Rasanya…
Mungkin ramai kot yang dah perasan KFC dah keluarkan satu menu di semua cawangan
restoran di seluruh MALAYSIA…. iaitu KFC POKKITS
Dengan rasa teruja untuk mencuba menu baru keluaran KFC nie… terus saya beli TIGA
KFC POKKITS sebab dah tahu saiznya yang agak kecil kan…. Ianya dibeli petang sabtu
minggu lepas setelah menonton filem AKU ADA , KAU ADA di pawagam kat PLAZA
METRO KAJANG….Owhh….NESCAFE LATTE tu dibeli berasingan yea…
Yess… memang kecik je pun KFC POKKITS dan anda semua boleh lihat saiz dia nie
tak sampai pun tapak tangan saya ….
Inilah lebih kurang keratan rentas isi KFC POKKITS yang saya beli tue…. mengikut info
ianya diletakkan KEJU CHEDDAR dan MONTEREY JACK ( Hirisan halus tu mula-mula
saya ingatkan nasi ) yang diperkayakan dengan sos nanas-mangga…. Cuma pada
selera saya kombinasi dua tu tidak kena pada tekak saya… Harap MAAF….Tapi bagi saya
terpulang la pada anda kan…. SELERA MAKAN KITA MUNGKIN BERBEZA !!!
Dan settle makan TIGA KFC POKKITS tu… perut masih lagi belum kenyang…. so saya
singgah di kedai makan baru di taman rumah saya… terus saya order air mangga untuk
menghilangkan dahaga….
Lepas tu saya pesan NASI GORENG USA FLMC …. Memang best la sebab portionnya
agak besar skit selain rasanya yang agak berbeza ( sedap ) berbanding kedai masakan
thai yang lain….Mungkin sebab ada hirisan tomato dalam kuah daging tue….
p/s : Dah lama tak makan SATU BUCKET KFC …. saper nak sponsor ?





