Dua hari lepas…
Terjah blog TOKEY WAFEL DURIAN nie…dia citer pasal menu terbaru dari
restoran makanan segera KFC iaitu KFC FLAMING CRUNCH

Poster promosi amik dari FANPAGE KFC - Macam biasa la kan gambar di atas adalah
untuk tujuan promosi…. ( ilustrasi sahaja tau )

So lepas balik kerja semalam singgah la kat KFC BANDAR BARU SALAK TINGGI… siap
selamba je boleh pergi order SNACK PLATE + DINNER PLATE ( saya dan housemate )
Cuma dalam kepala nie masih teringat lagi makan TRAGEDI MAKAN OLE POCKETFUL
HANGUS kat sini jugak laaa….



Okey,….
Gambar-gambar di atas adalah bahagian-bahagian yang macam terlebih goreng pada
pandangan mata saya tak berapa pandai nak masak la kan….Sekadar sedikit menganggu
tumpuan visual mata untuk enjoy makan KFC FLAMING CRUNCH nie…

Sebelum ZOOM seperti gambar sebelum nie…. takde nampak part-part yang hitam tue….
maksud saya yang GELAP tue kan…Tengok dari atas okey jeee

Bukan aper…
Kalau ikutkan saya ….biarlah setiap bahagian ketulan ayam tu masak/goreng sekata
macam gambar ayam nie….at least takde la LARI SANGAT DARI GAMBAR POSTER KFC
FLAMMING CRUNCH tu kan….
Anyway dari segi rasa LEBIH KURANG JE MACAM HOT N SPICY tu…. cuma lebih rangup
sebab ada emping jagung tue….Dan kalau baca kat FANPAGE KFC tu ade gak yang
tak suka…. Normal la kan – ikut selera masing-masing…..
Dan AYAM NIE SAYA TAKEAWAY makan kat umah…. so takde la sempat nak tanya kat
budak kaunter/kitchen mahupun SUPERVISOR kenapa ada ayam masak tak sekata atau
rupanya memang macam tu la kan….
Apapun ianya adalah pandangan peribadi saya pasal menu terbaru KFC nie…walaupun
citer macam membebel tapi habis jugak tau …. hahahha….
p/s : Cuma ayam KFC sekarang nie dah makin mengecil tau !!!































