Cabaran saya dalam usaha menjadi FOOD BLOGGER

Untuk menjadi blogger …

Adalah suatu kelebihan sekiranya jika kita ada MAJOR NICHE atau fokus topik mengenai penulisan di blog kita…Kalau suatu masa dahulu saya cuba dengan topik teknologi dan gadget namun ianya kurang berjaya….Maka dalam pertengahan tahun lepas…saya terfikir untuk menjadikan blog HAZMANFADZIL.COM ini lebih kepada MAKANAN dengan harapan dapat membentuk saya sebagai FOOD BLOGGER MELAYU yang aktif dan dikenali ramai…Sehinggakan saya saya tukar HEADER BLOG saya yang berunsurkan FOOD REVIEW dengan hasil karya¬†DUTA SAMSUNG GALAXY NOTE

design1 Cabaran saya dalam usaha menjadi FOOD BLOGGER

design2 Cabaran saya dalam usaha menjadi FOOD BLOGGER

design3  Cabaran saya dalam usaha menjadi FOOD BLOGGER… 

Read More »

284 total views, no views today

Hanya RM10.40 berbuka puasa di A&W




va 02.1 Hanya RM10.40 berbuka puasa di A&W

HANIZA ROS (depan tiga dari kiri) membawa hidangan berbuka puasa A&W untuk kakitangan Kosmo!.

 

ANDA inginkan kelainan untuk juadah berbuka puasa? Kini restoran makanan segera kesukaan ramai, A&W memperkenalkan set istimewa sempena Ramadan iaitu XXXcellent Chicken Rice Combo yang pastinya enak hingga membuatkan anda mahu menikmatinya lagi.

Nasi ayam istimewa itu dihidangkan dengan ayam goreng resipi istimewa yang diberikan cita rasa baharu iaitu Simply XXXcellent Golden Aroma Chicken yang mula diperkenalkan pada 21 Jun lalu.

“Set istimewa sempena Ramadan ini merupakan kesinambungan daripada hidangan ayam yang dilancarkan Jun lalu. Untuk bulan ini kami menggandingkannya dengan nasi ayam yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

“Promosi XXXcellent Chicken Rice Combo ini didatangkan dengan sup, kuah kari, acar buah, kurma, jeli pencuci mulut dan semestinya air rut bir terkenal kami,” kata Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan Kumpulan KUB, Haniza Ros Nasaruddin.

Tambahnya, set Ramadan itu boleh didapati di semua cawangan A&W pada harga RM10.40.

Bukan itu sahaja, pelanggan yang membeli set XXXcellent Chicken Rice Combo layak mendapat rut bir percuma. Malah bagi mereka yang mahukan nasi tambah, hanya bayaran RM1.50 dikenakan.

“Dengan hanya menambah RM7, mereka boleh memilih salah satu daripada tujuh pilihan menu yang ditawarkan dan berpeluang mendapat isian semula air rut bir tanpa had.

“Menu XXXcellent Chicken Rice Combo ditawarkan sehingga 31 Ogos ini pada harga RM10.40 dan boleh didapati di semua 45 cawangan A&W di Semenanjung Malaysia,” ujarnya ketika ditemui di pejabat Kosmo! bagi mengedarkan juadah berbuka puasa kepada kakitangan Kosmo! baru-baru ini.

va 02.2 Hanya RM10.40 berbuka puasa di A&W

SEN SAVERS pula adalah promosi hidangan tengah hari untuk yang bukan muslim.

 

Menu XXXcellent Chicken Rice Combo juga sesuai untuk dijadikan hidangan sahur.

Walaupun baru beberapa hari di pasaran, sambutan yang diterima terhadap menu itu sangat memberangsangkan.

Mereka yang mahu bersahur dengan hidangan nasi ayam istimewa itu boleh mengunjungi restoran A&W 24 jam dan bebas memilih untuk makan di sana atau membelinya melalui kaunter pandu lalu.

Bagi pelanggan bukan Islam pula, A&W turut menawarkan promosi menarik untuk hidangan tengah hari iaitu promosi Sen Savers yang bermula pada harga RM4.50 berserta air rut bir.

Hidangan Sen Savers itu boleh didapati pada pukul 12 tengah hari hingga pukul 3 petang.

“Dalam kemeriahan menyambut puasa dan Hari Raya Aidilfitri, A&W bersama-sama KUB Malaysia Berhad akan membuat kunjungan amal ke rumah orang-orang tua di Cyberjaya pada 15 Ogos ini selain memberikan sumbangan keperluan mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, A&W yang berkongsi usia dengan Malaysia bakal menyambut ulang tahun kelahirannya di negara ini yang ke-48 pada Disember ini merancang untuk mengadakan sesuatu yang istimewa. – NURUL IZZA ROSLY

/// kosmo ///

115 total views, no views today

Wendy’s BERJAYA TIMES SQUARE

Rasanya kalau bagi rakyat MALAYSIA makanan segera seperti KFC ataupun Mcdonalds adalah suatu pilihan yang biasa untuk dijadikan makanan di waktu tengahari.

Apa kata kita cuba pula makan Wendy’s …..

Wendys signboard Wendys BERJAYA TIMES SQUARE

Hiasan susun atur yang cozy…

Set bekfes wendys Wendys BERJAYA TIMES SQUARE

Set sarapan yang menarik – Rotinya bentuk segi empat… 

Read More »

144 total views, no views today