Tag Archives: laporan polis

Penangan e-mel wanita England




ne 04.1 Penangan e mel wanita England

PENGGUNA Internet dinasihatkan agar lebih berhati-hati sekiranya mendapat e-mel yang mengajak mangsa untuk berkenalan bagi mengelak dari ditipu. – Gambar hiasan


KUALA TERENGGANU – Sikap miang seorang lelaki warga emas untuk berkenalan dengan seorang wanita England bernama Alice mengundang padah apabila dia bukan sahaja kempunan untuk menatap wajahnya malah kerugian RM2,500 apabila diperdaya satu sindiket Sabtu lalu.

Episod malang mangsa yang merupakan pesara guru tersebut bermula apabila dia menerima satu e-mel yang dihantar Alice pada 2 Disember lalu menyatakan hasratnya untuk berkenalan dengannya. Ketika itu mangsa berada di Bandar Jertih dekat sini.

Mangsa yang teruja terus membalas e-mel tersebut. Dua hari kemudian, Alice sekali lagi menghantar e-mel kepadanya menyatakan hasratnya untuk datang ke negara ini untuk bertemunya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Supritendan Azmi Adam berkata, pada 6 Disember, mangsa menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Alice meminta lelaki itu supaya menghubunginya.

Katanya, sebaik dihubungi, wanita itu mendakwa dia telah ditahan oleh pihak Kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana membawa barangan berlebihan dan meminta bantuannya.

/// kosmo ///

‘Saya tak hina Sultan Johor’




ne 05.1 Saya tak hina Sultan Johor

NURHIDAYU menunjukkan laporan polis mengenai laman Facebook menggunakan wajahnya di Pasir Gudang, Johor semalam.


PASIR GUDANG – “Saya kini trauma dan begitu takut jika orang ramai memarahi saya sedangkan bukan saya yang buat akaun Facebook menghina Sultan Johor.’’

Demikian kata seorang pelajar kolej, Nurhidayu Ahmad Radzuan, 21, yang khuatir apabila mendapati dua gambarnya digunakan oleh pemilik sebuah akaun tidak bertanggungjawab di Facebook yang memburuk-burukkan institusi diraja Johor.

Nurhidayu berkata, dia hanya menyedari gambar-gambarnya digunakan individu terbabit dalam satu akaun Facebook Selasa lalu sebelum membuat laporan di Balai Polis Masai di sini pada keesokan harinya.

Menurutnya, pemilik akaun tersebut juga memuat naik gambar beberapa individu lain seolah-olah mereka sebenarnya yang mengendalikan akaun tersebut untuk menghina institusi diraja Johor dan raja-raja di negeri lain.

“Saya dapat tahu perkara ini apabila seorang rakan memberitahu ada orang menggunakan gambar saya di sebuah akaun Facebook, seolah-olah yang memburuk-burukkan Sultan itu adalah saya.

“Saya tidak tahu motif sebenar individu terbabit, jadi saya membuat keputusan membuat laporan polis bagi menjaga keselamatan diri,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Scientex di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Saifi Abd Hamid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut.’

// KOSMO ///

Kematian ibu MB Perlis dipersenda dalam Facebook

ne 07.1 Kematian ibu MB Perlis dipersenda dalam Facebook

AZALI menunjukkan salinan laporan polis mengenai fitnah dalam Facebook terhadap arwah ibu Menteri Besar Perlis di Kangar semalam. Gambar kecil, Dr. Md. Isa Sabu.


ne 07.2 Kematian ibu MB Perlis dipersenda dalam Facebook


KANGAR – Laman sembang terkenal, Facebook yang mempunyai puluhan jutaan ahli di seluruh dunia menjadi platform kepada pihak tertentu mempersendakan kematian ibu Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu dengan dakwaan ia akibat virus HIV dan AIDS.

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Benny Mice dipercayai dari Indonesia telah memutarbelitkan laporan media mengenai kematian Mahasa Jusoh (gambar kecil), 86, pada 21 September lalu.

Laporan itu mengundang pelbagai komen lucah dan mengaibkan daripada peminat laman sembang itu sejak 20 Oktober lalu.

Md. Isa ketika ditemui semalam terkejut dan kecewa dengan laporan itu memandangkan ibunya meninggal dunia akibat sakit tua.

“Saya begitu terkejut dan sedih apabila arwah ibu menjadi mangsa fitnah mereka yang berniat mahu memburukkan saya,” katanya.

Jika ada pihak yang tidak berpuas hati, beliau meminta mereka merujuk sendiri kepada Jabatan Kesihatan Perlis.

-Kosmo