Alhamdulillah….
Akhirnya masalah skrin monitor laptop saya yang malfunction kini sudah mendapat jalan
penyelesaiannya…TERIMA KASIH buat dua adik saya …..SHAKIDDO dan DHIYAZ86
yang telah sudi memberikan tajaan untuk pembelian laptop baru saya…
- Beginilah rupa sebenar skrin monitor yang bermasalah tue… nanti lah kalau ade budget
lebih baru la nak tukar skrin baru….sayang sebab ‘sistem unit’ laptop tu okey lagi…
Dan untuk harga yang paling ekonomi …. saya telah pilih jugak jenama ACER sebagai
pengganti…..tapi dengan ambil kira beberapa perkara la kan…
Ianya model ACER ASPIRE 4349….
- Intel Celeron B815 ( processer biasa jee )
- 2 GB DDR3 Memory
- 32GB HDD
- 14 ” HD LED LCD
- 6 cell Li -ion battery ( 3-4 jam 100% usage )
Actually pakej laptop nie diorang kasi printer CANON yang biasa PERCUMA tapi saya
tak nak so boleh amik barang yang bernilai rm100…Maka dapatlah Laptop Sleeve,Cooling
Fan,Keyboard Protector dan Pendrive Kingston 16GB PERCUMA…Dan yang bestnya
hanya brand ACER diorang offer BACKPACK.Maka pada saya ianya adalah suatu
pembelian yang berbaloi….
Kebanyakan laptop yang dijual …apa yang saya perasan hanya yang berharga rm1600
ke atas sahaja yang ada TIGA TAHUN WARRANTY…tapi bila saya beli laptop EKONOMI
nie hanya perlu tambah rm100 sahaja untuk dapatkan warranty tersebut….Maka kos
laptop baru saya nie adalah rm1300 ( budget makan kena POTONG !!! )
Memang kena buat KAWALAN KETAT BELANJAWAN la bulan nie…..huhuhu
p/s : Baru sedar saya tak beli lagi Anti Virus Kaspersky 2012 untuk laptop nie…





