Pada hari AHAD yang lalu ada offday saya pada jadual syif saya yang lepas….
memang perancangan saya DUA MINGGU sebelum tu sebab nak buat gathering
adik beradik famili saya yang melibatkan adik bongsu saya -blogger MALY.
Bukan apa masa kitorang buat makan kat SEKINCHAN IKAN BAKAR kat
Kajang tempohari dia masih lagi kat kampus…..So itu pasal saya plan nak buat
makan-makan kat Putrajaya rumah adik lelaki saya -blogger SHAKIDDO
memang parents saya pun tinggal kat situ sementara rumah di Kajang tu dalam
proses renovation…..
So setelah difikir-fikirkan untuk memudahkan perjalanan saya decide untuk
belanja kat JM BERIANI HOUSE aje kat Alamanda…
Next time kalau belanja diorang MANHATTAN FISH MARKET pun okey gak
Pose manja adik bongsu saya – blogger MALY
Pemandangan depan pintu masuk JM BERIANI HOUSE….Cantik kan….
Inilah PAPAN TANDA RESTORAN JM BARIANI HOUSE PUTRAJAYA
Menu makanan – Sesetengah MENU ISTIMEWA adalah pada hari tertentu ajeee
Hiasan perabot yang ada….
Tengok gambar menu yang terpampang buat rasa lapar…..
Adik saya blogger SHAKIDDO bersama anaknya ILHAM yang terjaga dari
tido…..
Telur pindang – sekadar hiasan di meja..rasanya takde sape yang interested nak makan telur nie….huhuhu
GAMBAR FAMILI…. Masa nie saya siap bawak TRIPOD kamera DSLR untuk amik
gambar keluarga la kan.Ruang kedai yang agak sempit membuatkan saya kena
cari angle yang sesuai untuk shoot gambar guna TIMER….
Dalam masa yang sama ada satu famili yang lain juga nak makan situ….
diorang jeling2 dan pandang2 je kitorang nie….Siap sound tu :-
Ni photoshoot official untuk restoran nie ker ?
Ek eleh…kata dalam hati saya…. gaya bahasa tubuh diorang menunjukkan rasa
kurang senang bila kami nak amik gambar kat situ….Sebenarnya diorang tu
angin kat budak restoran tu sebab tak nak entertain diorang untuk sambung
meja ( sebab diorang pun ramai ) siap suruh makan kat meja luar yang
panas terik tu…..
Apa laa….. MARAHKAN NYAMUK KELAMBU DIBAKOR !!!! HEHEHEE…At
last dapat gak la saya amik satu snap gambar tu kan….
Dari kanan : wife SHAKIDDO bersama adik2 perempuannya…..
Adik perempuan saya yang tengah pregnant bersama en. somi ….Kalau tak silap
ujung bulan JULAI dapat la saya anak sedara orang lagi…dia nie pun blogger
gak >> DHIYA86 <<
Nasi beriani biasa je ngan sedikit acar buah….. Kalau nak nasi beriani gambar
ada time ari JUMAAT dan SABTU je kot….
Semangkuk kuah dalca untuk saya…..
Ayam masak merah ???….. Minyak lebih siot… lain kali kena bawak OIL FILTER
sekali nie…. Parents saya dan SHAKIDDO makan lauk kambing…..
Teh o ais limau…….
Sirap o laici ais….
Kopi tarik kurang manis…
Air sirap bandung cincau….
Dan jus mangga segar untuk saya….. Time musim panas nie dapat minuman
sejuk cenggini memang best la kan…..
Tapai aiskrim untuk pencuci mulut…..
Mak saya hanya tersenyum bila tengok bil yang kitorang makan…. siap buat
comparison dengan bil SEKINCHAN IKAN BAKAR tu….
1st time amik gambar berdua ngan mak saya….In person ngan ayah je belum lagi
Rumusan makan kat restoran nie :-
- Makanan biasa-biasa aje tidaklah gempak macam branding dia…. mungkin selera
saya tak sama ngan orang lain kan….
-SHORTAGE OF MANPOWER – itu masalah yang saya dapati sebab ada sorang
staf tu dia buat keje multipurpose ( tukang amik order,susun kerusi meja ,angkat
makanan dan jaga kaunter ).Sudah pasti berlaku aksi tidak menang tangan bila
customer datang ramai serentak…..
-Kurang mesra pelanggan – dek kerana pelanggan datang dan pergi sesuka hati
diorang tak dapat beri tumpuan sepenuhnya disertai riak muka stress dan
tension….Upah pekerja sambilan mungkin dapat kurangkan beban kerja
staf di waktu puncak ( makan tengahari )
p/s : Mungkin esok saya buat OFFER MENARIK untuk blogger yang KAKI
WAYANG …..Tunggu post entry saya tau !!!























