Penggera jam iPhone tidak berfungsi




du 02.1 Penggera jam iPhone tidak berfungsi

GAMBAR yang disiarkan akhbar Sydney Morning Herald di Australia semalam menunjukkan Samantha Hanna memegang telefon bimbit iPhone yang mengalami masalah jam penggera.

HONG KONG – Ramai pengguna telefon bimbit pintar iPhone di Asia dan Australia merungut kerana sistem jam penggera pada gajet itu tidak berfungsi untuk mengejutkan mereka daripada tidur sejak kelmarin.

Sebahagian pengguna iPhone menyatakan di laman sosial seperti Facebook dan Twitter bahawa mereka terlepas penerbangan dan lewat ke tempat kerja kerana sistem jam penggera pada telefon itu tidak berfungsi selama tiga hari berturut-turut.

Seorang pengguna yang dikenali sebagai Sueannlove melalui laman sosialnya memberitahu: “Penggera jam iPhone saya tidak berfungsi lagi. Perlu mencari jam lama saya.”

Masalah itu bukan sahaja menimpa pengguna iPhone tetapi sebahagian pengguna produk Apple lain termasuk pemain muzik iPod yang mengalami masalah sama.

Syarikat Apple berjaya menjual sebanyak 14 juta unit iPhone sehingga 25 September lalu di seluruh dunia dan kini berada pada kedudukan kedua di belakang telefon bimbit Nokia berdasarkan jumlah jualan.

Kelmarin, syarikat itu menyatakan ia mengetahui masalah tersebut tetapi tidak menyatakan punca dan usaha penyelesaiannya. – Agensi

/// kosmo ///

113 total views, no views today