Macam biasa….
Masih lagi mengekalkan menu makanan pasar malam untuk slot HAZMAN vs FOOD
dengan pengambilan secara lebih dari biasa….

Kali nie saya memilih menu Set Nasi Ayam Bakar Madu Asli bersama bahagian-bahagian
ayam bakar yang lain….

Kalau dari segi nasi … ianya lebih kurang sama sahaja dengan NASI AYAM yang ada dijual
di pasar malam yang lain… cuma ayam sahaja yang membezakannya di mana ianya
dibakar terlebih dahulu sebelum disira dengan ramuan khas yang bersalut madu….

Masa akak yang jual nasi ayam bakar madu asli nie curahkan kuah ramuan rahsia beliau
pun saya dah teruja nak kunyah telan AYAM nie…..( macam kebulur jee… ) Harga pun
masih lagi murah iaitu rm4 sahaja….

Untuk menambahkan selera makan dan menikmati rasa ayam bakar madu asli nie… saya
beli BONTOT AYAM RM2 – KEPAK AYAM 3 untuk rm6 dan PEHA AYAM untuk rm4…
Cuba campur semua yang saya beli dan makan nie….Brapa WANG TUNAI yang
perlu dibayar ?

Untuk meratah pastinya bahagian PEHA ( Drumstik ) akan jadi pilihan saya…. kena pulak
cicah dengan sos cili pasti lebih menyelerakan….Isi daging ayam yang lembut buat saya
senang untuk penghadaman…. hihihii
p/s : Akan datang saya nak cuba makan AYAM GOLEK seekor…..












