Tag Archives: peluang pekerjaan

Kenapa tidak dipanggil – panggil temuduga kerja kerajaan?




Sebenarnya, hari ini saya ingin berkongsikan satu tips, iaitu
“Mengapa Saya Tidak Dipanggil Temuduga”?

Ramai di antara rakan – rakan kita yang dah Berjaya masuk ke
sektor awam.

Tapi itu bagi mereka yang berjaya. Yang masih belum berjaya
bagaimana?

Iaitu bagi mereka yang masih tidak dipanggil – panggil untuk
menghadiri temuduga..

Borang permohonan dah diisi banyak kali, tapi masih tidak
dipanggil – pangil temuduga. Apa sebabnya ye? Sehinggakan ramai
yang berputus asa dan menyalahkan orang lain di atas hal
tersebut.

Hai, janganlah begitu. Kita tidak boleh salahkan orang lain di
atas kegagalan kita. Mungkin ada sebabnya. Atau mungkin juga
takdir oleh Tuhan. Jangan sesekali merasa kecewa. Mungkin belum
rezeki. Yang penting kita berusaha untuk mendapatkannya. Sekali
kita tersungkur, bukan bermakna kita akan tersungkur selama –
lamanya. Cuba bukakan minda kita kepada alam yang terbuka luas
yang disediakan oleh tuhan ini. Bermacam – macam rezeki yang
boleh kita perolehi. Apa yang penting, carilah rezeki yang halal
dan diredhai.

Untuk kerja kerajaan, terdapat beberapa sebab kita tidak
dipanggil temuduga.

1. KESILAPAN DALAM MENGISI PERMOHONAN
===========================================
Ramai calon yang mengisikan borang permohonan dengan tidak
melihat syarat dan kelayakan diperlukan untuk jawatan tersebut.
Adakah sijil/diploma/ijazah mereka berkaitan atau tidak.
Sebolehnya, mereka mohon seberapa banyak jawatan dalam sektor
awam
. Memang tiada masalah, tapi pastikan ianya mengikut
keutamaan dengan kelayakan yang anda miliki.

2. JAWATAN YANG DIPOHON TIADA KEKOSONGAN
==============================================
Ya, jika jawatan tersebut kurang kekosongan ataupun langsung
tiada, memang susah untuk dipanggil temuduga. Jawatan ada
diiklankan, tetapi kekosongan tidak banyak. Jadi, sudah pasti
yang dipanggil temuduga amat sedikit. Jawatan – jawatan khas
dalam badan kerajaan tertentu ada yang memerlukan staf yang ramai
dan ada juga yang kurang. Contohnya, jawatan
Pegawai/pembantu/pen.pegawai tadbir adalah satu jawatan yang amat
popular yang diperlukan oleh semua kementerian/jabatan kerajaan.
Jadi, kekosongan bagi jawatan ini memang tinggi berbanding yang
lain.

3. PENDAFTARAN PEMOHON TELAH LUPUT TEMPOH SAHNYA
==================================================
Dah daftar lama dah, tapi bila tak dipanggil temuduga dalam
setahun anda tak update. Dan masih menunggu panggilan temuduga.
Ianya adalah mustahil. Apabila habis tempoh setahun, terus saja
update pendaftaran/permohonan anda. Lebih baik ianya diupdate
setiap 6 bulan (ni berdasarkan pemerhatian saya). Dengan cara
ini, anda lebih mudah (bukan semestinya) untuk dipanggil
temuduga. Dan satu lagi, jika anda baru saja habis menghadiri
temuduga atau mendapat calon simpanan, seeloknya anda update
pendaftaran/permohonan anda.

4. JAWATAN TERHAD, TAPI PERMOHONAN RAMAI
=========================================
Ini juga merupakan salah satu sebab utama mengapa anda sukar
dipanggil untuk hadiri temuduga.  Permohonan begitu ramai, anda
terpaksa bersaing. Pada masa ini, kelayakan anda menjadi taruhan.
Maksudnya,  jika anda ada ijazah, cgpa akan dijadikan tapisan.
Pemohon yang memiliki CGPA yang teratas akan dipanggil temuduga
terlebih dahulu. Maksudnya, jika jawatan itu memerlukan 600 orang
untuk ditemuduga, maka senarai calon yang 600 orang teratas dari
CGPA  dari beribu – ribu permohonan akan dipanggil temuduga
terlebih dahulu. Tapi itu jika kekosongan terhad. Sekiranya
kekosongan banyak, tiada syarat CGPA dikenakan. Mereka yang layak
akan dipanggil temuduga.

5. KELAYAKAN SIJIL/DIPLOMA/IJAZAH IPTS/IPTA/OVERSEA TIDAK
DIIKTIRAF

============================================================
Jika kelayakan anda tidak kira samada dari IPTA,  IPTS mahupun
Luar Negara, jika ianya tidak diiktiraf oleh JPA, memang anda
tidak akan dipanggil temuduga. Jadi, pastikan kelayakan anda
diiktiraf untuk memasuki sector awam. Tak tahu samda ianya
diiktiraf atau tidak, semak di link ini
http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp

6. TIDAK LEPAS PEPERIKSAAN KHAS
===============================
Ada untuk jawatan tertentu memerlukan peperiksaan khas atau
ujian khas sebelum dipanggil temuduga. Jadi ramai juga yang tidak
lepas peperiksaan ini. Ada ujian menguji pengetahuan, ada ujian
fizikal dan ujian bakat. Jika berjaya lulus peperiksaan, baru
dipertimbangkan untuk dipanggil temuduga pula. Bukan bermaksud
berjaya peperiksaan kompem dapat temuduga. Untuk jawatan PTD,
penguatkuasa, dan lain – lain boleh dijadikan contoh.

Itulah antara sebab – sebab utama yang saya kaji kenapa kita
tidak dipanggil temuduga kerja kerajaan. Mungkin ada beberapa
sebab lagi, tapi ini sudah cukup untuk menerangkannya.

Bbanner370x60 Kenapa tidak dipanggil – panggil temuduga kerja kerajaan?

Peluang PEKERJAAN untuk ANDA !!!

KEPADA        : SESIAPA YANG BERMINAT

DARIPADA    : KOPERASI SERBAGUNA KAKITANGAN MAS Malaysia BERHAD

RUJUKAN      : KOMAS/SUMBER MANUSIA-JK/2009/001

TARIKH        : 29HB JUN 2009

KOPERASI SERBAGUNA KAKITANGAN MAS MALAYSIA BERHAD MEMPELAWA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN SEPERTI DI BAWAH INI.

  1. KERANI PEMBIAYAAN           (1 KEKOSONGAN)
  2. KERANI AKAUN                   (1 KEKOSONGAN)

KRITERIA   :           1) KELULUSAN SEKURANG-KURANGNYA SPM

2) UMUR 20 TAHUN KE ATAS

3) BERPENGALAMAN DI DALAM BIDANG YANG BERKAITAN DENGAN JAWATAN YANG

DIPOHON ADALAH LEBIH BAIK.

4) BOLEH BERINTERAKSI DALAM BAHASA MALAYSIA & BAHASA INGGERIS DENGAN BAIK.

5) BOLEH MENGGUNAKAN PERISIAN KOMPUTER & MENAIP.

6) TIADA MASALAH PENGANGKUTAN.

7) BOLEH BEKERJA LEBIH MASA (SEKIRANYA DIPERLUKAN)

8) SIHAT TUBUH BADAN.

9) MEMPUNYAI PERWATAKAN YANG MENARIK

LAIN-LAIN  :           1) PERMOHONAN TERBUKA KEPADA LELAKI & PEREMPUAN

2) MEMPUNYAI KENDERAAN SENDIRI & TINGGAL DI KAWASAN YANG BERDEKATAN ADALAH

DIUTAMAKAN.

3) LOKASI PEJABAT DI SUBANG.

4) GAJI PERMULAAN RM832.00 SEBULAN.

5) CARUMAN KWSP.

6) CARUMAN PERKESO.

7) INSURANS PERUBATAN / HOSPITAL

8) BONUS TAHUNAN

KOPERASI SERBAGUNA KAKITANGAN MAS MALAYSIA BERHAD MEMPELAWA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN SEPERTI DI BAWAH INI.

  1. KERANI SISTEM MAKLUMAT           (1 KEKOSONGAN)

Syarat kelayakan:

? Diploma, Teknologi Maklumat atau bidang yang berkaitan

? Keutamaan: Berpengetahuan tentang Teknologi Internet & rangkaian, ‘Microsoft  Server’, ‘ Sistem pengendalian Desktop’ dan aplikasi.

? Kemahiran utama: Berpengetahuan dalam rangkaian ‘trouble-shooting’, Sistem pengendalian, LAN, WiFi, Internet, TCP/IP

? Berpengetahuan asas HTML

? Memahami ‘Web Design Architecture’

? Memiliki kemahiran ‘Photoshop’ & berminat dalam rekaan grafik

? Minimum setahun pengalaman bekerja

? Kelebihan: Grafik & Multimedia

? Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris & Bahasa Melayu dengan baik

SEMUA PERMOHONAN BOLEHLAH DIHANTAR TERUS KE PEJABAT KSK MAS DENGAN MENYERTAKAN BUTIR-BUTIR PERIBADI, SALINAN SIJIL, SEKEPING GAMBAR TERKINI BERUKURAN PASPORT (TIDAK DIKEMBALIKAN) & NO. TELEFON. HANTAR PADA ATAU SEBELUM 13HB JULAI 2009 (ISNIN).

UNTUK KETERANGAN LANJUT & PENGHANTARAN PERMOHONAN, SILA HUBUNGI CIK FATEN HAMEEMA / PN. ZAINON / EN. SHAHRIZAN DI ALAMAT & TALIAN

SEPERTI DI BAWAH:-

KOPERASI SERBAGUNA KAKITANGAN MAS MALAYSIA BERHAD

TINGKAT BAWAH, BANGUNAN PAKIR KERETA BERTINGKAT,

KOMPLEKS A-MAS,LAPANGAN TERBANG SULTAN ABDUL AZIZ SHAH,

42700 SUBANG,Selangor DARUL EHSAN.

TEL: 03-78403277 / 3278 / 2767 / 2650 / 3232 / 3993 / 3276

SILA AMBIL PERHATIAN, HANYA PERMOHONAN YANG TERPILIH SAHAJA AKAN DIPANGGIL UNTUK TEMU DUGA.

MANA-MANA ANAK ANGGOTA KOPERASI YANG BERKELAYAKKAN ADALAH DIGALAKKAN MEMOHON KEKOSONGAN JAWATAN DI ATAS.