LOVE HAPPENS vs COUPLES RETREAT




 LOVE HAPPENS vs COUPLES RETREAT

Breakfast di STARBUCKS

Pada hari sabtu lepas saya menggunakan masa cuti saya dengan menonton wayang.Seperti biasa port untuk menonton kegemaran saya semestinya di MID VALLEY.Sebabnya saya adalah pengguna pengangkutan awam ( KTM KOMUTER ) yang setia setiap kali outing .So mudah saya untuk berulang-alik dari rumah.

Setibanya di MID VALLEY saya mulakan dengan bersarapan dengan set breakfast STARBUCKS.Sambil-sambil layan FREE WIFI – laju gak laa….

Love Happens Trailer

Dan sebenarnya…. ( macam lirik lagu YUNA la pulak ) sehari sebelum tu iaitu jumaat saya dah survey citer aper yang besh untuk ditonton.So bile tengok trailer saya buat keputusan untuk layan filem LOVE HAPPENS dan COUPLES RETREAT.

LOVE HAPPENS – Mengisahkan seorang jejaka yang menjadi pakar motivasi – MENANGANI KESEDIHAN yang diinspirasikan dari tragedi kematian isterinya.Namun begitu kesedihan dan trauma mengenai kematian isterinya masih menghantui diri.

Bertemu dengan gadis penjual bunga lakonan JENNIFER ANISTON telah merubah beliau untuk menangani masalahnya.Maka bermulalah episod babak percintaan antara mereka.

===> Saya suka filemĀ  nie yang berunsurkan motivasi dan menceritakan bahawa setiap orang mempunyai masalahnya yang tersendiri.Cuma sebagai manusia kita saling memerlukan dalam proses menyelesaikan masalah seharian dan untuk kelangsungan hidup.

 LOVE HAPPENS vs COUPLES RETREATPapan iklan CARL’S JUNIOR

Bila dah selesai – yess.. masa untuk menjamu selera.Kebiasaanya saya akan menikmati KFC,MCD atau PIZZA RIA HUT untuk lunch.Tapi BURGER CARL’S JUNIOR telah membuka selera saya pada haritu – rasanya better dari BURGER KING.TERIYAKI BURGER memang tak boleh blah rasanya….

 LOVE HAPPENS vs COUPLES RETREATNombor tempahan xxx

 LOVE HAPPENS vs COUPLES RETREATFREE refill – semestinya

 LOVE HAPPENS vs COUPLES RETREATIni baru namanya LEMON TEA

 LOVE HAPPENS vs COUPLES RETREATFries dan TERAYAKI BURGER

Sesudah selesai dengan makan tengahari hari…. filem COUPLES RETREAT pula menanti untuk tontonan.Saya dah tanya member FACEBOOK pasal filem nie dan ramai yang mengatakan ia adalah filem menyeronokkan.

COUPLES RETREAT – Mengisahkan satu pasangan yang bermasalah dalam perhubungan mereka dan berkemungkinan untuk bercerai.Maka suami isteri tersebut mengambil insiatif untuk pergi bercuti ke suatu pulau untuk memperbaiki hubungan mereka ( Macam idea kerajaan TERENGGANU jee ).

Namun disebabkan kos yang mahal mereka mengajak tiga lagi pasangan – member diorang jugak untuk turut menyertai percutian tersebut demi mendapatkan DISKAUN separuh harga untuk pakej percutian itu.Setelah dipujuk rayu maka rakan-rakan pasangan tersebut pun bersetuju.

Pelbagai perkara yang kelakar dan menarik berlaku di pulau tersebut…. Ada gak babak yang kurang sesuai untuk REMAJA BAWAH UMUR ditayangkan dalam filem tersebut….ahaksss…Dan seperti biasa is always HAPPY ENDING

===> Bagi saya masalah dalam rumahtangga dan perselisihan faham adalah lumrah dalam hidup berkeluarga.Dan idea untuk meluangkan masa untuk bercuti sememangnya BAGUS untuk meleraikan kekusutan di antara pasangan.Komunikasi di antara pasangan adalah perkara ASAS yang perlu diperkukuhkan terlebih dahulu….

Couples Retreat Trailer

p/s : Tontonlah kedua-kedua filem yang bergenrekan KOMEDI ROMANTIK ini.Pasti masa anda akan dipenuhi dengan gelak ketawa disamping mendapat MESEJ yang disampaikan.

101 total views, no views today