Dua minggu lepas saya bersama famili telah menghadiri majlis kenduri
kahwin sepupu lelaki saya di Parit Buntar.Adik lelaki saya -blogger SHAKIDDO
pun turut join sama bersama keluarga beliau.
Disebabkan saya mempunyai kamera DSLR maka secara tidak langsung telah
dilantik sebagai jurugambar tambahan untuk merakamkan detik-detik indah
suasana majlis perkahwinan tersebut.
Majlis diadakan di suatu kawasan perumahan yang berhampiran dengan
kawasan BENDANG ( sawah padi ) bak kata orang utara.Cuma saya amat
terkejut apabila menerima email dalam bentuk gambar selepas saya pulang
ke rumah dari majlis tersebut
Ya…. Gambar email pertama kelihatan suatu SIMBOL MISTERI di kawasan sawah padi ni…..
Dan yang lebih membuatkan tanda tanya kepada diri saya ialah… apabila
gambar kedua yang menunjukkan species ikan yang memeningkan kepala
saya untuk berfikir…..
Terdapat lambang misteri padi ikan ini
Saya semakin pening dan bingung melihatkan kedua-dua kejadian dari gambar
nie….Bermacam-macam persoalan telah timbul di kotak fikiran saya….
- Ada penceroboh ker di kawasan sawah padi tu ?
- Mengapa ada LAMBANG MISTERI di badan ikan tu ?
- Apakah saya akan mendapat kesan sampingan dari gambar di atas ?
p/s : Terdiam seketika apabila saya memikirkannnya…… Apa pula pendapat
anda mengenai GAMBAR MISTERI di atas….?


