Tag Archives: liga bola sepak inggeris

Ahli Perniagaan Malaysia Terajui Cardiff City FC




cardiff Ahli Perniagaan Malaysia Terajui Cardiff City FCChan Tien Ghee (kiri) mengucapkan tahniah kepada Ketua Pegawai Eksekutif yang baru, Gethin Jenkins di Stadium Cardiff City selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa kelab semalam.

CARDIFF: Hanya tujuh minit sahaja diperlukan oleh pemegang saham Kelab Bolasepak Cardiff City (Cardiff City FC) untuk memilih ahli perniagaan Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee sebagai pengerusi kelab menggantikan Peter Ridsdale yang memegang tampuk selama lima tahun.

Di samping itu, pemegang saham turut membenarkan Tien Ghee membawa masuk pelabur Malaysia sebagai ahli lembaga pengarah yang baru.

“Hari ini ialah hari bersejarah bukan sahaja bagi diri saya tetapi juga Malaysia,” katanya kepada The Star selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pagi kelmarin.

Beliau mengepalai konsortium Malaysia dengan memiliki 36.37 peratus pegangan saham bernilai £6 juta (RM28.8 juta).

Selain itu Tien Ghee yang juga Pengarah Urusan Central Malaysian Properties Sdn Bhd dengan saham 10 peratus sementara taikun Berjaya, Tan Sri Vincent Tan selebihnya. Tien Ghee berjaya meyakinkan Tan untuk melabur tahun lalu.

Ratusan ahli yang menghadiri EGM itu tanpa ragu-ragu membuat undian memilih ahli perniagaan Malaysia itu kerana berjaya membawa keluar kelab bolak sepak itu dari masalah kewangan.

Beliau berkata: “Inilah EGM paling lancar dalam sejarah Cardiff City sejak bertahun-tahun lalu kerana kita memiliki landasan yang lebih kukuh.

“Lembaga pengarah telah melakukan sesuatu dalam peristiwa penting sepanjang sejarah kelab ini, dengan kemudahan, infrastruktur, bilik khas kakitangan selain pasukan itu mendapat peluang yang baik serta menyahut cabaran untuk langkah seterusnya ke Liga Perdana.

“Kita akan bekerjasama dengan lebih baik selepas ini, memanfaatkan minat yang sama, saling mempercayai dan penglibatan setiap penyokong lama serta baru kelab dalam usaha untuk memperoleh pengiktirafan dan kejayaan selama-lamanya.”

Sepanjang minggu ini adalah tempoh yang paling sibuk bagi Pengerusi baru kelab itu selepas menyaksikan Bluebirds terlepas peluang ke Liga Perdana sebaik sahaja tewas 3-2 kepada Blackpool Sabtu lalu dalam perlawanan semula kejohanan.

Beliau berikrar bahawa lembaga pengarah baru akan berusaha bersungguh-sungguh dan melakukan apa yang perlu bagi memastikan kelab berkenaan menjadi pesaing utama ke Liga Perdana musim depan.

-mstaronline

Chelsea juara




su 01.1 Chelsea juara


CHELSEA muncul juara Liga Perdana England (EPL) bagi musim 2009-10 yang menutup tirainya semalam.

Kejayaan itu diperoleh penuh bergaya selepas kelab itu membelasah Wigan 8-0 pada aksi yang berlangsung di Stamford Bridge.

Ia merupakan kejuaraan kali keempat buat Chelsea dalam EPL dan yang pertama di bawah bimbingan pengurus dari Itali, Carlo Ancelotti.

Meskipun juara bertahan, Manchester United menewaskan Stoke 4-0 di Old Trafford, ia sudah tidak bermakna apabila Chelsea menamatkan saingan dengan 86 mata manakala United hanya mengumpul 85 mata.

Aksi semalam bermula dengan jaringan Nicolas Anelka pada minit keenam sebelum Wigan terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-31 setelah Gary Caldwell dilayangkan kad merah.

Seminit kemudian Frank Lampard meledak gol kedua Chelsea menerusi sepakan penalti.

Chelsea terus berpesta pada babak kedua dengan menambah enam lagi gol menerusi Salomon Kalou pada minit ke-54, Anelka (56), Didier Drogba (63, 68 dan 80) dan Ashley Cole (89).

Sementara itu, empat jaringan United menerusi Darren Fletcher (31), Ryan Giggs (38), gol sendiri Danny Higginbotham (54) dan Park Ji-Sung (84) ketika mereka membelasah Stoke tidak memberi sebarang erti lagi buat anak-anak buah Alex Ferguson.

Tempat ketiga liga menjadi milik Arsenal yang mudah membelasah Fulham 4-0 menerusi jaringan Andrei Arshavin (21), Robin Van Persie (26), gol sendiri Chris Baird (37) dan Carlos Vela (84) untuk mengumpul 75 mata.

– Agensi

-kosmo

Chelsea robek United di Old Trafford




su 01.1 Chelsea robek United di Old Trafford

PENYERANG Chelsea, Didier Drogba meraikan kejayaan pasukannya membenam United di Old Trafford semalam. Chelsea menang 2-1.

MANCHESTER – Didier Drogba muncul wira apabila meledak gol kemenangan Chelsea bagi menewaskan Manchester United 2-1 dalam saingan Liga Perdana England di Old Trafford semalam.

Drogba yang masuk selaku pemain gantian pada separuh masa kedua, membuktikan ketajaman penyudahnya apabila menjaringkan gol pada minit ke-79.

Begitupun, jaringan yang dilakukan oleh Drogba itu menimbulkan kontroversi setelah dia dikatakan berada dalam kedudukan ofsaid.

Sebelum itu, Joe Cole terlebih dahulu meletakkan The Blues di depan menerusi jaringannya pada minit ke-20.

United yang tersentak dengan dua gol Chelsea itu dilihat memperkemaskan jentera serangan mereka dan kemasukan penyerang muda, Federico Macheda ternyata membuahkan hasil apabila dia berjaya menjaringkan gol pada minit ke-81.

Namun jaringan daripada Mecheda itu dianggap sudah terlambat untuk United sekurang-kurangnya mengikat Chelsea dengan keputusan seri.

Hasil kemenangan itu, Chelsea berjaya merampas kedudukan selaku pendahulu liga dengan mengumpul 74 mata, dua mata meninggalkan United di tangga kedua.

“Saya memang kecewa dengan kekalahan ini. Ini semua disebabkan oleh mutu pengadilan yang kurang memuaskan sehingga kami tewas,” jelas pengurus United, Alex Ferguson.

Dengan ketiadaan penyerang berbisa, Wayne Rooney, anak-anak buah Ferguson ternyata semakin tertekan ketika ini memandangkan mereka akan beraksi dalam saingan suku akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich di Old Trafford, awal pagi Khamis ini.

Pada aksi suku akhir pertama Rabu lalu, United tewas 1-2 di Allianz Arena, Munich.

“Biarpun kini kami terpaksa melihat Chelsea merampas kedudukan selaku pendahulu liga, kami tetap akan memastikan bahawa kami tidak akan tersingkir dalam saingan Liga Juara-Juara,” kata Ferguson. – AP

-kosmo