Tag Archives: perkembangan ekonomi china

Nilai harta jutawan HK meningkat

HONG KONG 7 Jan. – Kekayaan 40 jutawan Hong Kong meningkat kepada AS$163 bilion (RM511 bilion) daripada AS$135 bilion (RM424 bilion) tahun lalu, berikutan perkembangan ekonomi China yang memperkukuh pelaburan mereka, lapor majalah Forbes.

Pengerusi konglomerat Cheung Kong Holdings dan Hutchison Whampoa, Li Ka-shing mengekalkan kedudukan di tangga teratas senarai 40 jutawan Hong Kong dengan nilai kekayaan AS$24 bilion (RM75.36 bilion), berbanding AS$21.3 bilion (RM67 bilion) tahun lalu.

Li Ka Shing 300 Nilai harta jutawan HK meningkat

sumber

Menurut Forbes, di tempat kedua ialah keluarga Thomas dan Raymond Kwok, pemaju hartanah terbesar dunia berdasarkan nilai pasaran dengan kekayaan sebanyak AS$20 bilion (RM62.8 bilion).

raymond kwok Nilai harta jutawan HK meningkat

sumber

“Banyak yang telah berubah di China dalam tempoh beberapa dekad ini tetapi peranan Hong Kong sebagai penghubung dalam perdagangan dan ekonomi antara negara asing dengan tanah besar tidak pernah berubah.

“Ia jelas kelihatan menerusi senarai jutawan Hong Kong ini,” kata penyunting kanan Forbes, Russell Flannery.

Pengerusi Henderson Land Development Co, Lee Shau-kee, 82, berada di kedudukan ketiga dengan kekayaan AS$19.5 bilion (RM61 bilion) dengan nilai syarikat gergasinya dilapor semakin susut, tetapi ia masih menghasilkan keuntungan sebanyak AS$500 juta (RM1.57 bilion) setahun daripada pelaburan.

Lee%20Shau%20Kee touch%20up Nilai harta jutawan HK meningkat

sumber

Dengan jumlah kekayaan AS$9 bilion (RM28.3 bilion), pemaju Cheng Yu-tung berada di tempat keempat, mendahului pasangan adik beradik Victor dan William Fung yang mengumpul nilai kekayaan AS$8.6 bilion (RM27 bilion).

Hartawan kasino Macau, Stanley Ho, 89, berada di tempat ke-13 dengan kekayaan bernilai AS$3.1 bilion (RM9.7 bilion).

Menurut Forbes, nilai hartanah Hong Kong naik mendadak sejak beberapa tahun lalu dengan lebih satu pertiga daripada 40 jutawan dalam senarai mengumpul kekayaan dalam bidang hartanah.

Kata Forbes, kemunculan jutawan di Hong Kong berpunca daripada hubungan komersialnya dengan tanah besar China, yang menyaksikan 40 jutawan kaya negara komunis itu mengumpul jumlah kekayaan AS$137 bilion (RM430 bilion). – AFP

//utusanmalaysia///