Tag Archives: modem wimax

Produk TERKINI

Modem W1MAX baru

in 03.1 Produk TERKINI

MENERUSI gabungan fungsi router WiFi, DV230 ini mampu menyediakan satu sambungan Internet tanpa wayar.



SYARIKAT telekomunikasi W1MAX Malaysia, Packet One Networks (Malaysia) Sdn. Bhd. (P1) baru-baru ini memperkenalkan model W1MAX terbaru, DV230 yang lebih bergaya dan kompak fungsinya. DV230 hadir dengan penyatuan sistem W1MAX, WiFi dan fungsi suara dalam satu.

in 03.2 Produk TERKINI

P1 berusaha memperbaiki tawaran perkhidmatan dan produknya demi kepuasan pengguna.



in 03.3 Produk TERKINI


Modem W1MAX terbaru ini telah direka berdasarkan input pelanggan. Menerusi gabungan fungsi router WiFi, DV230 ini mampu menyediakan satu sambungan Internet tanpa wayar dan gangguan kepada pengguna berbilang.

Gabungan DV230 dengan rangkaian berprestasi tinggi P1 W1MAX menyediakan penyelesaian terbaik kepada pelanggan yang biasa berkongsi satu sambungan dengan komputer berbilang.

Dengan fungsi router WiFi bina dalam dan prestasi terbaik yang ditawarkan oleh teknologi W1MAX, pengguna tidak perlu mendapatkan router WiFi berasingan.

“Kebanyakan pelanggan telah menikmati manfaat dan prestasi terbaik yang ditawarkan oleh P1 W1MAX serta inginkan peranti yang mudah dikendalikan. Ini bagi berkongsi kadar kepantasan dan prestasi P1 W1MAX tanpa melibatkan peralatan tambahan. DV230 menyampaikan semua ini dan menjadikan broadband tanpa wayar generasi seterusnya lebih mampu milik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif P1, Michael Lai.

Sebagai sebuah syarikat telekomunikasi berorientasikan pelanggan, P1 berusaha memperbaiki tawaran perkhidmatan dan produknya demi kepuasan pengguna.

Selain mampu milik dan menawarkan rangkaian sambungan WiFi yang ringkas serta pantas, DV230 juga membolehkan pengguna mewujudkan hotspot mikro di mana adanya liputan P1 W1MAX.

Peranti ini juga dilengkapi dengan sebuah pangkalan yang membolehkan telefon biasa dipasang terus ke dalam modem. Ini akan menawarkan pilihan bagi produk masa depan dan perkhidmatan naik taraf kepada pelanggan P1 tanpa melibatkan banyak kos tambahan.

“Dengan adanya modem W1MAX DV230, kami ingin mendekatkan pelanggan dengan teknologi yang ditawarkan oleh W1MAX. DV230 menjanjikan cabaran dalam pasaran broadband dengan menyediakan nilai serta fungsi yang lebih baik,” tambahnya.

DV230 boleh didapati pada pelan langganan 12 bulan dan 24 bulan. Sebagai bonus, DV230 juga menyediakan waranti dua tahun secara percuma untuk peranti apabila pelanggan melanggan dengan pelan P1 W1MAX 24 bulan terpilih.

Sejak dilancarkan pada Ogos lalu, liputan perkhidmatan P1 W1MAX kini merangkumi kebanyakan kawasan di Lembah Klang dan lokasi terpilih di Johor, Kedah dan Pulau Pinang.

Olympus E-420

KAMERA digital refleks Olympus E-420 ini ialah sebuah gajet SLR yang sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin merasai kuasa serta prestasi digital SLR (DSLR) refleks lensa tunggal. Pengguna boleh menikmati kemudahan merakamkan imej menerusi kamera DSLR 10 megapiksel yang menawarkan teknologi terkini. Dengan berat 380 gram, Olympus E-420 adalah 20 hingga 40 peratus lebih ringan berbanding kamera DSLR yang lain.

in 03.4 Produk TERKINI

KAMERA digital refleks Olympus E-420 ini didatangkan dengan skrin LCD 2.7 inci dan beberapa ciri mesra pengguna.



Antara ciri menarik pada kamera ini termasuk Live View yang membolehkan pengguna meletakkan kamera berinteraksi dengan subjek, biarpun dari jarak jauh. Selain itu, ia didatangkan dengan skrin LCD 2.7 inci dan beberapa ciri mesra pengguna yang lain. Ciri On-Screen Autofocus yang pantas, Pengecaman Wajah, Teknologi Penyelarasan Bayang-bayang dan Perfect Shot Perfect adalah antara yang ditawarkan oleh Live View.

Dinobatkan sebagai DSLR terkecil dan paling ringan di dunia, Olympus juga mendakwa E-420 menawarkan keterperincian warna dan sudut pandangan yang lebih luas.

Vostro 1520 & Vostro 1320

KOMPUTER riba Vostro terbaru keluaran Dell telah direka untuk memenuhi keperluan perniagaan kecil sekali gus memaksimumkan produktiviti pengguna. Ia didatangkan bersama perisian kamera web dan persidangan video

prapasang secara percuma dengan pembelian mikrofon dan kamera web bersepadu.

Dibina khas untuk menangani soal keselamatan data peniaga-peniaga kecil, komputer riba Vostro yang telah dikemaskini itu menawarkan pilihan keselamatan yang lebih menyeluruh. Ini termasuk teknologi pengecaman cap jari dengan perisian yang mudah digunakan untuk melindungi data menerusi pengesahan faktor berbilang.

in 03.5 Produk TERKINI

KOMPUTER riba Vostro ini menawarkan pilihan keselamatan yang lebih menyeluruh.



Selain itu, Vostro juga akan terus menyediakan perkhidmatan dan produk yang selari dengan keperluan khas perniagaan berskala kecil dan sederhana. Turut dimuatkan dengan perisian terpilih adalah polisi pengembalian Vostro Dell dalam tempoh 30 hari. Ia juga dilengkapi dengan Encrypted Hard Drive dan perisian Sistem Wave yang dengan mudah boleh mengenkripsi data tanpa menjejaskan prestasi sistem.

Lebih menarik, perkhidmatan Dell CompleteCare dan Dell ProSupport membolehkan pelanggan menyesuai perkhidmatan mengikut keperluan perniagaan dan kepakaran teknikal masing-masing. Penyelesaian mobiliti mampu milik untuk perniagaan berskala kecil ini boleh didapati pada harga RM2,499 (Vostro 1320) dan RM2,699 (Vostro 1520).

-kosmo