Pada hari ISNIN yang lepas saya sekali lagi telah berjaya melakukan aktiviti
riadah feveret saya iaitu movies marathon.Seperti biasa tempat lokasi untuk
tayangan panggung wayang gambar saya ialah di GSC MIDVALLEY.
Yea….saya mulakan dengan bersarapan di FOOD COURT tingkat atas MID
VALLEY.Menu kuetiaw gorang AYAM potong……dengan harga RM7.00 tidak
tidak termasuk cukai yang berkaitan…..
Movie PERTAMA – AKU MASIH DARA suatu filem yang berbentuk keagamaan
mengenai permasalahan gadis remaja mengenai gaya hidup bebas sehingga
ada sanggup gadaikan mahkota ( DARA ).Penuh dengan mesej yang boleh
menginsafkan kita.Salah satu darinya ialah BILAKAH KALI TERAKHIR
KITA BACA AL QURAN ? Adakah anak-anak kita pandai dan fasih
membaca al-quran?
Persoalan yang ditujukan secara tidak langsung kepada kita semua…..
Movie KEDUA ialah GULLIVER’S TRAVEL – mengenai cerita salah satu kisah
lagenda inggeris tentang seorang manusia yang terdampar di suatu pulau
yang didiami oleh suatu kelompok manusia amat kecil…Diolah dengan cara
yang lebih moden berbanding versi kartun yang biasa saya lihat semasa
zaman kanak-kanak……
Menu makan tengahari – NASI GORENG DAGING MERAH dan air NESCAFE AIS..
Yang menariknya saya beli set makanan nie kat FOOD COURT bawah MID VALLEY
di mana selama ini saya terlepas pandang.Harga makanan seperti kedai tomyam
di luar…..ya amat MURAH berbanding fastfood tau….Nasi =RM4.50 dan air tu
RM1.70 tanpa apa-apa kos cukai.
Movie KETIGA – filem HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH suatu filem arahan
MAMAT KHALID merupakan sekuel kepada filem ZOMBIE KAMPUNG PISANG.
Dengan mengekalkan kebanyakan pelakon yang terdahulu filem ini juga ada
mesej tersirat yang nak disampaikan melalui dialog
Menu TERAKHIR ialah Nasi putih + ayam masak merah bersama SUP KOSONG.Sungguh
mengenyangkan apabila dimakan bersama
TELUR BUNGKUS….hehehhee
p/s : Tengah belajar teknik ambil gambar
makanan supaya lebih menarik


















