
Masih ingat tak lagi post entry saya ambil stok SAMBAL GORENG KENTANG dan REMPEYEK
KACANG TANAH untuk dibuat review di blog nie… ? Sebenarnya saya pergi sendiri berjumpa
dengan tokey tersebut di senawang….Dan sebelum berjumpa saya singgah makan di medan
selera PENGHULU CANTIK ( sila google yea )

Bersama rakan saya …. singgah di kedai makan MAK SITI nie…..dia mencuba MEE JAWA
AYAM GORENG

Bila saya tengok AYAM SEKETUL dengan bahagian isi yang banyak memang membuka
selera nak makan mee jawa nie….dan pastinya akan mengenyangkan perut yang kosong…..

Saya pula mencuba MEE JAWA TULANG – suatu menu yang pertama kali saya jumpa sebab
kat negeri lain takde rasanya…. ataupun saya je yang perasan…..

Untuk menambahkan perisa saya tambah sambal cili homemade kedai mak siti dicampur
bersama dengan mee jawa tulang yang nak makan tue….sedikit unik sebab ianya pekat
manis …..Dan apabila digaulkan dalam pinggan mee tu terus buat saya berselera untuk
meneruskan setiap suapan ….

Tulang yang ada nie masih banyak isinya… maka saya boleh gigit dan makan dagingnya….
makan bersulamkan dengan kuah mee jawa nie menjadikan ianya kombinasi yang sedap
untuk deria rasa kita….

Bagi setiap pinggan ( MEE JAWA TULANG dan AYAM ) ianya berharga RM5 setiap satu….
Suatu sememangnya berbaloi untuk wang anda dalam menikmati menu sarapan pagi yang
sedikit berbeza dari kebiasaan yang kita ambil….
p/s : Kat mana lagi tempat makan best dan sedap di SENAWANG ?













