
Pertamanya….
Saya nak mintak maaf kepada rakan blogger AZWAN ANUAR yang datang jauh
dari PUTRAJAYA semata-mata nak cuba rasa ASAM PEDAS WARUNG MAMA
pada hari sabtu…. Sebab kedai tu ditutup selama 2 hari ( ada kenduri kawin )
Lain kali saya belanja makan-makan kat MMA SANTAI CORNER NILAI……

Oleh kerana sudah tahu sehari awal WARUNG MAMA nie nak tutup pada hari sabtu dan
ahad yang lalu….maka saya sempat la singgah makan pada hari jumaat yang lepas…setelah
pulang dari pejabat….

Tekak ni teringin pulak nak makan nasi paprik…. dan menariknya diorang siap kasi keropok
goreng secara PERCUMA ( tak semua kedai buat camni kan… ) bersama sup kosong…

Memang rezeki saya laaa….
Setiap kali datang makan sini mesti lauk masakan yang dipesan mesti ada mengandungi
udang + ayam dan sotong…..sedap pulak tue….

Dan setelah sekian lama….
Akhirnya saya makan TELUR BUNGKUS EXTRAVAGANZA bersama nasi paprik tue….Kenapa
saya kata sebegitu…?Ia adalah disebabkan JUMLAH ISI AYAM yang ada dalam telur bungkus
tu…. agak banyak untuk seorang makan……Dan saya tahu andai inilah yang menjadi menu
makan malam….sudah pasti saya akan tidur sebelum pukul 10 malam ( kekenyangan … )

Untuk mengelakkan rasa mengantuk selepas makan…. saya minum EPAL ASAM BOI…..rasa
manis + masam-masam sikit kan….Best woo…..
p/s : Stop kejap warung mama nie…. minggu nie nak terjah gerai lain di MMA SANTAI
CORNER NILAI pulakkk….


















