Pada hari Jumaat yang lepas…
Saya mendapat jemputan untuk makan malam di majlis Penghargaan Staf Hotel Pan
Pacific KLIA…Itupun sebab saya adalah salah seorang dari AJK Badan Kebajikan tempat
saya bertugas sekarang….
Kebetulan pada masa tue saya sampai agak awal dari para tetamu dan jemputan yang
lain….so sempat la letak barang door gift tu kat meja tempat saya duduk awal-awal….
Bukan aper…saya yang kurang mahir amik gambar nie ditugaskan untuk tangkap gambar
suasana sekitar majlis tersebut….
Kebiasaannya kalau saya pergi majlis makan malam di kebanyakan event di hotel-hotel
seluruh malaysia….. Menu chinese yang selalu jadi pilihan sebagai hidangan akan tetapi
kali nie….agak berbeza skit lauk pauknya…..Dan yang paling best ialah PRAWNS
MASALA …. dekat LAPAN EKOR la saya makan sorang-sorang je…..hehehehe
Lebih kurang cengginilah hidangan pada malam itu….. dan memang tak sempat la
saya nak amikĀ gambar satu persatu lauk nie secara close up kan….sebab member
yang duduk semeja ngan saya nie semua dah lapar … dengan segera la diorang
sambar makanan tue…..
Lepas tu saya makan la sedikit rojak dan buah-buahan sebagai dessert atau pencuci
mulut ….Bila dah settle makan masing-masing amik kamera amik gambar sebagai
stok untuk album FACEBOOK……hahahaha
Dan tahun ini tambah menarik sedikit apabila ada LIVE BAND sambil kitorang semua
berselera menikmati hidangan masing-masing…Cuma bila time nak nyanyi lagu INDON
boleh pulak nyany lagu ” Madu dan Racun ” – sungguh tak kena langsung….
Sebagai penutup acara…..persembahan karaoke bagi staf yang berminat…..Overall
memang seronok la kan….sesekali happy ngan kengkawan opis macam nie….
p/s : Lagu ” Yang penting happy “ buat satu ballroom gelak sakan…..






