Tag Archives: panduan temuduga

KERJA KERAJAAN – EDISI KEMASKINI

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ANDA SEMUA,

Hazman, saya ingin bertanya dengan ANDA 
berapa kali ANDA  gagal dalam temuduga? 

Sekali, dua kali atau banyak kali? Atau tidak pernah?

Apapun jawapan ANDA itu tidak penting.

Memang ramai di antara kita sering gagal dalam temuduga
terutamanya temuduga bagi sektor awamSaya sendiri juga pernah
mencapai kegagalan dalam temuduga beberapa kali.

Adakah dengan kegagalan demi kegagalan tersebut
ANDA  menganggap ANDA  tidak akan dapat
kejayaan pada masa akan datang? 

Dari tinjauan saya, memang ramai calon yang pernah gagal
berulangkali dalam temuduga di sektor awam. Ada yang
gagal sekali, dua kali, 4 kali dan paling banyak 12 kali.

Mengapa kita boleh gagal berulang kali? Apakah puncanya?

Di sini mungkin ada jawapannya untuk ANDA . Punca
kenapa ANDA  gagal berulang kali dalam temuduga
dapat diklasifikasikan seperti di bawah:

1. Membuat persediaan yang serupa saja dengan persiapan
yang telah dilakukan dalam temuduga sebelumnya.

2. Tidak tahu sumber rujukan yang sebenarnya bagi tujuan
persiapan menghadiri temuduga

3. Tidak memotivasikan diri berdasarkan
pengalaman-pengalaman yang lepas.

4. LEMAH SEMANGAT – ramai yang lemah semangat selepas
mengalami kegagalan demi kegagalan. Dan akhirnya berputus
asa.

Kini, ANDA perlu keluar dari kisah kegagalan
ANDA yang telah dialami dahulu. Lupakan kekecewaan
yang telah dialami dan buka nota baru dalam hidup
ANDA . Usah dikenang yang lama, kelak merana
diri:) (macam puisi pulak). Dengan melupakan kekecewaan
yang lalu, ANDA akan memulakan langkah menuju ke
arah KEJAYAAN – iaitu berjaya mendapat kerja di sektor
awam
. Ikuti tips-tips di bawah:

1. Ubah cara dan strategi persiapan ANDA dalam
menghadapi temuduga. Jika sebelum ini ANDA suka
membuat persiapan di saat akhir, ubahkannya dengan membuat
persediaan yang lebih awal. Jika sebelum ini ANDA
tidak pernah merancang apa-apa tindakan yang perlu dibuat,
kini buat perancangan teliti. GAGAL MERANCANG ADALAH
MERANCANG UNTUK GAGAL. Pegang kata-kata tersebut!
Kebanyakan orang yang berjaya, adalah mereka yang membuat
perancangan. Ambil masa membuat perancangan, kerana
dengannya ANDA akan dapat menjimatkan masa,
meningkatkan kualiti dan juga menjimatkan kos (dalam
membuat persediaan temuduga). Dan juga outputnya (kekuatan
anda sendiri) amatlah menakjubkan semasa menghadiri
temuduga kelak.

2. Usah membuang masa lagi tercari-cari sumber rujukan yang
sesuai untuk menghadapi temuduga. Buka je internet,
cari..Insyallah banyak info yang diperlukan ANDA
akan dijumpai. Sebagai contoh, jika ANDA  taip
perkataan ”temuduga” di google search, pasti
Hazman  akan menjumpai ebook Rahsia Lulus Temuduga
Kerja Kerajaan ini icon smile KERJA KERAJAAN   EDISI KEMASKINI . Kan ANDA dikira beruntung.
Tidak perlu lagi tercari-cari di  kedai buku, tercari-cari
kawan untuk bertanya, pegi  sana sini yang mana semuanya
merugikan masa ANDA. Suatu info yang tepat
berkenaan apa yang diperlukan oleh ANDA sudah
pasti amat menguntungkan!

3. Belajar dari kesilapan yang lalu. Cuba ANDA
fikirkan, apakah sebabnya ANDA gagal dalam
temuduga yang lepas. Cuba bayangkan sesi temuduga yang lalu
di fikiran ANDA. Adakah dulu ANDA sudah
membuat yang terbaik dalam temuduga? Jika ya, cuba fikirkan
pula, adakah ANDA memberikan persembahan menarik di
mata penemuduga pula. Seterusnya, jangan diulangi kesilapan
yang serupa. Apa yang penting, tingkatkan keyakinan diri,
kesungguhan, kerajinan dan yang paling penting FIKIRKAN
BOLEH. Seperti lagu popular tahun 80-an:

  ” Jika kau fikirkan kau boleh,
    Kau pasti boleh melakukan,
    Jika kau fikirkan ragu-ragu,
    Usahamu tidak menentu…..”

4. Jangan biarkan ANDA  menjadi lemah semangat dek
kegagalan yang lalu. Dalam Islam pun kita diajar supaya
jangan mudah untuk berputus asa mahupun lemah semangat.
Jika ANDA lemah semangat, satu kerja pun tidak
menjadi. Oleh itu, usah biarkan ANDA hilang
semangat. Semangat juang yang tinggi diperlukan demi
mencapai cita-cita ANDA iaitu bergelar penjawat
awam. Jika ANDA kehilangan semangat, selalulah
berdoa kepada TUHAN moga dimurahkan rezeki. Yakin kepadaNYA
bahawa setiap insan dimuka bumi ini ada rezekinya. Anggaplah
kegagalan itu sebagai batu loncatan untuk ANDA
mendapat kejayaan yang akan mendatang. Satu tips menarik
dari saya, jika ANDA hilang semangat, apakata
dengar lagu XPDC yang bertajuk Semangat Yang Hilang icon smile KERJA KERAJAAN   EDISI KEMASKINI .
Semoga lagu tersebut dapat meningkatkan lagi semangat
ANDA dalam menghadapi temudga sekali lagi.

Itulah serba sedikit tips dari saya buat kali ini. Saya
berharap semoga tips dari saya ini dapat membantu
ANDA  dalam menghadapi temuduga nanti. Apapun KITA
HANYA MERANCANG, TUHAN YANG MENENTUKAN.

Apa yang penting, jangan jadikan kegagalan itu sebagai
kesudahan segala usaha ANDA  dalam memburu kerjaya
di sektor awam. Insyallah ada rezeki, tahun ni ANDA
berjaya menjawat jawatan di sektor awam.

Sekian, terima kasih

p/s: Sudahkah ANDA mendapatkan ebook Rahsia Lulus
Temuduga Kerja Kerajaan yang dilengkapi bersama beberapa
ebook yang lain seperti Koleksi Kisah-kisah Temuduga Kerja
Kerajaan, Teknik –Teknik Menjawab Soalan Temuduga, 70
Skema Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan dan lain –
lain?

Jika belum, boleh lah mendapatkannya dengan RM30 di
http://www.kerja-kerajaan.com/order

Anda Beremosi Semasa Sesi TEMUDUGA ?

 Anda Beremosi Semasa Sesi TEMUDUGA ?

Kita sering dengar di mana calon-calon temuduga beremosi
semasa dalam sesi temuduga. Contohnya:

1.Calon naik marah apabila terasa dipermain-mainkan oleh
panel penemuduga..saiko sikit dan melenting

2.Calon sangat sensitif sehingga ada yang menangis jika
dimarahi atau dihina oleh panel penemuduga terutamnya calon
girl la kan…hehehe

3.Calon merasakan diri mereka sangat hebat sehingga
memperlekeh-lekehkan panel penemuduga..tahula diorang tu
lulusan oversea jangan la berlagak kan..

4.Calon terlalu sedih menceritakan kesusahan hidup,
sehingga merayu-rayu kepada panel ” tolongla
encik…kasihanila saya encik” sambil menangis
teresak-esak..

5.Calon amat berlagak, menceritakan diorang anak Datuk,
saudara menteri, ada kabel baik punye….sehinggakan hidung
tu naik tinggi macam Piee Nana Tanjung..

6.Calon me”muncungkan” bibir apabila tidak suka akan
panel yang menemuduga kerana bagi soalan power

7.Dan bermacam-macam ragam lagi la….

Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya kita akan
ditanyakan soalan-soalan yang kita kurang bersedia dan
mampu menyentuh emosi kita. Soalan-soalan ini
kebanyakkannya seolah-olah “mencabar” kewibawaan kita.
Senang cerita – saiko…

Apa yang perlu kita perlu lakukan adalah :

1.Ingatkan diri kita bahawa penemuduga hanya sedang
menguji kita. Umpama orang yang sedang berlakon drama.
Bukannya betul-betul. Panel ni sebenarnya nak lihat reaksi
kita bagaimana. Dari situ mereka boleh menilai akan
keperibadian diri kita sebenarnya. Adakah kita seorang yang
sensitif,garang, bersabar, tenang dan lain-lain.

2.Jawab dengan jelas dan lantang apabila menjawab soalan
berbentuk provokasi ini. Mengapa? Dengan berbuat sebegini,
kita akan menjadi lebih berkeyakinan dan bersemangat dan
tidak mudah diprovokasikan.

3.Kikiskan sifat ego kita jika ada. Kita perlu merendahkan
diri secara sederhana (jangan terlalu merendah diri).
Hormati penemuduga kita, kerana merekalah yang menentukan
samada kita berjaya atau tidak dalam temuduga tersebut.

4.Tenangkan diri kita sebelum menjawab soalan, selalunya
penemuduga akan cuba menggunakan jawapan kita untuk
membidas. Ambil masa sedikit sebelum menjawab soalan yang
ditanya.

5.Banyakkan senyuman. Ya senyuman itu adalah penawar.
Penawar yang mampu melembutkan hati orang yang senyum dan
juga orang yang melihat senyuman kita.

6.Berikan penekanan dalam jawapan kita yang menyokong
butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan
penekanan kepada pencapaian  kita yang tidak boleh dicapai
orang lain. Kiranya  kita  rasakan kita memang
berkelebihan dalam sesuatu bidang.

7.Jangan sesekali menunjukkan kita hilang minat terhadap
pekerjaan ditawarkan. Kita perlu tunjukkan sikap excited
kita kepada panel penemuduga. Penemuduga akan melihat kita
sebagai seorang yang benar-benar inginkan jawatan yang
dipohon.

Sekian saja tips dari saya yang tidak seberapa ni.




SALAH SANGKA mengenai PEGAWAI PENEMUDUGA

 SALAH SANGKA mengenai PEGAWAI PENEMUDUGA

Kali ini saya ingin memberitahu ANDA tentang satu
isu yang agak menarik, iaitu “Salah Anggapan Calon-Calon
Penemuduga..”semasa temuduga.

Biasanya, kita beranggapan kita sudah membuat yang terbaik
semasa temuduga dan berasa yakin akan lulus temuduga
tersebut sekiranya kita:

————————————————————
1. Memiliki Kelulusan Yang Cemerlang Samada Ijazah, Diploma
mahupun Sijil
————————————————————
Bukan begitu sebenarnya. Bukan bekas graduan yang mempunyai
CGPA4.0 yang dicari oleh panel penemuduga akan tetapi adalah
mereka yang mampu dan berkelayakan untuk menanggung kerja
yang bakal disandang. Kelulusan yang cemerlang ini cuma
membantu dari segi meningkatkan peratus kebarangkalian kita
untuk dipanggil menghadiri temuduga. Jika Hazman
memiliki keputusan yang cemerlang sekalipun, akan tetapi
tidak “perform” semasa sesi temuduga Hazman juga
boleh gagal. Ramai calon yang beranggapan seperti ini telah
gagal dalam temuduga kerja kerajaan, termasuklah
saya..heheheh.

————————————————————
2. Seseorang Calon Itu Mesti Banyak Bercakap Semasa
Temuduga
————————————————————-
Memang tidak dinafikan banyak bercakap akan membantu kita
semasa temuduga. Akan tetapi apakah butiran percakapan
kita? Adakah kita bercakap sesuatu yang tidak kena mengena
atau tidak membawa erti berkenaan soalan yang ditanya? Jika
ya, buruk padahnya yang diterima jika anda berbuat
sedemikian. Apa yang penting adalah, setiap yang kita ucapkan
haruslah berkaitan dengan dengan soalan yang ditanya oleh
panel penemuduga bukannya jawapan yang meleret-leret atau
syok sendiri.

————————————————————
3. Lebih Lama Ditemuduga, Lebih Tinggi “chances” Untuk
Lulus Temuduga
————————————————————
Cuba kita lihat, adakah seorang penyanyi yang menyanyi lama
di atas pentas dalam satu program realiti seperti AF akan
berjaya menjadi johan? Sudah pasti tidak. Begitu juga dengan
temuduga, tidak semestinya jika akan lulus temuduga tersebut
jika kita ditemuduga dalam 30-45 minit. Semuanya bergantung
kepada kualiti kita dalam proses temuduga tersebut samada
dari segi kebolehan kita menjawab soalan, penampilan diri
kita, kelayakan kita, bakat, kekreatifan kita dan lain-lain
lagi.

————————————————————
4. Ada Surat Sokongan/Kabel
————————————————————-
Sekiranya kita memiliki kabel taupun orang dalam, tidak
dinafikan kadang-kadang ianya membantu kita berjaya dalam
temuduga. Akan tetapi adakah kesemuanya yang menggunakan
kabel ini berjaya? Tidak sama sekali. Berapa kerat saja
yang menggunakan kabel ataupun orang dalam yang berjaya
dalam temuduga kerja kerajaan. Ada kabel sahaja tidak
berguna jika semasa temuduga menggelabah dan gagal menawan
hati panel penemuduga.Daripada pemerhatian saya, kebanyakan
calon yang berjaya dalam temuduga tersebut adalah mereka
yang berusaha sendiri tanpa menggunakan sebarang bantuan
dalaman. Apa yang saya tahu, melalui temuduga SPA, boleh
dikatakan tiada calon yang menggunakan kabel yang berjaya
dalam temuduga tersebut sekiranya calon tersebut memang
benar-benar tidak layak. Lagipun, cuba kita fikirkan, kita
mahukan pekerjaan yang tetap secara halal dan bersih serta juga
adil. Adakah kita sanggup untuk mendapat pekerjaan tetap
secara tidak bersih dan tidak jujur?

————————————————————
5. Senang Je Soalan Yang Ditanya.
————————————————————
Ini satu lagi anggapan salah yang sering difikirkan oleh
calon. Tak semestinya kita dapat menjawab soalan yan g ditanya
kita akan lulus temuduga tersebut. Ada juga calon yang tidak dapat
menjawab soalan yang berjaya dalam temuduga tersebut.
Mengapa? Sebenarnya panel ingin melihat kejujuran ataupun
kelainan pada diri kita. Dan juga cara kita menjawabnya..
Jika soalan ditanya contohnya “Siapakah Perdana Menteri Malaysia ke 5? Adakah anda jawab Datuk Abdullah Ahmad Badawi? Fikir-fikirkan lah cara anda menjawab yang sesuai…

————————————————————
6. Panel Penemuduga Sukakan Saya
————————————————————
Suasana temuduga meriah, ceria dan ada gelak ketawa. Sudah
pasti kita menyangka kita akan berjaya. Belum tentu…Ini
semua taktik je..Hehehhe
Tetapi tidak dinafikan juga jika panel penemuduga memang
benar sukakan kita, mereka akan kelihatan mesra dan ceria.
Ada 2 kemungkinan di sini, samada kita memang benar-benar
disukai atau mereka sekadar menjaga hati kita saja. Jadi jangan
la gembira sangat yer…

Kesimpulan saya:
Tidak salah kita beranggapan kita akan berjaya berdasarkan
dengan anggapan-anggapan yang telah dinyatakan di atas. Ini
akan membuatkan kita lebih bersemangat dan berfikiran positif
selalu.

Akan tetapi, kita tidak boleh pula terlalu yakin..Kelak
jika keputusan yang keluar adalah mengecewakan frust
menonggeng pula kita kan..Jadi walauapapun, kita hendaklah
membuat yang terbaik untuk sesi temuduga tersebut dan
jangan lupa berdoa kepada tuhan semoga kita akan memeperoleh
kejayaan dalam temuduga tersebut.

Sekian saja informasi dari saya. Terima kasih.




Tips soalan ramalan PENEMUDUGA

 Tips soalan ramalan PENEMUDUGA

Bagaimana ingin mengetahui soalan yang bakal ditanya oleh
panel penemuduga?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera …

Semoga Kengkawan berada dalam keadaan sihat
‘sokmo’. Hari ini saya ingin berkongsi satu lagi tips
berguna untuk anda mengenai ”apakah yang akan
ditanya oleh penemuduga” bagi temuduga kerja kerajaan.

Adakah anda boleh meramalkan apakah soalan yang
bakal ditanya oleh panel penemuduga kelak? Tidak boleh!
Tidak, anda sebenarnya boleh meramalkan soalan
yang bakal ditanya semasa temuduga nanti. Di sini saya
memberikan beberapa tips khusus bagaimana untuk meneka
soalan yang ditanya oleh penemuduga.

Tips 1 – Ketahui dan fahami apakah bidang kerja
anda sekarang dengan sebenar-benarnya. Tahukah
anda bahawa kebanyakan penemuduga sering bertanya
mengenai pengalaman kerja kita. Jika boleh, mereka akan
menyoal anda habis-habisan mengenai kerjaya
semasa anda. Kadang-kala soalan-soalan yang
ditanyakan  tersebut memakan masa lebih dari 15 minit untuk
selesai. Jadi inilah peluang yang perlu anda ambil
untuk menambah markah penilaian temuduga.

Tips 2 – Peka terhadap isu semasa dan pengetahuan am. Ini
adalah merupakan antara yang paling digemari oleh panel
semasa sesi temuduga. Biasanya, isu-isu hangat yang
diperkatakan dalam media massa sering menjadi topik soalan
utama dari penemuduga. Jadi, anda dapat mengetahui
bahawa penemuduga ini sebenarnya ingin mengetahui bahawa
anda sentiasa peka terhadap isu semasa atau tidak.
Siapa yang rajin membaca akhbar atau menonton berita, tentu
tiada masalah apabila untuk menjangka dan seterusnya dapat
menjawab soalan yang dikemukakan oleh penemuduga.

Tips 3 -  Bertanya pada mereka yang ada pengalaman temuduga
kerja kerajaan. Ya, hal ni juga tidak kurang pentingnya
dalam menjangka soalan temuduga yang bakal anda hadapi. Cuba anda bertanya pada rakan-rakan anda, apakah soalan yang ditanya kepada mereka semasa mereka menghadiri temuduga tersebut. Ini sedikit
sebanyak dapat membantu anda. Mana tahu soalan
tersebut adalah sama dengan soalan yang bakal ditanya
kepada anda. Sudah pasti anda dapat
menjawabnya.

Tips 4 – Menganggap diri sendiri sebagai penemuduga.
Haha, tips ni agak istimewa di mana anda perlu
membayangkan diri anda sendiri sebagai seorang
panel penemuduga. Cuba anda bayangkan, sebagai
seorang panel, apakah soalan yang akan ditanya oleh
anda ika ingin mengambil seseorang calon untuk
mengisi jawatan di tempat kerja anda. Adakah
anda akan bertanyakan latar belakangnya,
pendidikannya, kerjayanya, kebolehannya,..dan lain-lain.
Ini boleh anda bayangkan…

Tips 5 – Baca ebook Temuduga Kerja Kerajaan lah,
apalagi..heheheheh..dalam ebook ini banyak rahsia yang
dibongkarkan oleh saya berdasarkan kajian yang saya
lakukan. Sila membaca sehingga tamat ebook ini dan
anda pasti merasakan diri anda seperti
tahu-tahu saja soalan yang bakal ditanya oleh penemuduga.
Rajin Membaca Membawa Ke Arah Kejayaan!

Ok, sekian saja tips saya kali ini. Kepada sesiapa yang
bakal menghadiri temuduga tu, saya ucapkan Selamat Maju
Jaya dan saya berdoa agar anda berjaya.




Memohon KERJA dalam talian

Kemudahan Internet telah mengubah trend masyarakat dalam mendapatkan pekerjaan.

in 05.1 Memohon KERJA dalam talian

MAKLUMAT yang tidak lengkap hanya akan mengakibatkan kegagalan untuk menghubungi anda sekali gus memungkinkan permohonan anda ditolak. – Gambar hiasan


KEMUDAHAN Internet bukan sekadar membolehkan kita mengakses pelbagai jenis informasi, bahkan ia telah mengubah trend masyarakat dalam mendapatkan pekerjaan.

Jika dahulu, kebanyakan iklan kekosongan jawatan diterbitkan di media cetak seperti akhbar, kini iklan kekosongan seperti itu boleh diakses terus di portal yang menyenaraikan kekosongan jawatan yang terdapat di sesebuah syarikat atau negara.

Bukan itu sahaja, portal ini juga akan menghantar e-mel pemberitahuan tentang jawatan spesifik yang boleh diubah suai oleh pengguna. Sebagai contoh, seorang graduan Teknologi Maklumat boleh mengarahkan agar hanya iklan tawaran kerja yang berkaitan dengan Teknologi Maklumat sahaja dihantar kepadanya, sekali gus menjimatkan masa serta membolehkan pilihan kerja yang lebih tepat dibuat.

Jobstreet.com merupakan antara pencari kerja secara talian di Malaysia. Mula menawarkan khidmatnya sejak tahun 1995, Jobstreet telah berjaya mendapatkan puluhan ribu pekerjaan kepada ahlinya. Agensi pekerjaan lain yang turut menawarkan perkhidmatan seperti Jobstreet adalah Jobsdb.com dan juga Kareer.com.my.

Bertindak umpama agensi pencari jodoh, Jobstreet mengiklankan jawatan kosong daripada pihak majikan dan mereka yang mencari pekerjaan. Kesemua maklumat berkaitan akan disimpan di dalam pangkalan data dan seterusnya proses suai padan dijalankan. Proses suai padan adalah berdasarkan kelayakan dan bidang kerja yang dipilih oleh para calon.

Berikut merupakan tip yang boleh digunakan ketika mencari kerja melalui portal pekerjaan:

1. Berikan maklumat peribadi yang lengkap

Pastikan anda memberikan butiran peribadi yang lengkap ketika mendaftar di mana-mana agensi pekerjaan secara dalam talian.

Maklumat seperti nombor hubungan dan alamat surat-menyurat hendaklah diberikan secara tepat bagi membolehkan pihak agensi atau bakal majikan menghubungi anda untuk panggilan temuduga. Maklumat yang tidak lengkap hanya akan mengakibatkan kegagalan untuk menghubungi anda sekali gus memungkinkan permohonan anda ditolak.

2. Hantarkan resume terkini

Agensi pekerjaan lazimnya akan meminta anda memuat naik resume anda yang terkini. Sekiranya resume anda sudah lama tidak dikemaskini, pastikan anda mengemaskinikannya terlebih dahulu sebelum memuat naik. Resume yang lapuk akan menyebabkannya kurang menarik perhatian bakal majikan.

3. Perkenalkan diri anda sedikit sebanyak

Sekiranya portal pekerjaan yang anda gunakan mempunyai ruangan untuk memperkenalkan diri, coretkan sedikit sebanyak mengenai diri anda. Ini akan memudahkan lagi proses tapisan dan pemilihan oleh bakal majikan.

4. Benarkan e-mel pemberitahuan pihak agensi pekerjaan

Kebiasaannya ketika mendaftar di mana-mana portal pekerjaan, anda akan diminta memilih sama ada untuk membenarkan e-mel pemberitahuan tentang sebarang jawatan kosong dihantar ke peti e-mel anda. Dengan ini, anda akan dimaklumkan tentang sebarang jawatan kosong yang bersesuaian dengan anda tanpa perlu melakukan carian secara manual di portal.

5. Membenarkan resume anda dilihat oleh majikan

Jika anda mendapati sukar mendapat panggilan temuduga, periksa settings pada akaun anda pada agensi pekerjaan. Sekiranya pilihan untuk membenarkan resume anda dilihat oleh bakal majikan disekat, aktifkan fungsi tersebut. Ini akan dapat memperluaskan lagi peluang anda untuk dipanggil temuduga.

6. Elakkan memohon kerja dengan hanya menekan butang apply

Pihak yang mencari pekerja biasanya akan mengenal pasti calon yang layak untuk ditemuduga dengan melalukan pemilihan berdasarkan resume dan juga surat permohonan yang dilampirkan bersama. Sekiranya anda ingin mendapat perhatian yang lebih daripada bakal majikan, elakkan menggunakan fungsi memohon dengan hanya menekan butang apply. Dapatkan alamat e-mel syarikat yang mempunyai kekosongan dan hantarkan surat permohonan bersama resume anda. Dengan cara ini, anda dapat mempamerkan kemahiran menulis dan penguasaan bahasa anda kepada mereka.

7. Luaskan peluang anda dengan mendaftar di agensi pekerjaan lain

Semakin banyak agensi yang anda berdaftar, semakin besar peluang anda untuk mendapat pekerjaan. Selain itu, rajin-rajinlah mengunjungi forum talian kerana terdapat ahli yang menghantar posting tentang jawatan kosong di tempat kerja mereka.

sumber:kosmo