Tag Archives: pendapatan online

Peroleh RM211,955 kerana video di YouTube




du 05.1 Peroleh RM211,955 kerana video di YouTube

ROB HOMAYOON menunjukkan cara-cara untuk membuat origami di laman YouTube.


GERMANTOWN, Amerika Syarikat (AS) – Seorang pelajar pergigian Universiti Temple di Philadelphia, AS, Rob Homayoon menyatakan dia sudah memperoleh pendapatan sebanyak AS$70,000 (RM211,955) sejak 2008 dengan menghasilkan klip video origami di laman YouTube di Internet, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Homayoon, 25, yang tinggal di sini, Pennsylvania menghasilkan klip video mengenai cara untuk membuat origami daripada kertas dari apartmennya.

Origami merupakan kaedah melipatkan kertas untuk menghasilkan pelbagai bentuk seperti burung.

Dia memperoleh pendapatan itu menerusi satu perjanjian dengan YouTube yang menjual iklan.

Menurutnya, dia memperoleh 80 peratus daripada jualan iklan dan Google yang memiliki YouTube memperoleh 20 peratus.

“Semasa (video) saya bermula, saya memperoleh AS$100 (RM302.85) dan saya berpendapat saya boleh menggunakannya untuk wang minyak saya. Kemudian ia meningkat kepada AS$400 (RM1,211) dan AS$600 (RM1,817) dan pada akhirnya saya memperoleh AS$1,000 (RM3,028) dan kemudian AS$2,000 (RM6,057).

“Salah satu cek saya mengandungi lima angka. Ia berlaku pada Disember lalu, empat bulan lalu,” kata Homayoon.

Video klip Homayoon kini dimuat naik sebanyak 29.4 juta dan rangkaian klip videonya di YouTube mempunyai 64,000 pelanggan. – Agensi

/// kosmo ///

Empat syarikat kutu pintar dipantau




ne 01.1 Empat syarikat kutu pintar dipantau

ANTARA laman web syarikat haram yang memanipulasi wang pos menerusi skim kutu pintar.

KUALA LUMPUR – Empat syarikat haram dikesan menjalankan aktiviti memanipulasi wang pos secara aktif melalui Internet atau dikenali sebagai kutu pintar bagi memperdaya orang ramai di seluruh negara.

Satu daripada syarikat itu mula beroperasi sejak Mac tahun lalu dan sehingga Mac tahun ini, ia telah berjaya mengutip RM33 juta daripada lebih 30,000 ahlinya.

Perkara itu didedahkan oleh Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah kepada Kosmo! semalam.

ne 01.2 Empat syarikat kutu pintar dipantau


“SSM sedang mengadakan siasatan terhadap salah satu penganjur skim ini manakala tiga lagi masih dalam proses pemantauan untuk melihat operasi dan siapa yang terlibat.

“Kami juga sedang merekodkan kenyataan daripada syarikat ini sejak tiga minggu lalu untuk mengumpul bukti sebelum membuat pendakwaan terhadap penganjur terbabit,” katanya.

Menurut Redzuan, skim itu didapati melakukan kesalahan menguruskan perniagaan wang kutu tanpa lesen dan boleh didakwa di bawah Seksyen 3, Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tiga tahun atau denda tidak melebihi RM5,000.

ne 01.3 Empat syarikat kutu pintar dipantau

-kosmo