Menjenamakan semula Hotlink

me 05.1 Menjenamakan semula Hotlink

Matthew Willsher ( kiri) menunjukkan logo Hotlink yang baru semasa majlis penjenamaan semula Hotlink di Kuala Lumpur.


Jika dulu sebut saja BlackBerry, tentu ada yang memikirkan berkali-kali untuk memilikinya terutama pengguna prabayar.

Memang ramai yang berminat tetapi memikirkan bil bulanan yang perlu dilunaskan, niat untuk memiliki BlackBerry dilupakan begitu saja.

Tapi kini semua pengguna sama ada prabayar atau pascabayar boleh memiliki BlackBerry apabila Maxis yang dalam proses penjenamaan semula Hotlink.

Pegawai Eksekutif Pemasaran Maxis, Matthew Willsher berkata, jenama Maxis mula dilancarkan pada 1995 manakala Hotlink empat tahun selepas itu.

Jenama Maxis amat berkaitan dengan aktiviti pascabayar, manakala Hotlink menjurus kepada prabayar.

Penjenamaan semula Hotlink membolehkan pihak Maxis memberikan imej yang konsisten antara Maxis dan Hotlink.

“Inilah masa memberikan kedua-dua jenama besar kami lebih rapat memandangkan mereka telah berada di pasaran lebih 10 tahun lalu,” katanya semasa majlis Penjenamaan Semula Hotlink di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Integrasi antara dua jenama yang berkaitan akan membawa kejayaan menerusi perkongsian identiti korporat dan juga menerusi elemen logo Maxis dalam logo Hotlink.

Selain itu kedua-dua jenama akan dibina pada nilai jenama Kreatif, Ringkas dan Boleh dipercayai tetapi dengan personaliti masing-masing.

Sebagai sebahagian integrasi, jenama Hotlink akan diperbaharui dan kempen penjenamaan semula jenama Hotlink dengan moto There’s always more with Hotlink.

Dalam Internet mudah alih, Maxis merupakan telco yang pertama menawarkan BlackBerry kepada pelanggan mudah alih dengan pakej perkhidmatan pilihan daripada e-mel kepada fungsi mesej sosial.

Pelanggan Hotlink boleh menikmati perkhidmatan BlackBerry daripada Maxis dengan pakej serendah RM28 sebulan.

Pengguna Hotlink boleh mendapatkan BlackBerry Curve 8520 pada harga istimewa RM899 dengan mana-mana pakej Perkhidmatan Internet BlackBerry.

-utusanmalaysia




83 total views, no views today

Belajar secara maya guna iPhone

me 02.1 Belajar secara maya guna iPhone

Aiman Ahmad Marzio (kanan) dan Ellya Sam pada Pelancaran Pendidikan Bersama iPhone 3GS oleh Maxis, Kuala Lumpur baru-baru ini.



SERAMAI 200 orang pelajar Sekolah Cempaka, Kuala Lumpur akan berpeluang belajar menggunakan iPhone 3GS daripada Maxis Communication Berhad (Maxis).

Majlis yang dilancarkan oleh Naib Presiden Maxis Communications Berhad, Fitri Abdullah dan Naib Presiden Sekolah Cempaka, Dr. Iskandar Rizal Hamzah akan mengedarkan 100 unit iPhone 3GS sebagai sebahagian daripada program Virtual Learning Environment (VLE).

Sekolah Cempaka telah mewujudkan program VLE sebagai landasan yang sesuai bagi Internet menggunakan iPhone dan sebagai tambahan sekolah akan memperkenalkan siri aplikasi iPhone yang akan digunakan dalam kurikulum setiap hari.

Fitri berkata, sejak revolusi iPhone 3GS dilancarkan pada 31 Julai lalu di negara ini, pihaknya mendapat pelbagai reaksi positif memandangkan fenomena iPhone 3GS adalah di peringkat global.

“Kami amat berbangga mengumumkan kerjasama dengan Sekolah Cempaka bagi membolehkan pelajar belajar menggunakan iPhone 3GS daripada Maxis memandangkan ia sesuai bagi bermain, belajar dan bekerja.

“Malah telefon bimbit ini lebih menarik apabila digunakan dalam pembelajaran di luar bilik darjah dengan adanya promosi bagi pelajar, guru serta kakitangan yang berminat untuk mendapatkan iPhone 3GS dari Maxis,” katanya.

Sementara itu, Dr. Iskandar Rizal menambah, Sekolah Cempaka telah menggunakan teknologi dalam kelas sejak lama dulu.

“Kami telah memperkenalkan MacBook bagi setiap pelajar sekolah menengah pada tahun 2007 dan kami melihat iPhone akan menjadi salah satu bahan pembelajaran.

“Kini dengan komputer riba, pelajar boleh mendapatkan maklumat secara dalam talian, berkomunikasi, mengakses dan menghantar kerja sekolah serta membikin filem serta projek,” katanya.

iPhone akan membuka aplikasi baru dan akan memberikan kemudahan kepada pelajar untuk mudah berhubung antara satu sama lain dan mempunyai akses sedia ada di luar bilik darjah.

Justeru, apabila pelajar menjalankan tugas luar, mereka boleh menggunakan iPhone untuk merekod, merakam gambar, temu bual dan merakam video.

Kolej Wanita Antarabangsa Cempaka (CILC) yang akan mengambil pelajar baru tahun ini akan membekalkan iPhone kepada pelajar sebagai sebahagian daripada persekitaran pembelajaran.

“Kami telah mempunyai semua sumber bagi penggunaan iPhone dan sentiasa membangunkan aplikasi sendiri,” katanya.

Kolej yang pertama seumpamanya akan dilengkapi dengan WiFi bagi memudahkan pelajarnya mendapatkan akses Internet.

Maxis mengadakan pameran bergerak di Sekolah Cempaka Damansara Heights bermula 13 September bagi membawa pengalaman iPhone 3GS lebih dekat dengan pelajar dan guru.

Dr. Iskandar Rizal berkata, pihaknya mungkin akan menjalinkan kerjasama dengan sekolah lain mengenai pengguna iPhone.

“Ini mungkin akan mengambil masa yang lama selepas kami membangunkan aplikasi sendiri,” katanya.

Sebahagian daripada pameran bergerak adalah untuk memberikan kemudahan kepada ibu bapa dan pelajar menggunakan rangkaian Maxis dengan pelan Value Plus Family.

Hanya dengan komitmen bulanan RM30, pelan Value Plus Family menawarkan 20 jam panggilan suara atau video percuma dan 2,000 SMS percuma bagi talian utama bagi talian tambahan.

Terdapat juga 15 jam panggilan suara atau video percuma dan 1,500 SMS bagi talian tambahan untuk memanggil talian utama dan talian tambahan.

Selain itu bagi Sekolah Cempaka, pelajar, ibu bapa dan kakitangan akan menikmati 38 jam panggilan percuma intra-komuniti dan 500 SMS sebulan sebagai sebahagian promosi Maxis bagi Sekolah Cempaka.

-utusanmalaysia




148 total views, no views today

Pakej jalur lebar Maxis murah

ne 11.1 Pakej jalur lebar Maxis murah

AFIZULAZHA (empat dari kiri ) dan Nikolai Dobberstein (lima dari kiri) bersama maskot Maxis (duduk tengah) pada majlis pelancaran pakej jalur lebar terbaru Maxis di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Maxis Communications Bhd. (Maxis) melancarkan kempen jalur lebar terbarunya, Something for Everybody, sebagai usaha menyediakan pakej terbaik untuk memenuhi keperluan pelanggannya yang berbeza.

Pengurus Besar Kanannya, Afizulazha Abdullah berkata, tawaran pakej yang bermula serendah RM8 sehari sehingga RM48 sebulan itu bertujuan untuk meningkatkan pengalaman dan kepuasan pelanggan.

“Pakej jalur lebar ini direka untuk memenuhi corak penggunaan Internet di kalangan pengguna dan dalam masa yang sama akan memberikan penjimatan dengan kos efektif ketika melayari Internet dalam talian.

“Pelanggan hanya perlu bayar untuk apa yang mereka perlukan sahaja,” katanya pada sidang media sempena pelancaran kempen Something for Everybody di sini semalam.

Turut hadir ialah Ketua Strategi dan Ketua Jalur Lebar Maxis, Dr. Nikolai Dobberstein.

Afizulazha menjelaskan, bagi pakej harian jalur lebar prabayar, kadar penggunaan bagi pakej sehari ialah RM8 dan pakej mingguan (tujuh hari) pula ialah sebanyak RM25.

Kelajuan bagi semua pakej tersebut adalah sama iaitu pada kadar kelajuan perpindahan data 7.2 megabit sesaat menerusi rangkaian kepantasan Maxis yang telah diluaskan.

-kosmo




162 total views, no views today