Kelazatan ayam serai wangi

va 01.1 Kelazatan ayam serai wangi

KAKITANGAN The Chicken Rice Shop menunjukkan hidangan ayam serai wangi di restoran itu.

 

RESTORAN The Chicken Rice Shop tampil dengan sajian terbaharu iaitu ayam serai wangi hasil air tangan chef selebriti, Ismail Ahmad atau lebih dikenali sebagai Chef Ismail.

Menurut Pengurus Komunikasi Pemasaran The Chicken Rice Shop Restaurant Sdn. Bhd., June Song, promosi untuk hidangan istimewa itu akan berlangsung sepanjang bulan Julai ini.

“Selepas ayam percik, ayam masak merah, kerabu kacang panjang dan lain-lain, kini kami tampil dengan menu baharu yang pastinya dapat memenuhi selera orang ramai,” katanya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan menu baru itu di The Curve, Damansara, Selangor di sini baru-baru ini.

Tambah June, resipi ayam serai wangi adalah hasil cetusan idea Chef Ismail setelah mengambil kira cita rasa masyarakat Malaysia. Beliau juga adalah duta jenama The Chicken Rice Shop.

va 01.2 Kelazatan ayam serai wangi

MENU ayam serai wangi menggunakan ramuan segar seperti daun limau purut, lengkuas dan serai wangi.

 

“Beliau menggunakan teknik masakan secara tradisional dan hanya menggunakan ramuan-ramuan yang segar dalam masakannya seperti daun limau purut, lengkuas dan banyak lagi. Kami yakin ayam serai wangi ini menjanjikan kelazatan dan kesempurnaan untuk dimakan dengan nasi ayam atau pun nasi putih,” ujarnya.

Resipi itu juga mampu dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat ekoran rasanya yang tidak terlalu pedas.

Ayam serai wangi Chef Ismail boleh dinikmati sebagai sajian ala carte pada harga RM7.90 sahaja. Terdapat juga pelbagai pilihan sajian kombo untuk seorang hingga lima orang yang berharga bermula RM9.90 hingga RM53.90.

Ketika ini, The Chicken Rice Shop mempunyai 55 buah cawangan di seluruh negara dan juga dua buah restoran di Singapura yang diuruskan oleh TCRS Restaurant (Singapore) Pte. Ltd. termasuk sebuah di Filipina.

Mereka juga bakal meluaskan operasinya di Taiwan pada penghujung bulan ini. Pada masa sama, jika segalanya berjalan lancar, Brunei adalah sasaran syarikat itu pada tahun hadapan.

Untuk maklumat lanjut tentang menu terbaharu dan perkembangan bisnes The Chicken Rice Shop, sila layari laman web www.thechickenriceshop.com.my.

284 total views, 1 views today

Santapan Matahari Terbit




ur 02.1 Santapan Matahari Terbit

ANTARA hidangan Jepun yang bakal menambat selera pengunjung.


BIARPUN Hari Ibu baru sahaja berlalu minggu lalu, tetapi tidak salah untuk anda terus meraikan wanita paling penting dalam kehidupan kita itu.

Di restoran Jepun, Restoran Sagano, di Hotel Renaissance Kuala Lumpur, anda ada sebab apabila mahu menyajikan si ibu tersayang dengan makanan Jepun terbaik. Bufet Jepun asli ini menawarkan banyak pilihan makanan istimewa, daripada pembuka selera sashimi, tempura rangup sehinggalah hidangan teppanyaki yang menggiurkan.

Tiada maknanya menjamu hidangan Jepun tanpa disertai semangkuk cawan mushi atau mi soba dan udon yang dihidangkan sejuk mahupun panas. Ini disusuli secawan aiskrim macha (teh hijau) yang enak.

Bufet makan Sabtu dan bufet makan tengah hari Ahad ini ditawarkan pada setiap minggu pada harga RM89++ untuk setiap seorang. Kanak-kanak yang berusia enam hingga 11 tahun hanya perlu membayar separuh harga.

Lebih menarik, setiap kali anda membawa ibu anda menjamu selera di salah satu restoran di Hotel Renaissance sama ada di Sagano, Vogue Cafe atau MED @ Marche-Live, ibu anda mungkin boleh menikmati hidangan tersebut secara percuma.

Tawaran ini bermula dari 10 Mei hingga 31 Mei ini dan ibu anda juga berpeluang memenangi satu hadiah cabutan bertuah berupa penginapan satu malam pada hari minggu di bilik gaya hidup terbaru Hotel Renaissance.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi sepanjang bulan Mei di Hotel Renaissance, sila hubungi talian 03-21622299 atau e-melkan soalan anda ke alamat rhi.kulrn.fb@renaissancehotels.com.

-kosmo

116 total views, no views today