Tag Archives: masalah kesihatan

Menguap boleh berjangkit

LONDON: Tabiat menguap mempunyai kesan negatif kerana ia boleh berjangkit kepada orang lain, lapor satu kajian.

Hasil kajian itu yang disiarkan jurnal Public Library of Science, menyatakan menguap adalah ikatan empati yang terjadi dalam sesuatu kelompok sosial.

yawningInCrib Menguap boleh berjangkit

Kami berusaha memahami faktor paling penting yang mempengaruhi penularan menguap kepada manusia dengan mengumpulkan data selama setahun dari beberapa negara berlainan di dunia, kata ketua pengkaji di Universiti Pisa Itali, Prof Elisabetta Palagi.

Beliau berkata pihaknya melakukan kajian ke atas 109 dewasa, 53 daripadanya lelaki di Eropah, Amerika Utara, Asia dan Afrika selama 12 bulan. Sebelum ini menguap sering kali dikaitkan dengan tanda keletihan, tekanan atau perasaan bosan.
yawning Menguap boleh berjangkit

Kami membahagikan mereka kepada dua kumpulan dengan kelompok pertama menjadi orang yang mula menguap dan satu kelompok adalah pihak yang menghadapi mereka yang menguap, katanya.

Prof Palagi berkata, sepanjang tempoh kajian, pihaknya mendapati ada 480 kes menguap dengan setiap seorang mula menguap dalam tempoh tiga minit.

Kajian menunjukkan hampir separuh daripada responden yang mudah terjangkit menguap adalah mereka yang kenal satu sama lain seperti keluarga, teman rapat dan orang asing atau baru dikenali.
Faktor paling penting yang menyebabkan seseorang itu boleh menularkan tabiat menguap bukanlah kaum, warna kulit, jantina atau usia, tetapi lebih kepada bentuk hubungan dan keakraban antara mereka, katanya. – Agensi

//bharian//

Bantuan Segera/ Adik ADAM DANIEL – Derma Ikhlas




Kepada semua sahabat dan rakan blogger,

Salah seorang kakitangan Operasi Lapangan Terbang  iaitu AOA Azmawati Azid dari Jabatan Pengurusan Penumpang, Unit Pengendalian Penumpang mempunyai anak lelaki, ADAM DANIEL BIN MOHD AMIRUL yang berusia 16 bulan (1 tahun 4 bulan)  yang kini menghadapi penyakit SALURAN JANTUNG TERSUMBAT tahap ketiga.  Beliau sekarang sedang menjalani rawatan di INSTITUT JANTUNG NEGARA dan dikehendaki menjalani pembedahan  pada 27 JANUARY 2011.   Atas nasihat doktor, pembedahan tersebut mesti dijalankan pada tarikh yang telah ditetapkan bagi membolehkan jantung beliau berfungsi seperti biasa. Kebarangkalian untuk beliau mengalami masalah jantung amat mudah sekiranya pembedahan tersebut ditangguhkan.

Untuk makluman semua, kos bagi pembedahan adik Adam Daniel sahaja adalah RM18,000.  Wang pendahuluan mesti diserahkan kepada pihak IJN sebelum tarikh pembedahan bagi tujuan penetapan tarikh. Setelah di semak dengan Jabatan Insuran Penerbangan Malaysia, didapati penyakit yang dihadapi oleh adik Adam Daniel tidak tersenarai untuk di biayai oleh pihak Insuran ING, dan lebih malang lagi personal Insuran beliau (Prudential) juga tidak menyenaraikan penyakit tersebut untuk dibiayai.

Dengan ini saya , ingin meminta jasa baik  semua blogger  agar dapat menghulurkan derma ikhlas untuk membantu beliau menguruskan dan meringankan beban perbelanjaan perubatan.

Kepada warga kerja Operasi Lapangan Terbang yang beragama Islam, marilah kita berdoa kepada Allah SWT semoga adik ADAM DANIEL berjaya menempuhi pembedahan ini dan sembuh dari penyakitnya.

Segala derma dan sumbangan ikhlas anda boleh disalurkan kepada  Pn Azmawati Binti Azid di akaun number –  162106940375 (Maybank)

 Bantuan Segera/ Adik ADAM DANIEL   Derma Ikhlas

Sekian.

Terima Kasih.

p/s : Memberi ketika ada , mungkin inilah peluang kita untuk membuat amal

kebajikan….. icon wink Bantuan Segera/ Adik ADAM DANIEL   Derma Ikhlas

Harga rokok mungkin RM50




KUALA LUMPUR 20 Jan. – Kementerian Kesihatan sedia mengkaji cadangan untuk menetapkan harga rokok pada kadar yang lebih tinggi sehingga RM50 bagi pek 20 batang rokok.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, pada prinsipnya, harga yang mahal memang diharapkan dapat mengurangkan keupayaan orang ramai untuk membeli dan seterusnya merokok.

”Sebelum ini Kementerian Kesihatan telah berusaha melakukan pelbagai cara supaya perokok tegar dapat meninggalkan tabiat buruk itu selain mengajak kanak-kanak dan remaja supaya benci kepada tabiat itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan orang ramai supaya sekotak rokok yang mengandungi 20 batang dijual pada harga RM30 hingga RM50 supaya tidak mampu dibeli terutama golongan remaja.

Rosnah berkata, pihaknya juga bersedia mengkaji cadangan supaya kotak rokok dilitupi sepenuhnya dengan paparan amaran kesihatan manakala jenama rokok hanya dicetak pada saiz yang kecil pada sisi kotak.

Bagaimanapun, jelas Rosnah, sebelum itu kementerian terlebih dahulu terpaksa mengambil kira peraturan yang ditetapkan di bawah Konvensyen Rangka Kerja Mengenai Kawalan Tembakau (FCTC) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Beliau berkata, sebab itu apa yang lebih penting ialah penyertaan masyarakat dalam usaha mengurangkan tabiat merokok kerana penguatkuasaan undang-undang sahaja tidak cukup untuk atasi tabiat ini.

”Peranan yang dimainkan oleh media seperti Utusan Malaysia dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu merokok sangat kami hargai,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, adalah kurang tepat untuk menyimpulkan yang kementerian gagal dalam usaha mengurangkan tabiat merokok.

Katanya, lebih-lebih lagi jika pandangan itu dibuat selepas hanya beberapa pemerhatian mudah dan bukannya melalui penyelidikan saintifik yang berwibawa.

”Hasil dua tinjauan besar yang dijalankan oleh pada tahun 1996 dan 2006, iaitu Tinjauan Kesihatan & Morbiditi Kebangsaan 2 & 3, kadar merokok sebenarnya telah menurun sebanyak lebih dua peratus.

”Justeru kementerian juga tidak bercadang untuk menutup atau memansuhkan kesemua 270 Klinik Berhenti Merokok di seluruh negara yang dikatakan gagal mencapai matlamatnya.

”Malah dalam perancangan kementerian di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), klinik itu akan diintegrasikan ke dalam perkhidmatan lain yang disediakan oleh klinik-klinik kesihatan di seluruh negara,” katanya.

-utusanmalaysia