Tag Archives: majalah im

Bengkel yang saya tak dapat hadiri….

Bengkel Minisite anjuran Majalah IM
——————————————-

Bagaimana Ingin Membina Web Jualan Yang Professional Dalam Masa 10 Jam Sahaja! – Gerenti !!!

Tempat : JomTraining Sdn Bhd

Tarikh : 4 April 2009 (Sabtu)

Masa : 8am – 6pm

Trainer : Zhafran & Adly

Anjuran : MajalahIM.com

Format : Pembelajaran Secara Praktikal (Bahasa Malaysia)

Kemudahan : Komputer & Internet

Bahan-Bahan : Modul & CD-ROM

Makan & Minum disediakan!

Apa yang Saya akan dapat Kalau menghadiri bengkel ini….

Modul 1 : Pengenalan Kepada MiniSite

Modul 2 : HTML Editor

Modul 3 : Pengenalan Kepada CSS

Modul 4 : Template Minisite

Modul 5 : Elemen-Elemen Minisite

Modul 6 : Cover & Grafik Tambahan

Modul 7 : FTP

Modul 8 : Membina Borang Tempahan

Modul 9 : Membina Ruangan Download

Modul 10 : Sistem Autoresponder

Bila Saya Tak Dapat Join Bengkel Maka….Saya Telah Terlepas Bonus Berikut…

BONUS 1 – Video Panduan Membuat “Killer” Salesletter (Bahasa Malaysia)

BONUS 2 – Software eWriterPro

BONUS 3 – Sistem Affiliate

BONUS 4 – Panduan FBA

BONUS 5 – eCover Action Script

Hmm…..nak buat camne kan …. komitmen kerja di opis lebih perlu diutamankan…..mungkin saya akan dapat menghadiri bengkel atau seminar yang lain di masa akan datang….Yang pasti pencarian ilmu sentiasa berlaku… icon smile Bengkel yang saya tak dapat hadiri....

Jumaat yang penuh Informasi….

seminar+majalah+im Jumaat yang penuh Informasi....
Saya adalah salah seorang daripada 10 + 1 ( last minute ade additional ) perserta yang menghadiri MINI SEMINAR PERNIAGAAN INTERNET anjuran MAJALAH IM kelolaan TEAM FLAREBIZ ( adly aka labanon & zhafran ) pada 30/9/2009.Program ini adalah sempena ulangtahun pertama.

Kebiasaannya seminar dianjurkan pada hari Sabtu atau Ahad namun secara kebetulan harijadi MAJALAH IM jatuh pada hari ini maka sebab itu ia dilaksanakan.Dengan menaiki komuter dari kajang n terus naik teksi ke DIAMOND SQUARE BUSINESS CENTRE – opis TEAM FLARE BIZ sampai lah saya di destinasi yang dituju.

map teamflare+biz Jumaat yang penuh Informasi....

Di sambut oleh bro IDRIS – seorang super senior dalam bidang INTERNET MARKETING.Dia yang sebelum ini lebih menjurus kepada kerja-kerja di sebalik tabir telah melihat potensi yang ada pada TEAM FLAREBIZ di mana mereka ini perlu diketengahkan ke dunia MAINSTREAM (macam aliran muzik la pulak ).

Antara skop yang dibentangkan ialah overview mengenai :

Panduan Buat Duit Dengan Produk Fizikal

  • Ketahui bagaimana ingin menjual produk fizikal di Internet.
  • Apakah produk fizikal yang sesuai di jual di Internet?
  • Apakah ciri-ciri produk yang laris di Internet.
  • Bagaimana cara ingin mendapatkan produk.
  • Ketahui rahsia bagaimana kami menjual produk fizikal tanpa perlu menyimpan stok.
  • Perkongsian bagaimana kami menjana ribuan ringgit dengan produk fizikal di Internet dengan modal yang sedikit.

Panduan Buat Duit Dengan Produk Digital

  • Ketahui bagaimana ingin menjana wang dengan produk digital.
  • Apakah produk digital yang laris dijual di Internet?
  • Bagaimana hendak mencari idea untuk mencipta produk digital.
  • Tak pandai menulis? Ketahui cara menghasilkan produk digital, walaupun anda tidak pandai menulis!
  • Bagaimana caranya meningkatkan kredibiliti anda sebagai pakar dan penulis ebook supaya orang percayakan anda dan membeli ebook anda!
  • Perkongsian bagaimana budak sekolah(labanon ler tu) menjana pendapatan 5 angka sebulan dengan produk digital.

Panduan Buat Duit Dengan Servis/Perkhidmatan

  • Langkah demi langkah bagaimana untuk memulakan servis di internet dengan modal RM0! seperti yang saya lakukan pada 2 tahun lepas.
  • Bagaimana untuk membuat kajian dan mengetahui jenis servis yang sangat popular dan mendapat permintaan tinggi di internet.
  • Casestudy bagaimana saya mendapat client pertama dari UK selepas 3 hari melancarkan khidmat servis design.
  • Sudah mendapat klien? Apakah langkah seterusnya yang perlu anda lakukan?
  • Laman web komuniti yang digelar “syurga servis” di internet yang anda WAJIB tahu.
  • Apa yang anda perlu buat jika mendapat terlalu banyak tempahan.

Kesimpulannya penganjuran seminar ini telah mencapai matlmatnya.Saya memang berpuashati dengan penceritaan yang diberi.Sungguh bertuah kerana ADLY aka LABANON dan ZHAFRAN sudi berkongsi cerita dan pengalaman masing-masing.Semoga MAJALAH IM dengan kelolaan TEAM FLAREBIZ dapat mengadakan SEMINAR penuh ( FULL VERSION) di masa akan datang.Apapun saya lebih berbesar hati kiranya TEAM FLAREBIZ dapat mengadakan SEMINAR secara praktikal – hands on training.