Tag Archives: penggodam komputer

Laman Facebook Presiden Perancis digodam




du 03.1 Laman Facebook Presiden Perancis digodam

LAMAN Facebook milik Nicolas Sarkozy


PARIS – Beberapa penggodam komputer berjaya menceroboh muka surat Facebook milik Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy dan menghantar mesej bahawa beliau akan berundur pada tahun depan, lapor sebuah akhbar semalam.

Mesej itu bermakna lebih 350,000 rakan Facebook Sarkozy telah menerima mesej palsu berhubung peletakan jawatannya itu.

Mesej itu turut disebarkan kepada beribu-ribu pengguna Facebook sekali gus menggemparkan orang ramai yang keliru tentang kesahihannya.

Dalam mesej berkenaan, Sarkozy kononnya dilaporkan menulis: “Rakan-rakan seperjuangan sekelian, ekoran situasi luar biasa yang menimpa negara kita (Perancis), Saya mengambil keputusan untuk tidak bertanding semula pada pilihan raya 2012.”

Mesej itu turut mengandungi pautan kepada satu lagi muka surat Facebook bertajuk Selamat Tinggal Kepada Nicolas Sarkozy yang mengundang orang ramai supaya berhimpun di luar restoran Le Fouquet, Paris pada 6 Mei 2012 untuk meraikan pengunduran beliau.

Namun, semalam, presiden berusia 55 tahun itu menggantikan mesej palsu tersebut dengan mesej sebenar untuk memohon maaf di atas kelemahan keselamatan yang berlaku sehingga muka surat Facebook tersebut digodam. – Agensi

/// kosmo///

Amerika cadang tubuh tentera siber




LAS VEGAS 1 Ogos – Seorang pakar perisikan komputer telah menyediakan kertas cadangan kepada kerajaan Amerika Syarikat supaya membina sebuah pasukan tentera siber yang mampu menceroboh pertahanan siber negara musuh.

Menurut rancangan tersebut, tentera siber yang dianggarkan seramai seribu anggota itu akan terdiri daripada komando elit komputer sehingga kepada lepasan universiti yang mendapat latihan asas komputer.

Menurut Charlie Miller yang mempunyai pengalaman selama lima tahun bersama Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika di bawah pimpinan Pengarahnya Michel Hayden berkata, persediaan dan perancangan untuk tujuan itu akan memakan masa selama dua tahun dan belanja sebanyak AS$100 juta (RM320 juta).

Miller semalam telah membuat perbincangan mengenai strategi peperangan dengan beberapa penggodam komputer di pusat pengumpulan data Defcon di Las Vegas.

“Saya membayangkan Korea Utara telah meminta saya mendalangi serangan siber terhadap Amerika,”

“Saya akan melakukannya secara realiti,” kata Miller kepada AFP.

Miller menjelaskan bahawa beliau sebenarnya telah diminta oleh Pusat Pertahanan Kecemerlangan Siber Koperasi di Estonia untuk memainkan peranan umum dalam senario teori serangan secara berkomputer.

Beliau sebelum ini telah berkongsi keputusannya pada persidangan NATO di Amerika pada Jun lalu.

“Sebelum ini saya tahu perkara ini mudah, namun sekarang saya memahami lebih mendalam bahawa perkara ini memang mudah,” katanya. – AFP

/// utusanmalaysia ///

Penggodam jual 1.5 juta akaun Facebook




WASHINGTON: Seorang penggodam Russia bernama Kirllos menawarkan 1.5 juta akaun Facebook pada harga rendah, lapor firma komputer VeriSign’s iDefense.

Pembeli yang mempunyai kurang ‘10 sahabat’ dalam akaun laman web itu boleh membeli 1,000 akaun pada harga AS$25 (RM85) manakala pemilik lebih 10 sahabat boleh membelinya pada harga AS$45 (RM153).

Firma komputer itu menganggarkan Kirllos sudah mencuri satu setiap 300 pemilik akaun Facebook. Antara yang ditawarkan termasuk kod laluan. Apa yang tidak diketahui ialah sama ada alamat emel atau kod laluan itu sahih.

Data firma Symantec pula menyatakan, maklumat itu biasanya dijual pada harga AS$1 (RM3.40) hingga AS$20 (RM68). Sehingga ini, 700,000 akaun sudah dijual.

Semua kesan menunjukkan urusan jual beli akaun berkenaan juga sudah dilenyapkan.

Pengguna yang mendapati alamat emal dan kod laluan mereka digunakan menghadapi risiko identiti mereka dicuri serta menjadi sasaran penipuan lebih serius.

Awal tahun ini dia menawarkan 100,000 akaun kepada sesiapa yang berminat. – Agensi

-bharian

‘PADAM’ hutang – PENGGODAM tawar ceroboh pangkalan data PTPTN

Suatu kisah yang pernah menjadi isu hangat mengenai PTPTN…

KUALA LUMPUR – Sindiket yang didalangi penggodam komputer mendakwa mampu melupuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam masa kurang 15 minit sahaja.

Dengan mengenakan caj sebanyak AS$600 atau RM2,000 menggunakan bayaran dalam talian, sindiket yang dulunya beroperasi menerusi satu laman web itu kini menukar modus operandi melalui rangkaian siri rangkaian e-mel.

komputer ptptn ‘PADAM’ hutang   PENGGODAM tawar ceroboh pangkalan data PTPTNINI antara kandungan e-mel yang diterima dipercayai dihantar oleh pihak yang mendakwa mampu melupuskan hutang pinjaman PTPTN dalam masa 15 minit

Malah mereka memberi jaminan data peribadi peminjam juga tidak akan dapat dikesan oleh PTPTN.

Tawaran itu telah disebarkan melalui satu laman web dialamat www.ptptn.biz sejak awal bulan lepas tetapi ditutup sejak tiga hari lalu setelah operasinya mula dihidu PTPTN.

Bagaimanapun menurut sumber, kegiatan sindiket berkenaan telah bertukar arah dan kini mereka beroperasi pula melalui e-mel.

Malah PTPTN sendiri sudah mengeluarkan kenyataan dalam laman web mereka bahawa ia tiada sebarang kaitan dengan laman web berunsurkan penipuan itu seperti dalam laman web www.ptptn.biz atau yang seumpamanya.

“Pelajar dinasihatkan untuk tidak melayari laman web berunsurkan penipuan sebegini dan merujuk kepada laman web www.ptptn.gov.my sahaja untuk sebarang urusan dan pertanyaan.

lamanweb ptptn ‘PADAM’ hutang   PENGGODAM tawar ceroboh pangkalan data PTPTNKEGIATAN penggodam data PTPTN itu turut dibincangkan dalam beberapa forum di Internet

“PTPTN tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang urusan selain daripada laman web rasmi di alamat www.ptptn.gov.my,’’ kata kenyataan itu dalam laman web rasmi PTPTN itu.

Biarpun pihak PTPTN sudah mengeluarkan pemberitahuan tersebut, ia hanya diletak di laman web versi Bahasa Inggeris sedangkan notis yang sama tiada pada versi bahasa Melayu.

info ptptn1 ‘PADAM’ hutang   PENGGODAM tawar ceroboh pangkalan data PTPTN