Tag Archives: netbook

Lebih kuasa dengan TimelineX




in 02.1 Lebih kuasa dengan TimelineX

TIMELINE X seberat 2.2 kilogram dan setebal 24 mm amat sesuai bagi pengguna yang banyak bertugas di luar.


PERANTI komputer riba merupakan aksesori penting dalam kehidupan masyarakat hari ini untuk mempermudahkan lagi perjalanan kehidupan mereka.

Dengan adanya komputer riba, pengguna dapat menjalankan urus niaga, pembentangan mesyuarat atau melayari Internet di mana sahaja dengan lebih mudah.

Bagaimanapun, komputer riba yang tidak mempunyai ciri-ciri seperti ringan, nipis dan ketahanan jangka hayat bateri kadangkala membantutkan segala urusan pengguna.

Ini semua bakal berubah apabila Acer Sales and Services Sdn. Bhd. memperkenalkan Aspire TimelineX 4820TG yang mempunyai reka bentuk nipis, berprestasi tinggi dan jangka hayat bateri lebih lama.

Gajet baru TimelineX boleh digunakan dalam tempoh lebih lama dengan prestasi tambahan sehingga 12 jam bergantung kepada penggunaannya. Ini semua dapat dilakukan melalui teknologi kuasa pintar hanya dengan menekan butang PowerSmart.

Teknologi PowerSmart dapat membantu memanjangkan jangka hayat bateri secara automatik dengan mengubahsuai tahap warna dan kecerahan komputer riba tersebut untuk memberi prestasi optimum.

TimelineX turut disokong oleh unit pemproses baru Intel Core i5 bagi prestasi yang diperlukan dan diadaptasikan kepada keperluan pengguna.

Ia amat sesuai digunakan dalam aplikasi grafik terkini, multimedia definisi tinggi (HD), sistem audio Dolby Home Theater. Peminat permainan video, pencinta muzik dan filem pasti akan merasai kepuasan apabila menggunakan komputer riba ini.

Dalam pada itu, pengguna yang menggunakan TimelineX dapat mengurangkan 66 peratus tenaga elektrik apabila bateri dicas penuh kerana bekalan elektrik akan diputuskan sekali gus mengurangkan penggunaan tenaga dan tekanan ke atas bateri.

in 02.2 Lebih kuasa dengan TimelineX

PAPAN kekunci menarik dan kerangka aluminium hitam menjadikan komputer TimelineX memenuhi cita rasa pengguna.


Reka bentuk menarik dan terkini, bahkan gajet seberat 2.2 kilogram (kg) serta mempunyai ketebalan 24 milimeter (mm) mudah dibawa ke mana-mana sahaja khususnya bagi mereka yang sentiasa mengembara untuk menghadiri mesyuarat atau melakukan urus niaga.

Pengurus Besar Acer Sales and Services, Ricky Tan berkata, rangkaian TimelineX adalah susulan daripada Timeline yang dilancarkan pada Mei tahun lalu dengan jualan sebanyak 36,000 buah.

“Rangkaian TimelineX baru ini menawarkan prestasi, jangka hayat bateri lebih lama dan reka bentuk nipis yang mudah dibawa.

“Siri Timeline sebelum ini, digunakan oleh ramai pengguna Malaysia yang mahukan komputer riba yang mampu memenuhi keperluan mereka dari segi prestasi dan reka bentuk. Oleh itu, TimelineX selari dengan aliran dan kehendak pasaran yang sentiasa berubah,” katanya.

Tambahnya lagi, pihaknya menjangka pengenalan TimelineX dapat mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai jenama komputer riba paling digemari di Malaysia. Kita menjangka penguasaan pasaran bagi komputer riba bertambah pada tahun ini.

TimelineX yang mempunyai penampilan kemas dengan kerangka luaran berwarna aluminium hitam didatangkan pada harga RM2,999. Maklumat lanjut mengenai gajet berkenaan boleh melayari laman web www.acer.com.my.

-kosmo

NOKIA BOOKLET 3G

Komputer riba versi telefon bimbit

in 07.1 NOKIA BOOKLET 3G

SEGALA fungsi yang ada di dalam telefon bimbit turut diperoleh pada Nokia Booklet 3G.


BAGI peminat setia gajet yang sentiasa mengikuti kemunculan pelbagai produk teknologi terbaru, anda pastinya tidak mahu ketinggalan untuk mengetahui kecanggihan komputer riba mini keluaran Nokia.

Selama ini, jenama Nokia hanya dikenali sebagai pengeluar telefon bimbit utama dunia. Bagaimanapun, Nokia telah memecahkan tradisi itu apabila berani menghasilkan gajet baru buat para peminatnya.

Nokia ingin membuktikan kepada dunia bahawa jenamanya juga mampu meneroka pelbagai aspek peralatan teknologi dengan menghasilkan Nokia Booklet 3G. Produk itu bakal menjadi pesaing hebat dengan pengeluar komputer riba yang sedia ada di pasaran.

Kecanggihan Nokia Booklet 3G ini didatangkan bersama layar kaca berdefinisi tinggi (High-definition atau HD) bersaiz 10 inci dengan pemproses Intel Atom yang cekap. Nokia Booklet 3G memiliki prestasi bateri yang mampu bertahan sehingga 12 jam.

in 07.2 NOKIA BOOKLET 3G


Ia sekali gus membolehkan orang ramai menggunakan komputer riba mini itu tanpa perlu berasa bimbang mengenai baterinya. Anda juga bakal merasai pengalaman yang hebat melalui pelbagai aplikasinya. Selain itu, Nokia Booklet 3G menggunakan kerangka aluminium yang tahan lasak dengan berat hanya 1.25 kilogram.

Nokia Booklet 3G menawarkan pelbagai pilihan aplikasi yang sebelum ini mungkin ada pada telefon bimbit anda sahaja. Antaranya, kehebatan penggunaan 3G, High Speed Packet Access (HSPA) dan Wi-Fi untuk meningkatkan kelajuan akses Internet.

“Orang ramai kini semakin mengimpikan teknologi komputer riba yang turut mempunyai fungsi seperti sebuah telefon bimbit. Memandangkan Nokia adalah pengeluar peralatan komunikasi untuk kegunaan orang ramai, maka Nokia Booklet 3G mencetuskan satu revolusi semula jadi kepada kami.

“Lagipun Nokia memang terkenal dengan kemajuan teknologi telefon bimbit yang mempunyai pelbagai fungsi menarik. Sesuailah jika Nokia mengeluarkan komputer riba mini bagi kegunaan massa,” kata Naib Eksekutif Presiden Nokia untuk Alat-Alat, Kai Oistamo.

in 07.3 NOKIA BOOKLET 3G

NOKIA maju selangkah dalam sektor teknologi dengan keluaran Nokia Booklet 3G.


Nokia Booklet 3G yang berharga AS$810 (RM2,900) itu juga dilengkapi dengan ciri High-Definition Multimedia Interface (HDMI) untuk tontonan video yang berkualiti.

Malah di hadapan skrin kaca itu juga, terdapat kamera untuk memudahkan anda membuat panggilan video dengan jelas, di samping penggunaan sistem Bluetooth serta integrasi pembaca keselamatan kad digital. Bukan itu sahaja, penggunaan skrin HD bersedia untuk membantu anda menggunakan Assisted GPS (A-GPS) yang berfungsi bagi memudahkan pengguna mencari arah tuju sesuatu lokasi.

Sistem tersebut bekerjasama dengan peta Ovi yang membolehkan pengguna mengetahui lokasi sebenar mereka dalam tempoh beberapa saat sahaja.
-kosmo




Seiring prestasi dan gaya

me 03.1 Seiring prestasi dan gaya


MENAWARKAN fungsi pengkomputeran tanpa kompromi, pengeluar produk komputer terkenal, Dell kini memperluaskan siri komputer riba untuk generasi Vostro.

Menerusi Vostro 1220, ia dibangunkan secara eksklusif dengan menyasarkan golongan pengguna di kalangan ahli-ahli perniagaan yang sering mengembara untuk urusan tugasan.

Untuk tujuan itu, ia mempunyai rekaan kompak, ringan dan nipis selain memberi tumpuan khusus terhadap keupayaan bateri dan fungsi sekuriti.

Pengguna juga tentunya akan berpuas hati dengan spesifikasi seperti paparan skrin 12.1 inci, ketahanan bateri selama sembilan jam serta menggunakan pemproses Intel Core 2 Duo.

Menurut Pengurus Besar Perniagaan Kecil dan Sederhana Dell Asia Selatan, Khoo Teng Guan, kehadiran komputer riba tersebut secara tidak langsung menyokong perkhidmatan Dell kepada para pelanggan mereka.

Melihat dari sudut produktivitinya, model tersebut dilengkapi dengan kemudahan perisian sidang video dan perbualan video yang diintegrasikan bersama kamera web dan mikrofon.

Bagi keupayaan keselamatan pula, ia mempunyai peranti bacaan cap jari dengan perisian yang mudah digunakan tanpa mengganggu sistem prestasi.

Capaian kepada sambungan internet juga mudah untuk dilaksanakan menerusi perkhidmatan wayarles LAN 802.11 dan juga aplikasi sambungan jalur lebar mobiliti.

Dell Vostro 1220 kini ditawarkan pada harga pasaran RM2,999. Maklumat dan spesifikasi lengkap boleh diperolehi di laman web www.dell.com/vostro.

-utusan




Rangkaian komputer buku Samsung

me 02.1 Rangkaian komputer buku Samsung


SAMSUNG Electronics Malaysia (Samsung) melangkah setapak lagi dalam teknologi komputer riba dengan melancarkan satu rangkaian komputer riba yang mampu dimiliki.

Menerusi rangkaian berkenaan, Samsung menawarkan komputer riba berprestasi tinggi sehingga kepada yang sesuai bagi pengguna biasa.

Ini termasuk mini notebook bagi spektrum pengguna yang luas, kapasiti bateri sehingga 10 jam dan ringan tanpa meninggalkan kelebihannya.

Terdiri daripada rangkaian siri X dan R bagi notebook dan siri N bagi mini notebook untuk memenuhi keperluan enterpris, perniagaan kecil dan sederhana serta pelbagai keperluan pengguna.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Samsung Electronics Malaysia, Yoon Ki Heung berkata, pelbagai model notebook daripada siri terbaru Samsung memberikan pengguna penyelesaian kepada pengkomputeran.

Notebook Samsung yang baru merupakan satu kelebihan di dalam pasaran dengan menawarkan pelbagai pilihan bagi pelanggan,” katanya.

Notebook Siri X dibina bagi keupayaan maksimum dengan model X360 dengan skrin 13.3 inci adalah yang ternipis dan ringan dalam kelasnya.

X360 dengan berat 1.29 kilogram (kg) dan boleh digunakan berterusan selama 10 jam serta menyokong paparan 300 nits SuperBright LED backlit dan sesuai untuk golongan profesional.

Model R470 dengan paparan LED 14.0 inci memaparkan inovatif kalis air pada sistem bagi menghalang kerosakan jika cecair tumpah pada permukaan notebook.

N110 pula adalah notebook paling kecil dan ringan serta mempunyai jangka hayat bateri selama 9.5 jam menjadikannya pilihan bagi mereka yang suka mengembara atau banyak tugasan di luar.

Rekaan ergonomik memudahkan penggunaan selain petak papan kekunci yang lebar bagi memudahkan dan mempercepatkan tugasan menaip.

Rangkaian komputer notebook Samsung telah berada di pasaran dan mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut boleh melayari laman sesawang www.samsung.com