Tag Archives: mahkamah

Pengguna FACEBOOK tuntut ganti rugi

SAN FRANCISCO: Lima pengguna Facebook semalam menyaman rangkaian sosial Internet itu kerana membenarkan anggotanya berkongsi aspek kehidupan dalam laman Web.

Tindakan undang-undang yang difailkan di sebuah mahkamah di selatan California menuduh Facebook menjadi ‘lombong’ data dan tidak menunaikan janji untuk memberikan pengguna kawalan ketat terhadap data yang dimasukkan ke dalam profail.

Saman itu menuntut bayaran ganti rugi.

Facebook menolak saman itu dengan mendakwa ia tidak berasas.

Antara plaintif ialah seorang wanita yang menyertai Facebook pada fasa awalnya ketika keanggotaannya dihadkan kepada pelajar kolej.

Facebook dituduh mengkhianati wanita itu dengan menjadikan laman berkenaan rangkaian sosial terbuka yang hingga kini dianggotai oleh 250 juta orang di seluruh dunia.

Plaintif lain termasuk seorang jurugambar dan aktres yang mendakwa Facebook melakukan kesalahan dengan membenarkan perkongsian gambar yang dimasukkan ke dalam profail mereka. – AP

-HMETRO




Nasib CEO waktu ekonomi merudum…..

CEO Nasib CEO waktu ekonomi merudum.....
CEO dakwa diheret isteri ke katil

NEW YORK – Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) United Technologies, George David berumur 66 tahun mendedahkan di sebuah mahkamah dia diheret oleh isterinya, Marie Douglas-David yang jauh lebih muda ke atas katil tanpa kerelaannya, lapor sebuah akhbar semalam.

“Saya mengingati pada satu ketika dia berada dalam keadaan memaksa dan saya menolaknya,” kata David dalam perbicaraan perceraian dengan isterinya itu yang berumur 36 tahun.

“Adakah itu bukannya kali pertama Marie memaksa anda, adakah itu benar?” kata seorang peguam dalam perbicaraan yang memasuki hari keempat.

“Tidak,” kata David.

“Terdapat pada satu ketika dia menyambar anda dengan lengan dan menarik anda ke katil?” tanya peguam tersebut.

“Ya, kerap kali,” jawab David.

BINI+CEO Nasib CEO waktu ekonomi merudum.....

Selepas perbicaraan itu ditangguhkan, isterinya itu menyelar pengakuan David.

“Saya berasa sedih dia tidak berlaku jujur. Saya percaya kepada suami saya,” katanya. – Agensi

Sumber : KOSMO ONLINE !