat (AS) – Seorang gadis, Catherine Cook dan dua saudara lelakinya, David serta Geoff bergelar jutawan selepas laman web ciptaan mereka, MyYearbook dibeli pada harga AS$100 juta (RM296.6 juta) oleh pihak laman jaringan sosial Latin, Quepasa, lapor sebuah akhbar semalam.

David mendapat idea untuk menghasilkan laman web berkenaan semasa dia dan kakaknya menyelak buku tahunan sekolah mereka pada 2005.

Ketika itu, dia berusia 15 tahun, manakala Catherine setahun lebih tua.

Buku tahunan sekolah di AS menyimpan gambar dan nama para pelajar senior selain maklumat mengenai pelbagai pertubuhan serta aktiviti sesebuah sekolah yang dicetak pada setiap tahun.

David dan Catherine kemudian berusaha untuk mencipta buku tahunan digital di Internet dan menamakan laman web tersebut, MyYearbook.

Dalam tempoh enam tahun MyYearbook beroperasi, adik-beradik Cook memperoleh pendapatan AS$17 juta (RM50.5 juta) dengan laman web mereka berjaya menarik minat 70 juta pengguna dan ia dilihat sebanyak 1.2 bilion kali sebulan.

Pada Rabu lepas, Quepasa mengumumkan pengambilalihan MyYearbook berjumlah AS$100 juta dengan AS$82 juta (RM244 juta) melibatkan pemberian saham Quepasa, manakala baki AS$18 juta (RM53.5 juta) lagi dibayar secara tunai. – Agensi
/// kosmo ///

169 total views, 2 views today

Obama akui sebabkan Zuckerberg pakai kot

du 01.1 Obama akui sebabkan Zuckerberg pakai kot

BARACK OBAMA dan Mark Zuckerberg menanggalkan baju kot masing-masing di ibu pejabat Facebook, Palo Alto kelmarin.


PALO ALTO – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama kelmarin menceritakan majlis makan malamnya bersama Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg ketika beliau berucap di hadapan kakitangan laman sosial itu di sebuah pejabat Facebook di sini, negeri California.

Memulakan ucapannya, Obama menceritakan apa yang berlaku dalam satu majlis makan malam tersebut yang berlangsung pada 26 Februari lalu dan dihadiri oleh Zuckerberg, 26, serta golongan elit industri teknologi AS lain.

Ketika itu, Zuckerberg duduk di sebelah kanan presiden berkenaan.

“Saya ialah lelaki yang menyebabkan Zuckerberg terpaksa memakai tali leher (merujuk kepada pemuda tersebut yang gemar bergaya santai dengan memakai baju-T). Semasa kami sedang menjamu selera, dia mula berpeluh. Ia amat tidak selesa untuk Zuckerberg. Saya kemudian membantu dia menanggalkan kotnya. Saya berkata kepadanya, jika anda mahu Mark (Zuckerberg), kami semua boleh menanggalkan kot kami supaya anda tidak kelihatan janggal,” kata Obama.

Presiden berusia 49 tahun itu kemudian menanggalkan kotnya dengan diikuti Zuckerberg sekali gus mendedahkan kemeja yang dipakainya bersama tali leher hitam.

Zuckerberg sebelum ini dikenali sebagai seorang yang suka memakai seluar jean dan baju T serta jaket berbanding kot dengan tali lahir semasa muncul di khalayak ramai.

“Anda (Obama) lebih bergaya memakai kot berbanding saya,” kata Zuckerberg sambil bergurau.

Selepas itu, mereka lebih selesa bersama dan kedua-duanya berbual panjang mengenai pelbagai isu terutamanya melibatkan teknologi.

Pertemuan itu merupakan peluang buat Obama untuk mendekati golongan muda di Lembah Silikon yang terkenal dengan penciptaan komputer.

Zuckerberg telah membuktikan kepada 500 juta pengguna Facebook mengenai siapa yang menggunakan perkhidmatan tersebut.

Pengasas laman itu dikatakan mempunyai kekayaan bernilai AS$13.5 bilion (RM50.62 bilion).

Obama turut mengambil kesempatan untuk meminta Zuckerberg membayar lebih bayak cukai berdasarkan pelan percukaian yang dikemukakan pemimpin AS itu.

“Ramai orang sukakan saya dan anda, Mark (Zuckerberg). Anda sepatutnya membayar lebih banyak sedikit dalam bentuk cukai.

“Saya tahu anda okey dengan perkara itu (cukai),” kata Obama. – Agensi

///kosmo///

110 total views, no views today