Pada Hari Raya AidilAdha yang lepas seperti biasa saya sebagaimana tahun-
tahun yang lepas saya akan bertugas di pejabat.Pada tahun ini saya kena kerja
dari pagi sampai la ke malam.Kena cover member yang cuti – kebetulan pula
dia memang sedang sarat mengandung anak ketiga.Maka adalah tidak wajar
bagi untuk dia keja syif petang ( balik malam ).
Yeah…. untuk pengetahuan semua saya nie kerja dalam bidang khidmat
pelanggan la secara amnya….. Dan kerja syif ( pagi dan petang ).Namun walau
kerja dan berhari raya di pejabat …. juadah hari raya tetap ada …. mewah juga.
Macam biasa…. ada lemang , rendang , ketupat n kuah kacang….memang
banyak la member-member lain bawak…..Ia membuatkan saya merasa
kenyang teramat sangat……
Yang peliknya…. entah bagaimana saya merasakan saya berada di sebuah
Pusat Perubatan & Bersalin di bandar SHAH ALAM…..

sumber: http://shakiddo.blogspot.com
Setelah itu saya terdengar tangisan bayi kecil ….. nyaring sungguh bunyinya…
Kelihatan pula wajah bayi kecil yang menangis tadi di hadapan mata saya….
sumber : http://dhiyaz86.blogspot.com/
Pandangan kali pertama……cukup manja siap kenyit mata lagi….
Dah pandai main-main mata yea…..lalu dia berkata :
Uikkk…. IDEA yang sungguh bernas nie…… Tapi ayat kedua lain pula bunyinya :
Hai…. PAK CHAQ( panggilan famili ) bila lagi nak tunjukkan MAK
CHAQ kat saya nie…..?
Geram pula bila dia tanya soalan sensitif itu…. rasa marah menjelma sambil
jari jemari saya dah siap sedia nak cubit mulutnya….. Malangnya bayangannya
hilang begitu sahaja……
Tak semena-mena baru saya sedar ia hanyalah ‘kisah’ di sebalik lamunan
saya akibat kekenyangan menjamu juadah hari raya….. Haishhhh….Tapi
ianya suatu yang indah dan saya rasakan peristiwa itu sebagai
MY MAGICAL JOURNEY – untuk mendapatkan cahaya mata…….
Jauh di sudut hati saya sentiasa berdoa agar dipermudahkan mendapat jodoh
dengan insan yang saya S.A.Y.A.N.G…..Dan mempunyai anak bersama dalam
membina keluarga bahagia….
p/s : Selamat datang ke dunia wahai anak saudaraku -Muhammad Nizarul Ilham.
Doakan PAK CHAQ dipermudahkan dapat mengahwini insan yang telah lama
menyayangi diri ini…..