Yeahh…. arini saya nasib baik la offday…. dapat la relax dari tugas kat pejabat
tu….setelah DUA HARI join bengkel asas fotografi kat Putrajaya setelah baca
info kat blog CARL SAMSUDDIN

Pada saya apabila sudah timbul minat mengenai fotografi dan sudah memiliki
kamera DSLR ( walaupun 2nd hand ) alangkah ruginya kalau tak belajar cara
dan teknik pengggunaan kamera dan ilmu fotografi yang betul.

Hari pertama saya ucapkan terimakasih kat blogger SHAKIDDO ( adik saya )
sebab sanggup pick up dan hantar saya kat Dewan Komuniti Presint 8 untuk
menghadiri bengkel nie.
Perkara pertama kelainan yang saya dapati di bengkel ini ialah teknik
komunikasi penganjur ( Larn Azrai ) dan para fasi dengan para peserta adalah
lebih santai dengan permulaan makan pagi + tengahari di kedai mamak…Saya
katakan ianya suatu kaedah yang efektif untuk proses suai kenal….
Tenaga pengajar yang profesional – En Abas Hasan telah memberikan erti
sebenar makna ASAS ( WAJIB ) yang perlu diketahui oleh beginners macam
saya nie… Hurmm gambar kat atas tu belajar cara nak amik gambar awan dan
langit membiru….

Gambar moving figure dengan bantuan fasi….

Bro Jess

Bro Kecik
- Teknik dan amali amik gambar potraiture guna cara xxx…..

Di dalam kelas kami semua diajar akan kepentingan gambar yang mempunyai
mesej ( cerita ) dan sudut pandang ( perspektif ) .Gambar refleksi diri ini saya
menarik juga….


Dengan panduan dari team Larn Azrai pada saya inilah gambar yang best
pernah saya ambil setakat ini.Akan saya perbaiki dari masa ke semasa untuk
penghasilan gambar yang lebih menarik dan bermakna…..
Secara keseluruhannya… saya amat berpuashati dengan apa yang saya dapati
di bengkel asas fotografi anjuran Larn Azrai Photography nie.Dan harapan
saya agar dipermudahkan urusan saya untuk mengikuti bengkel yang
seterusnya selepas ini… Yosh !!!!
p/s : ISO , APPERTURE dan SHUTTER adalah tiga perkara penting dalam
dunia fotografi….