Tag Archives: makanan barat

Set Burger di restoran De Best Cafe KAJANG




Pada hari AHAD dua minggu yang lalu semasa hendak pulang ke rumah

parent saya di kajang …..kelihatan sebuah restoran western food yang

membuatkan saya ingin mencubanya…..

Sebab kat situ terbentang banner besar …..RESTORAN INI ADALAH MILIK

100% BUMIPUTERA…..lebih kurang cenggitu la bunyinya….Then waktu petang

itu juga saya terjahi ( gaya ayat eyriqazz ) terus…

DSC 15601 Set Burger di restoran De Best Cafe KAJANG

DSC 1561 Set Burger di restoran De Best Cafe KAJANG

Ini adalah suasana dan hiasan dalam De Best Cafe KAJANG….

DSC 15651 Set Burger di restoran De Best Cafe KAJANG

Saya order jus nenas la kot….kalau tak silap…

DSC 15701 Set Burger di restoran De Best Cafe KAJANG

Ini adalah set CHICKEN SANDWICH……

DSC 15721 Set Burger di restoran De Best Cafe KAJANG

Ini pula Set Burger De Best Cafe….

DSC 15791 Set Burger di restoran De Best Cafe KAJANG

Akan tetapi cuba anda lihat burger nie….adakah ianya membuka selera anda ? Pada

saya kualiti roti yang digunakan agak kurengg skit laaa…dan rasanya biasa je kot ikot

selera saya la kan….

Lain orang lain citarasanya….Takpe laa…. saya akan berusaha untuk terjah dan pergi

kedai makan yang best-best di sekitar BANGI pulak lepas nie….

 

p/s : Malam semalam singgah dah kat TUPAI-TUPAI bangi tapi tak jadi masuk

sebab takde orang langsung….huhuhu

Hot dog paling mahal di dunia




du 06.1 Hot dog paling mahal di dunia
 

GAMBAR menunjukkan hot dog paling mahal yang dijual
di stadium besbol Roxstadium Brockton, Massachusetts sejak Sabtu lalu.

 

 

BROCKTON, Amerika Syarikat – Menu terbaharu, McMullen Dog yang dijual di stadium besbol Roxstadium Brockton, Massachusetts menjadi hot dog termahal di dunia, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Berharga AS$80 (RM235.39), hot dog tersebut yang mengandungi sosej daging lembu yang dimasak dengan minyak truffle, kaviar, serbuk cendawan dan freche krim mula dijual sejak Sabtu lalu.

Roti hot dog tersebut pula dibuat menggunakan gandum yang terbaik yang dibeli dari Cape Cod, sebuah kedai roti eksklusif bersama sos dan mustard istimewa.

Menurut pengurus makanan dan minuman stadium berkenaan, Sander Stotland, walaupun harga tiket hanya AS$15 (RM44.35) dan lebih murah dari hot dog tersebut, ia tetap mendapat sambutan hangat daripada peminat yang datang menyaksikan perlawanan besbol.

Menurutnya, nama McMullen Dog itu diberi sempena nama tukang masak terkenal Atlantic City, Ryan McMullen yang memberi idea mengenai hot dog tersebut. – Agensi.

/// kosmo///