
DVD-FX930 didatangkan dengan paparan LCD sudut berbilang.
PEMAIN DVD, DVP-FX930 mudah alih terbaru daripada syarikat elektronik gergasi Jepun, Sony ini didatangkan dengan paparan LCD sudut berbilang beresolusi tinggi seluas sembilan inci yang boleh berputar. Ia juga dilengkapi dengan pangkalan USB yang membolehkan pengguna memainkan pelbagai media digital daripada pemacu flash.
Sony DV-FX930 membolehkan paparan rakaman video, filem dan imej pada resolusi 800×480 dpi. Ia merupakan pilihan terbaik untuk mereka yang suka melancong dan bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain.
Pemain DVD ini turut menyokong pelbagai format DVD termasuk DVD dwi-lapisan, DVD+/-R/RW lapan sentimeter, selain dapat memainkan kebanyakan format CD.
-KOSMO
