
Semalam saya ambil cuti sebab kena amik banner projek Badan Kebajikan tempat saya
bekerja dan standby kat umah untuk pemasangan dekoder ASTRO yang telah rosak akibat
kilat / petir tempohari….dan pada malamnya saya menunggu siaran live streaming USTREAM
sempena sambutan AMBANG TAHUN BARU 2013



Kalau tahun lepas pelawak kesukaan ramai ZIZAN RAZAK menjadi PENGACARA MAJLIS
…. Tahun ini selebriti jemputan tidak kurang menariknya…paling menarik sekali siap
ada WAN ZACK HAIKAL tu….

Sayangnya semasa slot bualbicara dengan WAN ZACK HAIKAL tu saya
terlepas la pulak di samping link video live streaming yang kadang-kadang
down disebabkan ramai jugak menonton di USTREAM….

Diana Amir mendeklamasikan sajak….


Macam biasa yang menarik di dalam majlis AMBANG SAMBUTAN TAHUN
2012 SHAH ALAM nie ialah sessi soaljawab agama USTAZ AZHAR IDRUS
bersama selebriti jemputan ….. memang tidak kering gusi apabila topik perbincangan
dibicarakan secara santai dan bersahaja….Ustaz Haslin BOLLYWOOD pun punya
daya tarikan tersendiri…
Dan dikhabarkan lebih kurang 120,000 orang yang telah hadir di majlis sambutan
AMBANG ’13 DATARAN KEMERDEKAAN SHAH ALAM…… Respon yang sangat
positif !!!
-sumber gambar dan poster
p/s : Nanti kalau ade video …. mungkin saya update dalam entry nie….
