Tag Archives: perbankan internet

Harga RON 97 NAIK lagi | Tips Jimat Cermat Wang Anda




c94057f13e64e26655432fb3abb97d00 Harga RON 97 NAIK lagi | Tips Jimat Cermat Wang Anda

Harga minyak petrol RON 97 sekali lagi diselaraskan kepada harga baru melibatkan kenaikan 10 sen menjadi RM2.40 seliter berkuat kuasa hari ini.Bagaimanapun, harga minyak petrol RON 95 kekal RM1.90 seliter.

Oleh yang demikian saya mempunyai beberapa cadangan untuk menjimatkan

perbelanjaan kewangan anda.

  • BERHENTI MEROKOK
Kata seorang kawan saya sejak kenaikan harga rokok baru-baru ini beliau cuba
untuk mengurangkan pembelian rokok dalam proses berhenti merokok secara
total.Hasilnya beliau dapat jimatkan belanja RM20 SEMINGGU.
  • BAWA BEKALAN KE PEJABAT / TEMPAT KERJA
Adalah disarankan untuk anda bawa bekal ke opis / tempat kerja sekurang -
kurangnya TIGA kali seminggu.Nescaya anda dapat jimat paling kurang rm30
  • CUCI KERETA / KENDERAAN SENDIRI
Kebiasaannya kos untuk mencuci kereta ialah antara rm8-rm15 , apa kata pada
setiap hari minggu anda cuci sendiri kenderaan anda itu jimat untuk belanja
bulanan anda.
  • BERIADAH DI RUMAH
Sesetengah individu lebih gemar untuk menjadi ahli kelab kesihatan untuk
melakukan aktiviti bersenam.Yuran yang dikenakan mungkin dalam lingkungan
rm100-200 sebulan.Apa kata anda melakukan aktiviti mengeluarkan peluh
di kawasan persekitaran rumah.Sudah tentu ianya menjimatkan bukan…..
  • BAYAR BIL KAD KREDIT PADA MASANYA
Seelok-eloknya janganlah sesekali menangguhkan pembayaran bil kad kredit
anda untuk mengelakkan caj faedah yang tinggi…Ingat tau….
  • RANCANG PEMBELIAN BARANGAN DAPUR
Pastikan anda mempunya SENARAI barangan yang hendak dibeli untuk
keperluan samada untuk dapur atau diri anda sendiri.Di samping itu hendaklah
dalam keadaan kenyang dan tidak lapar.Membeli belah barangan dalam
keadaan yang perut kosong secara psikologinya akan mendorong kita membazir
secara tidak langsung.
  • BAYAR BIL SECARA ONLINE
Dengan kemudahan perbankan internet yang memboleh kita untuk membayar
kebanyakan bil utiliti harian maka tidak perlu lagi kita memandu untuk pergi
ke setiap kaunter pembayaran.Menjelaskan bil secara online dapat jimatkan
masa dan wang anda.
So itulah diantara tips penjimatan kewangan dari saya…. mungkin anda semua
boleh menambah idea yang lain yang lebih praktikal yea….
p/s : Sekarang nie kena selalu fikir KEPERLUAN vs KEHENDAK

Meminimum risiko transaksi perbankan Internet

KEMAJUAN teknologi komputer dan Internet telah membolehkan pelbagai urusan dilakukan di hujung jari termasuk melakukan transaksi dan pelbagai kemudahan di bank secara atas talian atau perbankan Internet.

Namun begitu, risiko dan isu keselamatan menjadi permasalahan utama dalam perbankan Internet ini termasuk pencerobohan terhadap log masuk dan kata laluan bagi akaun pengguna.

Penggunaan log masuk dan kata laluan sahaja tidak memadai untuk menjamin keselamatan pengesahan terhadap aktiviti-aktiviti dalam perbankan Internet ini.

Di antara kelemahan-kelemahan penggunaan log masuk dan kata laluan ini adalah seperti berikut:-

1. Penggunaan kata laluan untuk sistem pengesahan adalah dalam keadaan yang statik kerana ia tidak akan berubah selamanya kecuali diubah secara manual.

2. Penukaran kata laluan mestilah dilakukan sekurang-kurangnya tiga bulan atau sebulan sekali bagi menjamin keselamatannya dan ini memerlukan garis panduan yang dibuat oleh pentadbir sistem untuk para pengguna. Namun begitu, penggodam masih ada masa tiga bulan atau sebulan untuk memecah masuk ke dalam akaun pengguna.

3. Kebiasaannya, pengguna memilih perkataan yang mereka mudah untuk ingati seperti tarikh lahir, nama anak dan sebagainya untuk dibuat sebagai kata laluan. Ini bertentangan dengan aspek keselamatan bagi kata laluan iaitu perkataan yang dipilih mestilah sukar untuk diteka oleh penceroboh dengan menggunakan gabungan pelbagai jenis aksara seperti nombor, simbol dan huruf.

4. Penggunaan kata laluan juga mudah terdedah kepada beberapa ancaman seperti serangan Malware, penekaan dan pencurian kata laluan, Phising, serangan man in the middle, shoulder surfing dan lain-lain.

Serangan terhadap kata laluan yang popular di Malaysia adalah Phising di mana penipuan dibuat dengan pelbagai cara terhadap pengguna untuk dapatkan kata laluan akaun pengguna menerusi laman web, e-mel, sistem pesanan ringkas dan lain-lain.

Kelemahan sistem pengesahan satu faktor dengan hanya menggunakan kata laluan sahaja telah menyebabkan penggunaan satu teknik pengesahan yang lebih selamat iaitu pengesahan dua faktor.

Pengesahan dua faktor ini berkisar kepada dua elemen pengesahan iaitu apa yang pengguna ada dan apa yang pengguna tahu seperti kaedah yang digunakan untuk pengeluaran wang di mesin ATM.

Pengguna mempunyai kad ATM dan perlu tahu nombor PIN atau kata laluan untuk mengeluarkan wang menerusi mesin ATM ini.

Jadi, untuk pengesahan dua faktor di laman web dalam Perbankan Internet ini biasanya faktor pengesahan yang pertama adalah kata laluan, manakala faktor pengesahan kedua adalah kata rahsia yang akan diberi menerusi sistem pesanan ringkas atau SMS kepada telefon mudah alih pengguna.

Namun demikian, ada pihak bank mewajibkan penggunaan sistem pengesahan dua faktor ini dan ada pula yang memberi pilihan untuk menggunakannya.

Kata rahsia yang diberikan menerusi telefon mudah alih bagi setiap transaksi yang dibuat akan sentiasa berubah-ubah dan boleh digunakan dalam jangka masa tertentu sahaja.

Ini memberikan ia kelebihan keselamatan dengan digunakan bersama-sama dengan kata laluan.

Kata rahsia ini lebih dikenali sebagai Transaction Authorization Code atau TAC di perbankan Internet.

Guna sistem pengesahan dua faktor yang disediakan oleh pihak bank ini untuk sebarang transaksi atau aktiviti di Perbankan Internet.

Ia akan meminimumkan risiko keselamatan terhadap akaun bank pengguna kerana penceroboh bukan sahaja perlu untuk mendapatkan kata laluan pengguna tetapi ia perlu juga dapatkan telefon mudah alih pengguna untuk dapatkan kata rahsia yang akan dikirimkan menerusi sistem pesanan ringkas ke telefon pengguna.

main story gradient bottom Meminimum risiko transaksi perbankan Internet
-utusan