Tag Archives: pengguna facebook dunia

Facebook tarik minat syarikat rakaman muzik




du 02.1 Facebook tarik minat syarikat rakaman muzik

MARK ZUCKERBERG mengumumkan perkhidmatan terbaharu Timeline pada persidangan Facebook f8 di San Francisco, California kelmarin.

 

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) – Syarikat rakaman dan media meletakkan harapan baharu untuk memajukan perniagaan mereka ekoran penambahan kolum Ticker pada profil pengguna oleh Facebook.

Kolum Ticker memaparkan kemas kini aktiviti pengguna Facebook dalam pelbagai aplikasi media di laman jaringan sosial itu seperti langganan muzik dan filem.

Kolum itu menjadi medan pasaran baharu untuk syarikat rakaman dan media AS mempromosikan produk mereka.

Menerusi Ticker, syarikat rakaman boleh mengesan sama ada aplikasi yang mereka tawarkan popular di kalangan pengguna Facebook atau sebaliknya.

Apabila pengguna mengklik kolum Ticker kenalan mereka, pengguna terbabit secara automatik ditawarkan untuk mencuba secara percuma pelbagai perkhidmatan dalam talian seperti pelan muzik Spotify dan Rhapsody yang digunakan kenalan mereka.

Selepas tempoh tawaran percuma itu tamat, pengguna yang berminat boleh terus melanggan perkhidmatan yang ditawarkan dengan membayar yuran bulanan.

Ketua Eksekutif firma langganan muzik Deezer, Axel Dauchez berkata, penyertaan Deezer dalam Facebook membolehkan syarikat itu memasuki pasaran lebih 130 negara di luar AS dalam tempoh cuma beberapa minggu.

Menurutnya, syarikat itu kini memiliki sekitar 1.4 juta pengguna berbayar di Perancis dan Britain dengan Facebook menawarkan pasaran yang jauh lebih besar.

Kolum Ticker itu dilancarkan oleh Ketua Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg kelmarin untuk memudahkan 800 juta penggunanya berkongsi muzik dan media lain dengan kenalan mereka.

Zuckerberg turut memperkenalkan perubahan besar pada profil pengguna Facebook yang dinamakan TimeLine.

Profil baharu itu boleh digunakan oleh pengguna untuk mendokumenkan dan memaparkan kehidupan mereka dalam bentuk buku skrap dalam talian.

“Ia menyimpan semua kisah anda (pengguna), semua aplikasi anda sekali gus satu kaedah ekspresi diri yang baharu,” kata Zuckerberg ketika berucap pada persidangan tahunan pembina rangkaian laman sosial di bandar raya San Francisco, AS.

“Saya menggelarkan profil baharu ini sebagai ‘kisah hidup anda’” tambahnya.- Agensi

///kosmo///

Facebook miliki 500 juta pengguna




SAN FRANCISCO 22 Julai – Jumlah pengguna laman sosial Facebook mencecah 500 juta semalam dan ini bermakna nisbah seorang bagi setiap 14 orang di seluruh dunia kini mendaftar pada perkhidmatan laman sosial itu.

“Seramai 500 juta orang di seluruh dunia menggunakan Facebook secara aktif, sentiasa berhubung dengan rakan-rakan dan individu disekelilingnya.

logo facebook 300x112 Facebook miliki 500 juta pengguna

“Ini merupakan batu loncatan bagi anda semua yang membantu menyebarkan Facebook di seluruh dunia,” kata pengasas Facebook, Mark Zuckerberg dalam satu kenyataannya di blog.

Bagi meraikannya, firma berpusat di California itu memperkenalkan aplikasi yang membolehkan ahli komuniti dalam taliannya ‘menceritakan kisah-kisah yang tidak masuk akal mengenai cara bergerak dan menarik mereka menggunakan Facebook’.

Contoh yang diberikan oleh Zuckerberg termasuk Setiausaha Agung NATO, Anders Fogh Rasmussen berjoging dengan peminat di Facebook semasa menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Denmark dan wanita di Amerika Syarikat yang menggunakan perkhidmatan itu bagi melawan kanser payudara.

“Misi kami di Facebook ialah membantu membina dunia yang lebih terbuka dan sentiasa berhubungan.

“Saya tidak pernah membayangkan semua cara manusia akan menggunakan Facebook ketika kami memulakannya enam tahun lalu,” kata Zuckerberg.

Beliau menekankan tentang pertumbuhan berterusan Facebook bagi menolak kritikan terhadap perubahan ciri atau perlindungan privasi di laman web itu.

Masyarakat Amerika Syarikat bertambah obses dengan Facebook dan ramai wanita muda memeriksa laman mereka walaupun sebelum menggunakan tandas pada waktu pagi, menurut tinjauan pendapat yang dikeluarkan minggu lepas. – AFP

-utusanmalaysia-